Khamis, 17 Mei 2012

BERSIH INI TELAH MENJADI GERAKAN MASSA YANG AMPOH





KOMENTAR TUKAR TIUB


sila baca dua berita ini
isinya sekali imbas seakan akan sama

tetapi waspada isi nya tidak sama

apa yang dikatakan ialah:
pada tahap ini jawatankuasa pemandu
tidak membincangkan bersih 4.0

akhbar mstar telah memutar
memberikan makna seolah-olah
bersih 4.0 tidak ada

sama ada bersih 4.0 ada atau tidak
tidak ada dalam ajenda jawatankuasa pemandu bersih


TIADA BERSIH 4.0 : HISHAMUDDIN RAIS - mStar

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak merancang meneruskan siri bantahan jalanan menuntut reformasi pilihan raya menerusi perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais berkata, jawatankuasa berkenaan mengambil pendirian tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong gabungan berkenaan.

"Pada tahap ini kami tidak merancang untuk adakan Bersih 4.0.

"Jawatankuasa ini bersama 84 lagi NGO mengambil keputusan tidak menganjurkan Bersih 4.0," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sehingga kini Bersih telah mengadakan tiga siri bantahan jalanan di ibu negara termasuk yang terbaru pada 28 April lalu.


SATU GERAKAN MASSA YANG AMPOH








BERSIH TIDAK ADA PERANCANGAN UNTUK BERSIH 4.0
- minsider

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) hari ini menegaskan, mereka masih lagi tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih bagi siri Bersih 4.0.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCH) di sini berkata, badan bukan kerajaan yang dianggotai oleh 84 NGO itu setakat ini masih belum mengadakan perbincangan berhubung perkara itu,

“Ketika ini, pada tahap ini, Jawatankuasa Pemandu Bersih tidak ada merancang perkara berkaitan perhimpunan siri Bersih 4.0,” katanya kepada pemberita.


NOTA:

bersih ini bukan dimiliki
oleh jawantan kuasa pemandu
atau dimiliki oelh 84 ngo

bersih adalah milik rakyat malaysia
anak semua bangsa

bersih adalah satu gerakan masssa
yang ampoh dalam sejarah negara bangsa



layari radio bangsar utama untuk maklumat bersih:






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT...Harakah Online pun tulis headlines "TIADA BERSIH 4.0. Bersih 2.0 UMUM DUA LANGKAH WAJIB"...

TT tak baca? Ni petikan dari Harakah Online....
"KUALA LUMPUR, 16 Mei: Bersih 2.0 tidak merancang untuk mengadakan Bersih 4.0 sebaliknya mensasarkan dua langkah penting yang wajib dilaksanakan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13."

Laporan Harakah Online neh tepat ke tak? Gua tak tahu la pulak. Gua tak tau apa-apa lah. TT check lah sendiri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10344-tiada-bersih-40-bersih-20-umum-2-langkah-wajib

lan ciaw berkata...

pirrahh mabook. kau pun sama la NATO. hr tu bkn main semangat lg. ptuiihh. silap bukan NATO tp NATTTO, no action tt talk only