Khamis, 30 Jun 2016

MENGOLAH PERSETUJUAN




DARI FAIL SEJARAH

muka hadapan


ARKIB : 12/04/2001

Pakatan sulit reformasi -- Polis dedah rancangan cetus demonstrasi militan besar-besaran



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz4D37mHNiC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR 11 April - Polis hari ini mendedahkan satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih 20 orang aktivis reformasi telah diwujudkan bagi mencetuskan demonstrasi jalanan besar-besaran bercorak militan menjelang pilihan raya umum 2004.
Kumpulan tersebut didapati telah mengadakan 12 perjumpaan sulit sejak 6 Januari tahun ini hingga 4 April lalu bagi merealisasikan perancangan mereka itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan itu adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh aktivis reformasi tersebut pada akhir tahun lalu.
Selain tindakan tersebut, tegasnya, aktivis reformasi juga akan melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal dan sistem pilihan raya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bukit Aman petang ini. Turut hadir Pengarah Cawangan Khas, Datuk Yusuf Rahaman.
Norian menjelaskan, sehubungan itu polis setakat ini telah menahan tujuh aktivis reformasi terbabit di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, hari ini dan semalam.
Mereka ialah Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd. Noor, 34; Naib Presiden Keadilan, Chua Tian Chang (atau Tian Chua), 37; Hishamuddin Rais, 50, Saari Sungib, 43; N. Gobala Krisnan, 41; Raja Petra Raja Kamarudin, 49, dan Abdul Ghani Haroon, 36.
Norian menegaskan aktivis reformasi itu juga mempunyai perancangan terpenting dalam masa terdekat ini iaitu menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil `Black 14' secara besar-besaran di ibu negara pada hari Sabtu ini.
Bagaimanapun tegasnya bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil `Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia' dengan rancangan mengumpulkan lebih kurang 50,000 yang akan berhimpun di sekitar ibu negara.
``Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan,'' tegas Norian.
Ketua Polis Negara memberitahu kegiatan reformasi yang bermula pada bulan September 1998 adalah merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap sedia untuk bertindak secara militan melalui beberapa pendekatan;
รป pi9016 Melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan termasuk bom dan pelancar roket, menggunakan `molotov cocktail', `ball bearing' serta berbagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan huru-hara semasa demonstrasi jalanan di ibu negara pada bulan Oktober 1998.
* Mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.
Norian berkata, bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut, polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah Seksyen 73 (1) ISA 1960 antara 20 September 1998 hingga 24 Disember 1998.
``Tindakan-tindakan polis itu telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu,'' katanya.
Beliau menambah pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik.
Bagaimanapun, katanya, sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu keagamaan dan perkauman.
Norian berkata, di antaranya ialah menyebarkan berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai orang Melayu telah dikristiankan semasa pilihan raya kecil Lunas yang lalu.
``Ciri-ciri militan semasa pilihan raya kecil itu juga dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakut para pengundi serta orang ramai,'' ujarnya.
Menyentuh mengenai penahanan ketujuh-tujuh aktivis reformasi itu Norian memberitahu ia dilakukan kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara,''
``Pihak polis perlu menjalankan siasatan rapi di atas maklumat-maklumat tersebut,'' jelas beliau.
Norian berkata, pihak polis akan membuat beberapa lagi tangkapan untuk siasatan kes yang sama dan pihak polis juga sedang menyiasat mengenai kemungkinan penglibatan pihak luar negara dalam kumpulan ini dalam membantu merealisasikan rancangan mereka.
``Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka.
``Oleh itu tindakan di bawah Seksyen 73 (1) ISA diambil kerana pihak polis percaya ada alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah Seksyen 8 ISA kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara,'' tegas beliau lagi.
Oleh: KAMARUZAMAN MOHAMAD dan AZIAN ABD. 


----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Norian mai...
Rahim noooo...

Ayat charles bronson dulu..
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Asal igp sj, nadanya mesti sama tak kira tahun bila. Apa maknanya?

DIDI KOTA BELUD berkata...

Bekas igp ini akan ditanya bila mati nanti... Siapa tuhanmu... Umno.. Apa agama mu... Umno... Siapa nabimu... Pm umno... Apa kitab mu... Buku umno... Dan siapa saudaramu... Ahli umno... Ok.. Skg.. Loo masuk neraka... Dia akan jawap juga... Urmmm... No plssss.... Kakakakakaa

Tanpa Nama berkata...

bro .teater bilik sulit bila mau buat record.nanti aku beli la byk2 , buat koleksi sebagai bukti sejarah.