Selasa, 16 Oktober 2012

NAJIB AKAN DI PANGGIL KE PARIS UNTUK SOAL SIASAT





KOMENTAR TUKAR TIUB
kes kapal selam ini sedang berjalan di paris
hakim mahkamah paris sedang menjalankan siasatan
salah seorang dari tujuh orang yang akan dipanggil
ialah najib razak  yang juga menteri pertahanan
ketika jual beli kapal selam ini dijalankan

adalah juga difahamkan
ayah kepada arwah altantuya 
akan juga dipanggil oleh mahkamah

juga dipanggil sama ialah
p balasubramaniam mata mata gelap
yang diupah oleh razak baginda untuk menjag altantuya

NABI BANI MELAYU
najib baru sahaja di angkat oleh senatak ezam
najib kini diangkat sebagai nabi untuk bani melayu
kah kah kah


SAMM - SUARAM Jelajah Negara Terang Isu Scorpene

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu  Najib Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan kepada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan 'kit ceramah' berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen - dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar - benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada 'rapat umum' Ceramah Penerangan Skandal Scorpene yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama - nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

21 Oktober 2012

Taklimat Tertutup Skandal Scorpene
12 tengahari - 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.

Ceramah Umum 'Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene'
9.00 mlm - 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.

4 Nov 2012 - siri Zon Selatan di Johor

10 Nov 2012 - siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara. Tekad SAMM untuk membantu SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai yang menguasai skandal scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan skandal scorpene kepada rakyat.

Sekian.

cheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan


Henti politikkan isu kapal selam - meloya 

KOTA KINABALU 14 Okt. - Kementerian Pertahanan berikrar tidak akan membenarkan mana-mana pihak berterusan mempolitikkan perolehan kapal selam negara dengan menabur fitnah sehingga bukan sahaja menjejaskan imej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bahkan nama baik negara.

 Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu khususnya pembangkang dan pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu harus dihentikan segera kerana aspek pertahanan negara bukan bahan dagangan politik.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak tidak sesekali mempertikai keupayaan kapal selam negara dan merendahkan kemampuan anak kapal dengan menjadikan perkara tersebut isu pilihan raya demi kepentingan politik sempit.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau takda kes kenapa tak saman media-media yang dok pusing bawa Isu Scorpena ni yea..

mohamad adel berkata...

kapal selam tu boleh selamke atau tak leh selam no hal...hal nya ialah RASUAH.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Tukar Tiub.
Saya mencadangkan agar tarikh 03/11/2012 bagi Zon Tengah dan difahamkan pada tarikh tersebut akan diadakan majlis bersantai-santai kat Bukit Jalil.
Apa macam Ok dak?