.

Isnin, 12 Jun 2017

SELAMAT BERBUKA







MASUK HARI

LAPAN BELAS 
rasanya bagitu cepat hari berjalan
inilah yang dikatakan relatif
oleh albert einstein
masa kita kanak kanak
semua lambat 
nak berbuka lambat 
nak raya lagi lambat
malam raya menanti siang
menanti hari raya
amat amat lambat

kini semua cepat
semau bergerak pantas
hari ini dah 18 kita puasa
tak lama lagi raya

tapi dalam lokap
dalam penjara
di kamunting
semua lambat
relatif relatif relatif

hari ini cuti
hari ini gua dateline
tiap senin gua dateline
ini dah bertahun gua lakukan
jadi hari ni
bak kata orang belgium
rien special
tak ada apa yang spesial
kueh tak ada
gua ada buah pisang
gua ada buah mangga
dan buah tamar
cukup untuk berbuka

hari ini redup dan berangin
agaknya untuk menyambut cuti
agar adik abang tidak gundah
malam kelmarin gua lintas
jalan TAR
ah! sibuk sibuk sibuk
tapi tiask sesibuk dulu
dekat pasar chow kit
ada gerai yang kosong

dulu berbunuh 
rasuah beribu bertukar tangan
tahun ini eleeeek

malah di jalan raya alang
yang diatapi sepanjang jalan
tidak sesibuk yang diharapkan

ekonomi ekonomi enokomi

tapi petai masih mahal
ratus ringgit untuk seikat
tak tahu berapa papan
dalam seikat

malam kelmarin gua mencari
buah avocado di pasar borong
tak sampai lagi dari sumetra
tapi gua dapat beli
jering 5 ringgit sekilo
ini harga borong
kalau di gerai dah jadi 8 ringgit

gua dah ada petai
gua dah ada jering
gua nasib baik meninggalkan london
kalau tidak gua kempunan
nak makan petai dan jering

SELAMAT 

BERBUKA









-------------

2 ulasan:

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Saya rasa2 saya agak2 Buah avocado terbaiK Ada d puLau2 fLores indonesia, Buah kiwi pun okey BawaK buka posa, tapi jangan banyak2 takut Lambat jadi ORANG arabiyaH . SusaH pronounce aksara (shad)

Tanpa Nama berkata...

kat matahari bayswater kan ada macam2. durian pun ada...