Helah untuk menghalang pendaftaran pengundi baru di Selangor
BERSIH 2.0 khuatir dengan percubaan sengaja untuk mencegah pendaftaran pengundi baru oleh pihak-pihak tertentu, dengan mengeksploitasikan proses pembantahan pengundi baru yang terkandung di Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Peruntukan bantahan pengundi baru bertujuan untuk membasmi pengundi hantu dan memastikan pendaftaran baru adalah betul, tetapi malangnya telah disalahgunakan untuk mencegah pendaftaran pengundi baru, dan ianya bersifat perkauman.
Apabila dibantah, pengundi baru perlu hadir ke pejabat SPR untuk sesi pendengaran dan membuktikan bahawa mereka adalah pengundi di kawasan tersebut. Kakitangan dan sukarelawan BERSIH 2.0 telah menghabiskan masa selama dua jam di SPR Shah Alam pada 6 Mac 2017 untuk memantau dan menyaksikan lebih daripada 20 orang pengundi baru yang hadir di di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor untuk berdepan dengan pembantah-pembantah mereka. Salah seorang pegawai SPR memberitahu BERSIH 2.0 bahawa mereka menangani 100 kes setiap hari.
Selepas pengundi berjaya mengemukakan bukti bahawa mereka adalah pengundi sahih, pegawai SPR yang bertugas memaklumkan bahawa pampasan sebanyak RM100 wajib dibayar oleh pembantah, tetapi ini terpulang kepada pengundi untuk menuntut pampasan tersebut.
Ekoran pemerhatian kami, BERSIH 2.0 juga telah menerima aduan sepanjang proses ini:
1. Sekurang-kurang tiga orang pembantah adalah ahli jawantankuasa UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.
2. Sekumpulan pembantah yang terdiri dari lelaki dan wanita dinampak menerima arahan dari seorang individu mengenai pengundi mana satu yang dibantah.
3. Seorang pengundi yang baru didaftar menuntut wang pampasan, tetapi pembantahnya menjawab bahawa pampasan akan dibayar dalam masa 3 bulan oleh sebuah “agensi” dan bukan diri sendirinya. Apabila seorang sukarelawan BERSIH 2.0 mengambil gambar pertukaran tersebut, seorang lelaki menghalang dan merampas telefon beliau. Dia mengatakan bahawa dia berasal dari “Jaringan Melayu”.
4. Seorang lagi pengundi baru mendakwa pembantahnya tidak sedar bahawa dia telah mengemukakan sebarang bantahan. Pembantah memberitahu pengundi bahawa dia telah diberikan arahan oleh UMNO Selangor untuk menghadirkan diri di Pejabat SPR pada hari tersebut.
5. Seorang pengundi baru terkejut menemui jirannya yang biasa ramah terhadap dia merupakan pembantahnya yang mendakwa si pengundi tidak menduduki alamat yang didaftarkan.
SPR mempunyai tugas untuk menjamin hak pengundi dan mengelakkan penyalahgunaan proses. Berdasarkan penemuan ini, BERSIH 2.0 mengemukakan persoalan-persoalan berikut kepada SPR:
1. Adakah bantahan secara beramai-ramai tanpa alasan kukuh ini merupakan suatu perancangan secara sengaja, terutamanya di Selangor?
2. Berapakah kes bantahan yang diterima oleh SPR pada tahun 2016 dan apakah peratusan pengundi baru yang menghadirii sesi pendengaran yang ditetapkan?
3. Apakah mekanisme penguatkuasaan untuk memastikan pampasan RM100 dibayar kepada pengundi baru jika bantahan terhada mereka ditolak? Sekiranya terdapat 100 bantahan yang ditolak dalam satu hari, ini akan menghasilkan jumlah dendaan sebanyak RM10,000 sehari.
Tambahan lagi, ini bukannya kali pertama isu ini ditimbulkan, malah ia sudahpun berleluasa selama sekurang-kurangnya dua tahun. BERSIH 2.0 pernah menerima aduan ini seawal tahun 2015, dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Kian Ming pernah membangkitkan isu ini pada bulan September 2015.
Adakah pembantahan-pembantahan ini wujud secara khususnya di Selangor sahaja ataupun seluruh pelosok negara?
Bagi pengundi-pengundi baru yang akan didaftarkan pada suku pertama tahun ini (Januari-Mac 2017) yang bimbang dengan status mereka, BERSIH 2.0 menyeru mereka untuk menyemak status pengundi di laman SPR (http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/) menjelang April 2017. Hasil carian laman sepatut menunjukkan nama pendaftar sedang diproses. Sekiranya mereka menerima surat bantahan, mereka perlu menghadiri sesi pendengara, jika tidak nama mereka tidak akan didaftarkan.
BERSIH 2.0 mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi baru didaftar dan menyeru kepada mereka yang dibantah untuk hadir ke sesi bantahan untuk demi hak mengundi mereka. Kami menyaran semua pengundi baru sahih untuk berdepan dengan isu-isu ini untuk menghubungi BERSIH 2.0 supaya kami boleh meminta penjelasan dari SPR.
Ditandatangani oleh ahli-ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
-----------------
1 ulasan:
pengerusi spr adalah ore kelate, ag juga org kelate, nik abodoh juga ore kelate, krisis mb selangor di mesyuaratkan di kota gay kota bharu kelate..ramai ore kelate dlm kerajaan, tak mungkin pas akan kalah di kelanten...raja syaitan sudah bagi dana utk student2 lahir kelate pantai timur..
Catat Ulasan