.

Khamis, 31 Mac 2016

SPRM STRIKES BACK






BETUL KE

BERITA INi?

KALAU BETUL

TAHNiAH SPRM




31 Mac 2016
PUTRAJAYA - Lima ahli perniagaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan pinjaman wang Majlis Amanah Raya (Mara) membabitkan RM2.5 juta.
Reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman bermula hari ini.

Perintah tersebut dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Kesemua lelaki berkenaan ditahan jam 9 malam semalam dan akan disiasat di bawah Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, kesemua suspek disyakki terlibat dengan rasuah, penyelewengan dana pembiayaan dan pemalsuan dokumen sokongan melibatkan sembilan syarikat sehingga Mara terpaksa menanggung kerugian.

Sehingga kini, sebuah Ford Ranger dan Harley Davidson disita.

Pembelian hartanah di Australia patuhi tatacara perolehan ...

www.astroawani.com/.../pembelian-hartanah-di-austral...

Translate this page
Jun 24, 2015 - Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata urusan perolehan hartanah Dudley International House di Australia oleh ... kerana didapati beberapa subsidiari Mara, termasuk Mara Inc, tidak mematuhi beberapa peraturan. ... meluluskannya," katanya di satu sidang media di Bangunan Mara di sini, hari ini.


Bangunan MARA Di Australia: Pembelian Ikut Prosedur ...

www.mykmu.net/.../bangunan-mara-australia-pembeli...

Translate this page
Jun 24, 2015 - Bangunan MARA Di Australia: Pembelian Ikut Prosedur, ... Anuar Musa yang yang dihubungi MYKMU menyatakan pembelian ini tiada kena ... Namun kita prihatin mengenai dakwaan ada rasuah dan penyelewengan dalam .... Kenapa takbuka Pekung Richard Towle deals dgn kerajaan Australia nak ...


KAH KAH KAH

annuar musa

kata semua

ikut syarat

tak ada rasuah

takda putar alam

kah kah kah

pasal apa ada

kena tangkap?

kah kah kah

ANUAR MUSANG





---------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Bro,itu bukan putarbelit UMNO TETAPI pemimpin UMNO yang mabuk duit dan komisyen.Kami akan berusaha untuk menyingkirkan pemimpin UMNO yang korup.Semoga Allah membantu kami...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan putar belit itu bukan umno..

Tanpa Nama berkata...

ini Anuar Musangnya Oii Kee Siang

Tanpa Nama berkata...

dari arkib utusang:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

rencana

ARKIB : 18/11/2001
Annuar Musa, jawablah isu PPRT di mahkamah - Penyelewengan peruntukan wang rakyat miskin sudah jadi kes polis
Oleh: ABDULLAH AHMAD
RAMAI yang meminta penulis menjawab terus pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa, mengenai diri penulis yang dirujuknya sebagai Dollah Kok Lanas (DKL), dalam surat panjang lebarnya bertajuk Annuar Musa jawab Abdullah Ahmad yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 November lalu.

Bagaimanapun, penulis memilih untuk menjawabnya melalui kolum ini kerana berpendirian kita tidak perlu menjawab sesuatu tuduhan segera. Ini berlandaskan sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan supaya jangan membuat sesuatu keputusan ketika tengah `panas'. Malah, ketika dalam keadaan terlalu ceria pun, kita digalakkan jangan membuat sesuatu keputusan secara tergesa-gesa.

Annuar, yang sememangnya seorang lekas pemarah, dikuasai amarah ketika menulis surat berkenaan. Ini berdasarkan hujah-hujah yang diutarakannya yang lebih bersifat peribadi hingga tersasar daripada topik yang seharusnya menjadi perkara pokok perbincangan. Sebab itulah, selepas seminggu, barulah penulis menjawabnya, iaitu secara rasional, logikal dan profesional terhadap serangan peribadi yang dibangkitkan.

Lazimnya, tradisi kuno dalam politik, sama ada di negara ini atau di tempat lain, kalau tidak ada hujah yang banyak tentang dakwaan selain tidak dapat menjawab terus masalah pokok, seseorang itu akan mencari helah untuk menimbulkan perkara lain yang tiada kaitan atau tidak relevan. Itu taktik lama dan yang paling kerap dilakukan ialah dengan mengecam peribadi seseorang.

Dalam hubungan ini, perlu dijelaskan bahawa penulis tidak ada agenda politik, apatah lagi sanggup menjatuhkan orang yang sudah pun jatuh. Persahabatan penulis tidak rosak, sama ada dengan Annuar atau sesiapa pun. Teguran penulis yang dirasakan bahangnya oleh Annuar, tidak berdasarkan serangan peribadi atau kebencian. Ia adalah teguran secara profesional dan umum.

Soal penulis perlu menyediakan bukti mengenai tuduhan ada calon pilihan raya menggunakan wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak timbul. Penulis tidak ada menyebutnya dalam artikel minggu lalu. Sebaliknya, polis yang menyebut demikian dalam kenyataan mereka dan biarlah polis yang menjalankan siasatan.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz44SrEHwvK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tanpa Nama berkata...

mamat ni duit rakyat termisskinpun nak rembatt..tak bole pakai

Tanpa Nama berkata...

Dh rembat pon...

Michael Cheong berkata...

Woooiiiiii...!!! Lima ekor lagi kambing hitam telah ditangkap dan direman utk menutup kes rasuah tersebut kakakahhhhhh