.

Khamis, 30 Jun 2016

SELAMAT BERBUKA








SELAMAT 

BERBUKA


PATIN TEMPOYAK
hari ini hari akhir
gerai patin dibuka
esok kami tidak meniaga lagi
tapi LA GORDO masih ada
dan boleh dibeli dari
studio radio bangsar utama

apa pandangan kawan kawan
apakah kami wajib terus niaga
cari makan jual patin tempoyak
untuk makan tengah hari 
di wilayah bangsar utama

ini untuk pekerjaan 
sumber hidup aktivis 
agar dapat membuat kerka kerja 
yang kami suka buat
bukan keraj kerja
yang kami terpaksa buat
untuk cari makan


KUALA LUMPUR
hari ini cerah berangin
pagi tadi  gua pergi chow kit
beli buah dan rangka ayam
buah untuk  diri gua
rangka ayam untuk jai dan ezi

gua naik grab car
pemandu anak muda india
yang sopan dan ramah
harga hanya 12 ringgit

pulang gua ambil teksi
harga tambang 15 ringgit

nampak bezanya
gua tahu apa yang sedang berlaku
ada bergeseran antara uber grab dan teksi
nanti gua tulis panjang

BERBUKA PETANG INI
spesial ada laksa sarawak
ada mee kolopk
ada patin tempoyak
tapi patin belum sampai sampai


ESOK DEMO ANTI ISRAEL
esok petang jam 2:00
ada demo anti israel
kami berhimpun di masjid tabung haji
kawan kawan dijemput bersama
gua akan  bersama
untuk bersetia kawan
dengan warga palestin
dengan warga tertindas seluruh dunia

RAYA RAYA RAYA
tak sampai satu  minggu lagi
aduh!
macam semalam kita berpuasa
cepat cepat cepat

SELAMAT RAYA





-------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya, teruskan bniaga selepas bulan ramadhan ini. ini kerana terdapat kata kunci yg myatakan suka lakukan kerja yg kita suka. insyaAllah pada asalnya walaupun mula bniaga dgn berpayung, pniagaan boleh berjaya. boleh buka gerai kemudian restoran. ini akan mewujudkan peluang pkerjaan kepada para aktivis, petani, penternak ikan dan lain2. galakan juga makan ulam ulaman. jering petai kerdas. pucuk paku, jantung pisang, pucuk ubi. teruskan perniagaan ini. saya sokong. Sieg Heil...

Tanpa Nama berkata...

Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk.

inilah hidup kita didunia tak lama mana pun

hari ini gua ada pegi cow kit beli petai tapi tak sangka gua ada nampak lu
tengah beli anggur
lu nampak riang ria tak lama lagi ada masyuk latuih libu
kalau itu ada masyuk lu kena gst ka ?
mana sangka kerja Allah hari ni gua lalu belakang lu gua malas mau kacau lu
aurat lelaki dari lutut sampai pusat
lain kali lu pakai seluar pnajang sikit kasi lutut tak nampak
jangan marah gua

itu demo amano ada join tak atau macam selalu
takut obama marah

Saiful berkata...

Senor tt ..dah mcam ulamak la...baguih la tu..sejuk ibu mengandung

Saiful berkata...

Nak tanya ..saipa ..buh nama kuih AL gordo..saipa tak guna nama malaiyu.. cintai lah bahasa malaiyu.. Saja tanya jgn mare

Tanpa Nama berkata...

RAYA NAK DEKAT

DUIT TAK ADA

Mat Kampau tunggu tunggu saja

Macam mana nih

Patin TEMPOYAK pun nak tengok TV GERMAN

Cuti RAYA jadi KOBOI lah

Penat lah

Ak46 berkata...

Bro tukartiub..dalam negara kapitalis ni disarankan terus jual ikan patin tu..kalau nk harapkan sponsor jenuh nak dapat.melainkan cukong2 besar bawak cek besar gabak sponsor tak ikhlas barulah tak payah niaga..kena ingat hala tujuan niaga ni dah betul menolong orang susah.. asalkan niat bukan buat untung semaksimum mungkin..gua support usaha murni ni bro

Tanpa Nama berkata...

teruskan meniaga.

takpalah mula sebagai hobi. lepas tu boleh jadikan mata pencarian kepada aktivis2 dapur jalanan. ini fardhu kifayah dapat pahala.
benda2 makan ni orang sentiasa cari.
bila dah popular boleh tambah 2-3 menu lagi.
juga boleh jual tempoyak sekali kot2 orang nak campur dengan sambal.

meniaga dekat sekitar pejabat2. biar depa rasa ikan pulak. asyik2 makan ayam saja
kahkahkah