KOMENTAR TUKAR TIUB
shahrizat adalah mangsa perang
perang dalaman klik klik gerombolan
perang sesama sendiri
berbunuh sesama sendiri
perang dalaman klik klik gerombolan
perang sesama sendiri
berbunuh sesama sendiri
shahrizat dijadikan mangsa kerana raja nong chik
mahukan kerusi pembah pantai
INI BUKAN LEMBU INI EZAM
mahukan kerusi pembah pantai
INI BUKAN LEMBU INI EZAM
carannya cukup senang:
bocorkan segala maklumat nfc kepada rafizi
rafizi kemudian bawa ke media
beri lagi maklumat
satu persatu
sampai bill dobi shahrizat pun
ada dalam tangan rafizi
beri lagi maklumat
satu persatu
sampai bill dobi shahrizat pun
ada dalam tangan rafizi
maklumat cukup tepat
maklumat cukup saheh
siapa beri maklumat ini?
tanya dan jawab sendirilah
siapa beri maklumat ini?
tanya dan jawab sendirilah
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
SIVIL KE ATAS NFC TIDAK MENJAMIN KUTIPAN RM250 JUTA DANA AWAM
Laporan Ketua Audit Negara
2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan
terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang
ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.
Salah satu langkah yang
dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna
menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
KEADILAN menolak langkah
mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin
bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara
berikut:
1. Perjanjian yang dimeterai adalah di
antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil
seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;
2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian
aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak
berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’
Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;
3. Syarikat-syarikat ini secara
undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada
kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan
NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;
4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar
dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya
sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan
muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.
Oleh sebab itulah,
KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk
mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri
Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah
mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi
menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta
dana awam yang diselewengkan.
Pada masa yang sama, pihak
berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah
pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money
Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang
aset mereka boleh dibekukan dan disita.
Saya mengalu-alukan pendedahan
di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan
sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan
diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini
boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil
tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan
“jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan
bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam
yang telah disalurkan kepada NFC.
KEADILAN akan tetap
bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang
RM250 juta tersebut.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
16 OKTOBER 2012
PERLU SEKALI LAGI KITA TURUN KE JALAN RAYA
kelihatan 8 tuntutn bersih tidak dipedulikan
justeru rakyat wajib sekali lagi
turun ken jalan raya
\
3 ulasan:
memang PERLU kita turun!!!!!!!!!!!
gian nak turunnnnnnnn!!!
REVOLUSI PEMIKIRAN RAKYAT!
REFORMASI CARA PENTADBIRAN!
Bersih!!!
Kambing Hitam...itu benda biasa - INSAHSINARSANGSURIA
Hai TT...Ala la hang ni?Dok buboh muka senatak Mat ezam kat sini.Terkejut aku tengok!Ingatlah belon Mat Monggol tadi rupanya Mat Ezam lembu rupanya.Kah..kah..Kah..Potong selera aku saja letak muka senatak bewak ni disini.
Catat Ulasan