Khamis, 17 Mei 2012
UNTUK MAK CIK DAN PAK CIK FELDA - SURAT DARI PEMBACA
KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau kita yang ada pengetahun
kalau kita ada pelajaran
kalau kita tahu selok belok perniagaan
kalau kita ada pembelajaran
kalau kita memiliki ilmu ekonomi
dan
kita tidak beri tahu fakta ini
kita benamkan fakta ini
kita sorokan fakat ini
kita pesongkan fakta ini
kerana
kita mendapat untung
kita mendapat
kita menjadi kaya raya
kita menjadi ternama
kita berkereta besar
kitab berrumah besar
kita berbini besar
maka disinilah punca kesakitan yang maha sangat
maka disinilah bermulanya permasalahan
maka inilah yang sedang dihadapi oleh manusia melayu
yang berilmu
yang berkuasa
yang bijak
terus menipu orang melayu
jika ini berterusan
maka akan sampai satu ketika
maka akan sampai satu masa
dimana semuanya telah telambat
dimana semuanya telah terlewat
ini kerana:
terlalu ramai orang yang baik baik
terlalu ramai orang yang warak
terlalu ramai orang yang berilmu
senyap tidak bersuara
maka masyarakat kita dipenuhi oleh orang orang jahat!
LIHAT DAN FAHAMI DARI SOSOK YANG TAHU HAL EKONOMI
TANAH FELDA AKAN TEGADAI
ramai dah tau minyak sawit memang leh bakar bahkan jadi minyak pelincir dan ramai dah pakai hahaha.. :D memang felda dah kaya success pon penyenaraikan ni memang ada udang nak ambik tanah felda gadai ambik duit.. atas nama kemajuan.. sama rampas tanah dengan kata kemajuan.. Lepas tanah dirampas dan di jual dan dibangunkan bekas tuan tanah dan orang kampung tak maju pon...
Yang maju ialah tauke2 yang jual tanah dan mereka2 yang ada kepentingan... Peneroka Felda? memang best dapat durian runtuh.. Tapi apa la sangat durian runtuh kalau kena utang beli saham tuh.. kalau tanya2 orang yang beli saham kat Malaysia ni..
saham ni KEBANYAKANnya awal je macam naik pastu jatuh merundum dan kekal jauh dari nilai awal.. So kalau berhutang untuk beli saham selamat membayar hutang la pakcik makcik.. Jangan utang dapat tanah melepas.. :D nak menyosal pon tak guno dah..
By Anonymous on PENEROKA FELDA KENA TIPU LAGI - KALI INI AKAN LIN... on 5/17/12
PAK CIK DAN MAK CIK FELDA
TT, Saya menulis berkenaan dgn apa yg terjadi kpd peneroka dan waris peneroka di Felda Sg. Tiang, Pendang Kedah. Pd hujung April 2012 sy telah pulang ke kampung di felda tersebut. Utk pengetahuan. Sy merupakan cucu kpd peneroka felda. Kedua datuk dan nenek saya telah meninggal dunia dan urusan felda diambil alih oleh Mak Teh
dan Pak Cik saya.
Felda telah memanggil waris utk satu perjumpaan dan mereka diberi borang pinjaman utk membeli IPO dari Affin Bank ( jika tak salah sbb sy tidak tgk borang tersebut ). Pak Cik saya juga telah diminta utk tanda tangan borang itu dan diberitahu bahawa borang tersebut utk kegunaan pemberian wang durian runtuh. Pak Cik saya ingin membawa terma terma dalam borang tersebut tetapi pegawai tersebut berkata "tak payah la baca. Kerajaan nak bagi duit ambik saja lah".
Kemudian pakcik saya pun tandatangan. Bila saya balik ke kampung, saya lihat ada syarat syarat pinjaman pembelian IPO dari Affin Bank tersebut dan saya bertanya kpd Pak Cik saya mengapa nak bg duit durian runtuh kena isi borang pinjaman IPO. Pak Cik saya pun tidak faham berkenaan dgn IPO tersebut dan saya rasa semua peneroka dan waris peneroka pun tak faham berkenaan dengan IPO ini.
