.

Sabtu, 27 Februari 2016

TUTUP MULUT TUTUP RAHSIA






SKMM TAK BOLEH HUKUM SEWENANG-WENANG, PINDAAN AKTA PERLU PERKUKUH SEMAK DAN IMBANGAN

Halangan akses ke laman The Malaysian Insider (TMI) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi bukti bahawa kuasa tanpa kawalan adalah ancaman kepada demokrasi di Malaysia. Komentar peguam Syahredzan Johan (Majlis Peguam) dan Andy Yong (timbalan ketua pemuda Gerakan) menunjukkan bagaimana SKMM, yang semakin hari semakin menjadi alat pemerintah untuk mendiamkan pembangkang, mungkin telah tersalah guna kuasanya, terutama apabila merujuk kepada Seksyen 233 dan 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedai (AKM) 1998.

Oleh itu saya menggesa SKMM untuk berhenti dari menghukum dengan sewenang-wenang, terutama berkaitan kandungan yang diakses di Malaysia.

Semak dan imbangan perlu diwujudkan selari dengan prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang. Ini boleh dilaksana dengan meminda AKM 1998 pada sesi Parlimen akan datang untuk memastikan bahawa SKMM perlu mendapatkan perintah mahkamah sebelum menghalang akses ke mana-mana laman web.

Demi kepentingan demokrasi dan masa depan Internet di Malaysia, sebuah jawatankuasa pengawasan yang bertanggungjawab kepada Parlimen perlu ditubuhkan untuk mengawas dan meneliti aktiviti-aktiviti SKMM serta mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terbukti wujud salah guna kuasa oleh SKMM. 

Hanya dengan langkah-langkah ini maka SKMM yang neutral dan yang lebih bertanggungjawab kepada Rakyat boleh menjadi realiti.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua AMK

26 Februari 2016





--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blog mountdweller pun kena sekat.
apakah ia ancaman dan menghancurkan negara?

Tanpa Nama berkata...

Bukan SKMM ja.. seluruh jabatan jerajaan bersedia membodohkan diri UNTUK UMNO. Sebut saja jabatan mana yg berkecuali.. jabatan2 yg mengampu raja sultan pun, 2x5 saja.

SULTAN ITU UMNO, UMNO ITU DULTAN..kahkahkah.. menjaga rakyat? Kahkahkah.. mengkepalabutuhkan rakyat lagi ada la..

Tanpa Nama berkata...

Hallo TT, lama tak kunjung ke blog TT yang cool. Gerombolan bukan parti cerdik, setaraf mad maslan je. Buktikan geng TT cukup cool walaupun diblok. Untuk masuk ke laman yg di sekat, masuk ke www.unblockaccess.com, kemudian taip alamat web yang disekat itu, dlm kes ni taip www.malaysianinsider.com. Bapak segala laman web pun boleh dilihat semula. Selamt mencuba, Jangan poyo....kah....kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

Bahalol