Khamis, 4 Julai 2019

TENGKU FRAUD








SEMUA  CERITA

BOCOR

SEMUA RAHSIA

DIBONGKAR

Tengku Adnan arah saya tolong pemaju, kata bekas datuk bandar KL

BEKAS menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dua kali meminta datuk bandar Kuala Lumpur menangguhkan pembayaran pemaju bagi penjualan dua plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Pemaju tersebut, Aset Kayamas Sdn Bhd, dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Adnan semasa beliau jadi menteri.

Bekas datuk bandar Mhd Amin Nordin Abdul Aziz memberitahu mahkamah, Tengku Adnan terlibat dalam penangguhan bayaran dan mengaitkan Aset Kayamas dalam perbicaraan rasuah RM2 juta bekas menteri itu.

Tengku Adnan dituduh menerima RM2 juta dari pengarah Aset Kayamas, Chia Kin Kong yang dimasukkan ke dalam akaun bank Tadmansori Holdings Sdn Bhd. Tengku Adnan adalah pemegang saham terbesar dalam Tadmansori Holdings.

“Dalam surat pertama bertarikh 26 Ogos 2015, Aset Kayamas memohon menangguhkan pembayaran 10% pertama penjualan tanah untuk tiga bulan dan mengurangkan harga bagi dua plot tanah itu. 

“Harga bagi dua plot tanah di Bandar Tun Razak dibeli oleh Aset Kayamas sebelum saya jadi datuk bandar dan ia diluluskan oleh menteri.

“Menteri menulis nota meminta saya pertimbang permohonan mereka (tangguh bayaran),” Amin beritahu mahkamah.

Bayaran pertama berjumlah RM2.36 juta. DBKL setuju untuk menangguhkan bayaran 10% daripada jumlah tersebut sehingga Disember 2015, tambah Amin.

Pada Februari 2016, Aset Kayamas sekali lagi menulis surat bagi permohonan serupa.

Amin menerima surat tersebut yang disertakan dengan nota dari Tengku Adnan yang meminta beliau setuju untuk menangguh bayaran dan mengurangkan harga tanah daripada 20% kepada 10%.

“Sekali lagi kami benarkan permohonan itu. Saya terpaksa ikut arahan kerana beliau adalah menteri,” kata Amin.

Ketua peguam bela, Tan Hock Chuan meminta Amin menjelaskan apakah beliau sebagai datuk bandar ketika itu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu.

“Mungkin, tetapi saya tak berani nak buat keputusan,” katanya.

Amin meletak jawatan pada September tahun lalu.

Tengku Adnan dituduh menerima RM2 juta dari Aset Kayamas pada 14 Jun 2016. Tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika perbicaraan semalam, timbalan pendakwa raya memberitahu mahkamah RM2 juta itu adalah untuk kempen politik.

Tengku Adnan, bekas setiausaha agung Umno dan juga ahi Parlimen Putrajaya, dihadapkan dengan satu lagi tuduhan menerima rasuah berjumlah RM1 juta dari ahli perniagaan, Tan Eng Boon untuk menaikkan ratio berkaitan plot pembangunan di Jalan Semarak pada 2013.

Perbicaraan bagi kes ini akan didengar pada September. – 3 Julai, 2019.

HARI HARI

AKHIR SAEKOR

TENGKU FRAUD
------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu jer cara kalau tengku adnan muka buruk ni nak lepas dari hukuman. dia jgn mengaku dia tengku adnan, gunakan nama ASAL, kahkahkah semua hukuman dan tuduhan gugur! kahkahkah