KENYATAAN MEDIA
23 OKTOBER 2012
HUTAN SIMPAN JERAM PADANG DIRAMPAS DAN DIBANGUNKAN SECARA HARAM
KEADILAN mengambil pendirian bahawa isu-isu alam sekitar adalah isu besar negara yang perlu diketengahkan, walaupun sukar mendapat perhatian rakyat pada awalnya. Hasil gigih Naib Presiden KEADILAN, YB Fuziah Salleh terus menerus memperjuangkan pembatalan projek Lynas di Kuantan telah memberi nafas baru kepada usaha mengenengahkan isu alam sekitar sebagai isu besar negara.
Bertitik tolak dari situ, pasukan KEADILAN telah menumpukan perhatian kepada pencabulan hutan simpan dan kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di seluruh negara. Sikap tidak bertanggungjawab Umno/Barisan Nasional ini mempunyai kesan yang serius kepada negara seperti berikut:
1. Peratusan hutan simpan tetap di seluruh Malaysia semakin berkurangan dan dijangkakan jika tidak ada perubahan dasar bersabit pembalakan dan pengekalan hutan simpan, Malaysia akan berdepan dengan kepupusan hutan dalam dua generasi
2. Kegiatan pembalakan dan rampasan hutan simpan telah menjadi punca utama rasuah hasil dari persekongkolan di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang menjadi proksi atau pembiaya kepada ahli politik. Tanah-tanah rakyat yang luasnya berpuluh ribu ekar hilang tanpa pengetahuan rakyat kerana dipindahmilikkan kepada syarikat-syarikat kroni sedang hasilnya tidak masuk ke Perbendaharaan Negeri
3. Tanah-tanah hutan simpan yang diterokai untuk pembalakan, kemudiannya dijadikan pula ladang untuk penanaman kelapa sawit dan akhirnya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Keuntungan beratus juta ringgit yang sepatutnya milik rakyat akhirnya menjadi kekayaan peribadi tokoh-tokoh Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka
4. Pembalakan dan penerokaan yang berleluasa itu sering tidak mengendahkan kesan alam sekitar yang mengundang bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan hakisan. Akibat ketamakan Umno/Barisan Nasional, puluhan ribu penduduk di sesuatu tempat yang terkesan dari aktiviti penghapusan hutan simpan akibat pembalakan ini berhadapan dengan bencana alam.
Saya dan Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Saudara T Kumar telah diberi amanah oleh pimpinan KEADILAN untuk mengkaji, menyelidik dan membongkarkan kegiatan penghapusan hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan segala perlakuan rasuah yang membabitkan pelbagai pimpinan Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka. Siasatan dan kajian kami tertumpu kepada Negeri Sembilan sebagai negeri di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan bagi tujuan pembalakan.
Di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno/Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengeruskan beliau.
Statistik rasmi terkini[1] keluasan hutan simpan kekal Negeri Sembilan adalah seperti berikut:
2005
|
2007
|
2011
|
Keluasan hutan simpan kekal yang dibatalkan
|
% penurunan
| |
Keluasan hutan simpan kekal (hektar)
|
162,075
|
154,185
|
153,459
|
8,616
|
5.3%
|
KEADILAN seterusnya menyemak keputusan-keputusan pembatalan status tanah hutan simpan bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Seperti yang dijangkakan, keputusan-keputusan ini sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukan.
Kajian KEADILAN tertumpu kepada Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan yang diwartakan sebagai hutan simpan tetap sejak 30 Ogos 1918[2]. Status ini telah dibatalkan melalui Pewartaan No (Gazette Plan No) 1933 bertarikh 11 Mac 2004 yang membatalkan status hutan simpan tetap bagi membolehkan pembalakan berlaku di kawasan seluas 487.3 hektar[3].
Pembatalan tersebut bertentangan dengan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172) yang menyebut:
BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN
Penggunaan tanah dan bangunan
18. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.
KEADILAN menyemak Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 – 2020 yang disediakan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan[4]. Mukasurat 53 Bahagian (i) Zon Pengekalan (Zon Tidak Sesuai Untuk Pembangunan) seksyen (b) Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tinggi secara jelas menyebut:
KSAS pada tahap tinggi ini adalah kritikal untuk dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat.
Semakan terhadap dokumen-dokumen rancangan tempatan, iaitu Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 yang diperolehi dari pihak berkuasa tempatan secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan dikategorikan sebagai Zon KSAS Tahap 1, iaitu “KSAS Tahap 1 yang mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap pembangunan dan memerlukan kawalan ketat. Kawasan ini perlu dipelihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan”[5].
Mukasurat 5-77[6] Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori KSAS Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.
Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa.
Malangnya, Kerajaan Umno/Barisan Nasional di bawah pentadbiran 2 orang Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad dan Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan) tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku. Balak di kawasan hutan ini telah ditebang sepenuhnya dan kini ia telah diusahakan pula sebagai kawasan penanaman kelapa sawit.
KEADILAN mempunyai bukti bahawa pimpinan Umno/Barisan Nasional mendapat keuntungan dari tindakan yang melanggar undang-undang ini hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Ini adalah kenyataan pertama KEADILAN yang akan disusuli dengan lebih banyak pembongkaran dalam minggu-minggu akan datang.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
T KUMAR
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
DEMO AKAN DIUMUMKAN
TUNGGU DAN NANTI
2 ulasan:
apo kono eh! Jang..?
DIO NAK JUAL BURGER KAT ARA DAMASARA KOT.....DAH BOSANLE TU JADI MENTERI BESOOOOOR.....MPJS...TEMPAT DIO JUAL BURGER DULU ADA LAGI KO.....RESERVED RESEVERD.....TUNGGGU DIONI TURUN...BAGI KAT DIO LAH...EDEN SOOPPOOT....
Catat Ulasan