.

Sabtu, 27 Februari 2016

SATU HAKIKAT




KENYATAAN  MUHYIDDIN YASSIN

Saya meneliti kenyataan Muhyiddin Yassin selepas penggantungan beliau dengan sedikit rasa sedih. Sesiapa pun yang telah menghabiskan masa dewasanya menyumbang kepada parti yang dianggotai tidak wajar diperlakukan begitu, apatah lagi setelah beliau cuba membetulkan sesuatu yang beliau rasa adalah salah.

Sudah tentu pihak media bertanyakan reaksi saya kepada kenyataan beliau kerana saya pantas melahirkan kebimbangan apabila Zaid Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu menyokong  Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib  sebelum ini.

Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah membaca kenyataan  Muhyiddin itu adalah Anwar Ibrahim. Saya terfikir tindakan bagaimana agaknya Anwar Ibrahim akan ambil dalam keadaan unik sekarang yang membuka ruang besar untuk melaksanakan reformasi (tetapi ruang itu juga penuh dengan risiko dan ketidaktentuan).

Saya fikir Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan ini untuk membawa semua pihak di dalam satu gerakan besar menuntut perubahan dan melaksanakan idea reformasi yang beliau perjuangkan selama ini. Sebelum ini, beliau gigih berusaha mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dan berlainan puak agar dapat membina kekuatan bersama memperjuangkan reformasi. Banyak perubahan dan kesedaran politik yang ada dalam masyarakat kita hari ini dimungkinkan dek kerana jiwa besar Anwar Ibrahim dan kesabaran beliau membina gerakan besar yang memberi ruang kepada semua pihak itu.

Saya percaya Anwar Ibrahim akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara beliau kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan. 

Kita di persimpangan yang unik di dalam sejarah masyarakat kita. Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita (tidak kiralah apa latar belakang mereka) sudah faham (dan akur) bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi dalam negara ini.

Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini selari dengan tuntutan yang kita laungkan selama ini. Beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan Perdana Menteri mesti dirungkai.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.

Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi yang kami bawa. Keutamaan sekarang ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang banyak menindas.

Saya alu-alukan Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi.

Saya berharap lebih ramai rakyat biasa (tidak kira apa latar belakang) memilih untuk berbuat sesuatu supaya kita boleh menukar Najib dan melantik seorang Perdana Menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN






-------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin ni bermaksud tukar PM saja.. yg lain2 HAMNO dan jabatan2 kerajaan mcm lembu kenyang mcm biasa jugak.

Bukan susah nak serkap jarang politik HAMNO ni.. rukun iman no wahid ialah BERPERUT BOYOT. Makan polok tanpa henti. Pergi singgah jabatan gomen mana2.. pakai tudung ngalahkan bini nabi. Kat desktop penuh ayat2 suci utk membodohkan sesiapa yg terlintas mata membaca.

Hasilnya nihil, haprak wal harambejadah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau muyidin ambil langkah melawan 25% pun jadi laa compare 100% anwar lawan mahazalim dulu. Bacul sangat la bangsa johor kalau tak melawan!!!

Kalau tempat anwar dulu, masa tu adalah muyidin, aku yakin malaysia akan terus dibodohkan oleh umno lagi 1000thn.

Terima kasih 'sekolah reformasi'

dinpalat arau berkata...

Pemimpin perlukan kharisma.Muhyidin ni macam Modenas Karisma....slow dari lori taik.

wanmohd endut berkata...

Muhyiddin should do statutory declaration on 1MDB

chomeycute Chomey berkata...

Sepatut nya tsmy dah boleh buat lapuran polis...INI bukan niat macam rukun Islam n iman...Allah leh faham...nak buat kebaikan...ni penguasa Malaysia bukannya faham pun..melalak x guna..pecat dah pun kena...takan nak tunggu kena tangkap pulak macam Dsai...penguasa akan tuduh macam macam nanti...bocor rahsia LA...ingat penguasa Yang x amanah ni Macam macam dorang leh...reka...hahahahaha..take percaya...cer Tanya tuan TT...amacam tuan TT..ada betoi kah....saja nak gitau sebelum terlambat....

Tanpa Nama berkata...

SAMURAI

Kepada Moodeen , kita beri dia se-bilah Katana (pedang Jepun le)
Kepada Mat Mongol , kita beri dia se-bilah parang
Kepada Mahafiraun , kita beru dia kapak
Tiga -Tiga ekor ni penuh dengan taik.
Umno tengelam , kita tepuk tangan

jangan marah ye?..Tapi ini-lah harapan rakyat Malaysia.
(Tiada kena-mengena dengan Kumpulan Harapan Rakyat)

Tanpa Nama berkata...

Andai Mahkamah yang menjatuhkan menyabitkan kesalahan terhadap Najib juga Mahkamah yang menjatuhkan kesalahan Anwar Ibrahim, aku terima dengan luas hati!

Salah TETAP salah, benar TETAP benar!

Masaalah sekarag Najib sudah nampak SALAH dan TERJERAT, hanya tidak berani menghadapi KESALAHAN nya!

Tanpa Nama berkata...

sebelum rafizi menghulurkan tangan kpd ts muhyiddin, elok dia dahului dgn menghulurkan kaki dia kmuka azmin yg menentang arus pakatan harapan.

dlm majlis perkahwinan anak dia, azmin memuji muja Mahathir dan terlupa utk mentioned anwar.

cuba bayangkan perasaan keluarga Kak Wan apabila azmin (org nombor dua parti yg diasaskan oleh anwar) mmuji muja org yg menzalimi ketua keluarga mrk.

UNCLE RAMLI berkata...

Situasi mungkin mendesak semua gerakan pembangkang bersatu tapi tidak jelas siapa yg akan memimpin gerakan itu, jika Madey maka kena fikir baik2 kerana Madey mungkin dah hilang oomph atau taring atau pengaruh akan mengambil kesempatan suasana terdesak ni untuk berjaya gulingkan UMNO dan lepas tu dia kembali stail lama kuku besinya membungkamkan siapa yg pernah bersamanya.
Situasi politik amat sulit memihak kepada puak2 pembangkang kerana keadaan yg ada kini cukup tidak serasi untuk mendapat perpaduan yg kukuh lagi tidak hipokrit dari semua yg terlibat, kini baru kita sedar bahawa orang boleh menyatukan semua itu, sdr Anuar Ibrahim tiada dalam panggung atau flatform untuk mengarah sinkronisasi atau penyelarasan gerakan yg bermakna tu.