Kenapa Felda menyembunyikan hal sebenar pinjaman pembelian IPO ini dan kenapa tidak ada penjelasan dengan jelas sebelum peneroka dan waris tandatangan. Di siang hari dan dalam terang mereka ditipu di sebalik pemberian durian runtuh. Saya berkata kpd pakcik saya. "Kita tunggu saja lah. Depa nak bagi duit ka depa nak bagi saham!" Sekian, Elsyet Cucu Felda Sg. Tiang
By Elsyet on PENEROKA FELDA KENA TIPU LAGI - KALI INI AKAN LIN... on 5/17/12
radio bangsar utama sedang cuba mencari tarikh untuk menemu bual mazlan dari anak:
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
TT, lu jangan bimbang, nanti akan keluar FATWA bahawa para peneroka ataupun waris2nya ini WAJIB ditipu kerana BODOH!
Gua memang setuju saja sesiapa saja yang lemah malah bodoh ini WAJIB DITIPU DAN DIBODOH2KAN dan PAHALANYA BERGANDA-GANDA SEHINGGA HARI KIAMAT DAN PAHALANYA AKAN TERUS MELIPAT2 GANDA WALAUPUN SUDAH KIAMAT KALI KE-8 SEKALIPUN..
Besar sungguh pahala MENIPU DAN MENGANIAYAI ORANG ini, sebab itulah mazhab UMNO berusaha bersusah payah untuk menipu orang melayu atau mana2 makhluk hodoh dan bodoh dalam Malaysia ni..
mak cik & pak cik felda & 100,000 ahli umno kat stadium bkt jalil semua pakar matematik 2012 - 1988 = 66. hanya sibodoh jadi makanan si penyamun
Patut la pakcik dan makcik felda ni ditipu borang durian runtuh sebenarnya borang pinjaman beli IPO Felda..
Dengan kata lain peneroka telah ditipu supaya memberi duit dengan memeinjam kepada bank...
Dah la kena tipu tanah kena gadai pulak.. Ini adalah peneroka yang sedar mereka ditipu telah pi ke mahkamah..
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/08/125-felda-settlers-seek-courts-help-to-bar-bank/
Initial Public Offering atau IPO adalah langkah pertama aset milik felda akan diapungkan. ketika ini semua aset milik warga felda (ladang, kilang, mesin etc) akan dinilai oleh orang tengah (underwriter) iaitu bank. selepas aset milik warga felda dinilai, bank akan menawarkan saham kepada pasaran untuk dimiliki. disini bank akan memperolehi komisyen yang lumayan dari setiap saham yang dijual.biasanya 50-60% saham akan dimiliki warga felda selepas borang saham (pink form) ditandatangani. selebihnya akan dijual di pasaran saham untuk sesiapa sahaja yang sanggup membeli saham yang akan diapungkan (primary market). ini bermakna warga felda akan berkongsi aset milik mereka dengan orang lain. selepas saham ini memasuki pasaran (secondary market), sesiapa sahaja bebas untuk menjual dan membeli saham dan harga saham akan ditentukan berdasarkan mekanisma penawaran dan permintaan (supply and demand). ini bermakna pakcik dan makcik felda bebas untuk menjualkan pegangan mereka kepada sesiapa sahaja. bagi mereka yang mempunyai duit (modal), mungkin mereka akan menawarkan harga yang tinggi kepada pakcik dan makcik felda untuk menjualkan saham (berdasarkan spekulasi harga saham). akhirnya berkemungkinan besar felda akan jatuh kepada ahli perniagaan yang mempunyai banyak duit dengan menguasai pegangan saham.
Media kerajaan RTM/TV3 kata orang felda buat injuksi mahkamah tolak durian runtuh tak habaq injuksi mahkamah batal perjanjian pinjaman bank pembelian IPO.. :)
Setelah kerajaan perkenalkan Term "Penyelarasan" untuk kenaikan.. sekarang ada lagi
"Durian Runtuh" - untuk term utang yang dibuat untuk pembelian IPO
Rasanya "Durian runtuh" adalah sebagian dari pinjaman tipu yang dirangka.. Macam iklan beli kereta dapat balik rm beberapa ribu tu... misalnya beli kereta proton selaind apat kereta dapat balik rm8k katakan..
Pakcik/Makcik felda yang telah ditipu dengan "Durian Runtuh" padahal duit itu adalah duit dari pinjaman/utang pembelian IPo mereka.. sebahagiannye diberi balik sebagai "Durian runtuh" sebahagiannya pula membiayai pembelian IPO..
Wajarkah? Tanah makmilik peneroka tetapi peneroka kena beli pula? Masalahnya bukan Beli Tanah tetapi IPO yang berubah2.. bukan tanah lagi.. sebab tanah bukan lagi milik Felda..
Catat Ulasan