.

Khamis, 31 Mac 2016

MAHAREMBAT BUAT LAWAK





MAHAREMBAT

PANDAi BUAT

LAWAK BERDIRI


Rafizi gesa Najib jangan buat lawak

KUALA LUMPUR - "Jangan buat lawak tidak bertempat. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah negara dan rakyat".
Demikian kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan salah satu punca utama tekanan kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah.

Rafizi berkata, mengikut rekod, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, bilangan rakyat yang mendapat pendidikan tertinggi semakin bertambah setiap tahun.

"Kalau perdana menteri kata bahawa tekanan kos sara hidup adalah sebab tidak mempunyai pendidikan tertinggi, perkara itu berlawanan dengan fakta sedia ada.

"Masalah orang yang berpendidikan tinggi ini adalah perlukan wang yang banyak untuk segulung ijazah. Bila habis belajar tiada kerja dan perlu bayar hutang. Itu yang menyebabkan tekanan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib seharusnya memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemarahan rakyat.

"Saya gembira bila Najib terus membuat kenyataan kurang cerdik seperti itu kerana dia akan terus membuat orang makin marah kepadanya," katanya

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

i rest my case

------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo kelulusan rendah menyebabkan tekanan kos sara hidup jadi tinggi, aku tak dapat bayangkan apa akan jadi kpd penduduk negeri kedah..MB nya pun taraf LCE..betul gak kata najib tu, taraf kelulusan MB yg rendah ni la yg mengakibatkan mahatir marah, mukhriz ditendang..agak2 kelulusan mcm mat pointer ahmad maslan tu kos idup murah kot kat johor tu..betul2 lawak malam jumaat la bro isham..najib dok teringat2 kat altantuya tu yg jd mcm tu..baik disuruh mufti2 dilead oleh jamil khir utk bacaan yasin utk roh kudus altantuya..

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah....najib piem badut sedunia

panglimo potaseh berkata...

Rakyat gaji kecik sobab takdo sijil tinggi .. tapi Najib yg tak abih belajar pon ado biliyun-biliyun camno tu .. Bashah takat LCE jo ado juta-juta camno tu .. rasuah,rasuah,rasuah dan rasuah baru kayo.