Rabu, 24 Oktober 2012

KENAPA KES SIRUL DAN AZILAH DITANGGUH?




 SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH  INI SOALANNYA
















DARI TIM PENGARANG TUKAR  TIUB

Sirul dan Azilah telah dijatuhkan hukuman mati.
Kedua ini adalah bekas tim Unit Tindak Khas.
Mereka berjuga adalah tim yang menjaga Najib.

Rayuan hukuman mati sepatutnya didengar
pada 31 Oktober dan 1 November yang akan datng ini.

Kes ini telah ditunda ke satu masa yang belum ditetapkan.
Dalam bahasa undang-undang dipanggil adjourn sine die.

SANDIWARA
 Tim Pendakwa dan tim Pembela
sebenarnya mementaskan sandiwara.
Kedua tim ini adalah penyokong atau ahli
United Malays National Organisation.

TUKANG UPAH aka PAK SANGGUP

Kerja dan tugas mereka ialah untuk memastikan
nama Najib tidak akan muncul dalam mahkamah.

Pendakwa dan Pembela pura pura buat kerja.
Ini bohong.  Mereka cuba memperlihatkan kepada
umum bahawa undang-undang sedang berjalan.

Buktinya nya cukup senang.
Tanyalah pegawai polis.
Tanyalah para peguam.
Tanyalah anak mahasiswa undang-undang.
Tanyalah pengamal ilmu hukum

DUA ORANG MENJADI MANGSA

Dalam kes bunuh wajib ada:
1 – perlu ada senjata
2  - perlu ada mayat
3 – perlu ada  motif/tujuan/sebab

Tiga perkara ini wajib wujud untuk pendakwaan
dalam kes pembunuhan

Dalam kes Altantuya:
Senjata ialah ledakan bom C4 - ini senjata
Daging dan tulang saheh milik Altantuya melaui DNA - ini mayat
Maka yang tinggal motif atau sebab  atau tujuan pembunuhan dilakukan

Sirul dan Azilah bukan bunuh sahaja.
Dari mahkamah mereka mengaku yang mereka telah diupah.

DI UPAH 
Diupah ialah kata kunci dalam kes ini
Upah ialah motif pembunuhan dilakukan
Upah adalah sebab Altantuyab di bom
Upah telah mendorong Azilah dan Sirul membunuh Altantuya

TETAPI... 
Kenapa mahkamah TIDAK BERTANYA SIAP MENGUPAH MEREKA
inilah bukti bahawa pendakwa dan peguam main sandiwara.
Tidak ditimbulkan SOALAN: siapa upah Sirul dan Azilah

MAKAMAH RAYUAN 
bila tarikh 31 Oktober dan 1  November
 ini disebutkan dulu TELAH diketahui
bahawa tahun ini ialah tahun pilihanraya.

Kenapa tarikh ini diambil?
Siapa punya perancangan?

Apa yang amat pelik:
ialah masa kes ini akan berlangsung.
Dua hari. Two Days. Ini pelik.
Dua hari untuk rayuan kes bunuh!
Ini cukup memeranjatkan.

Kenapa?

Selalunya kes rayuan hanya beberapa jam sahaja.
Tidak PERNAH DALAM SEJARAH mahkamah Malaysia
kes rayuan bunuh mengambil masa dua hari.

KENAPA DUA HARI 
Ini bermakna ada ‘kumpulan’
yang mahu kes ini dibuka sebelum PRU13
untuk mengepong Najib.

Dua hari dimahkamah pasti satu dunia
akan heboh kembali. Media dunia
akan berkumpul di Kuala Lumpur.

Justeru sidang akhbar Musa Hasan di Bangkok itu
adalah sebahagian dari projek mengepong Najib.

Musa Hasan adalah permulaan untuk mengepong Najib.

 DI KEPONG MUSUH

 PROJEK GAGAL 
Tetapi  jelas projek mengepong Najib gagal.
Musa Hasan tidak ke Bangkok.
Kes rayuan Sirul dan Azilah ditangguh.

Jika kes ini diteruskan makan tidak dapat tidak
nama  Najib Razak akan muncul.



Pasti telah ada pesefahaman antara
tim Perdakwa dan tim Pembela
untuk TIDAK timbulkan nama Sirul dan Azilah sekarang. 

Sandiwara ditangguhkan sampai... tak diketahui bila.

Nampaknya Najib Razak berjaya.
Sandiwara ini dengan senyap senyap
dihilangkan  dari pengetahuan orang ramai.

Tapi yakinlah pasti adalah lagi
rancangan licik lagi sulit dari kumpulan/tim/geng
yang mahu Najib undur sebelum PRU13

NOTA:
sesiapa tahu kaum keluarga sirul dan azilah?
beritahu mereka :
nasehatkan sirul dan azilah untuk  bercakap benar
tak guna mempertahan najib razak
najib kaya raya 
razak baginda enjoy de menjoy
tukang bunuh berdua ini  duduk dalam penjara



LAYARI UNTUK MENDENGAR HASUTAN TERKINI
RADIO BANGSAR UTAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes yg sangat mudah untuk dipaham keputarbelitannya. Sirul Azilah tu belom kahwin ke? Tak ada anak bini ke? Tak ada mak bapak ke? Tak ada otak ke nak pikir? Duh!

Rakyat Pakatan berkata...

Betul ke dua ekor tu dalam penjara? Kalau dah tutup muka, siapa yang dapat cam muka depa?? Kalau kena hukum gantung pun boleh di ganti dengan banduan lain!!!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa dua ekor tu dah di bagi wang tunai untuk nginap di luar negara - indo ke, thailand ke..entah lah.

tak kan keluarga mereka complain kat pembangkang. keluarga mereka dah di sumbat wang tunai and dua ekor tu tak de di penjara. sebab tu muka mereka sentiasa di tutup.

buat sandiwara aje.

hanya kawan2 mereka atau polis2 di kantor mereka akan tahu.

Tanpa Nama berkata...

gua rasa nak muntah bila folow drama klasik nih....

Tanpa Nama berkata...

2 orang "pembunuh" ni(konon) belum tentu ada dalam penjara.Itu sebab anak-bini dan saudara-mara tak berbunyi.Takkan sebab setia "tutup mulut" hingga sangup digantung,tak dapat sebarang manafaat.Lagi pun yang dipertahankan bukan Mamat biasa.

didi kota belud berkata...

KALAU RUMAH ROBENGAH 100 RIBU....KORANG BAYANGKAN BERAAPA HARGA RUMAH MANGUKI DUA ORANG NI.......

Tanpa Nama berkata...

Minta kalau boleh ke dua dua nya makhluk tersebut menunjuk kan muka mereka... Tanpa kompromi!
JenteL la kata Omputih... Hujung2 ke tali gantung juga.. Pe la salah kasi tayang itu muka kan...?
Kalau cam gini a gaya nye..ini lebih penipu dari senetron yg beratus2 episod tu...! Argh..mmg kena wayang je la kita ni..

didi kota belud berkata...

KALAU HAKIM PUN BLEY DI KOREK KOREK KOREK...ALAHAI...ALAEH...ALUD..ALAHAI....TAKDER AYAT DAH DER...MACAM NAK BUAT PISTOL JE RERASANYER...ALAHAI..ADEUIL...APP.OPP ALAHAI..OOPA GANGNAM STYLE TUL LER....