MELAWAN
PEMANASAN
GLOBAL
AJENDA
ANAK MUDA
Umur mengundi turun, parti politik kena berubah, kata penganalisis
LANDSKAP politik Malaysia berubah dari segenap segi apabila umur layak mengundi diturunkan daripada 21 ke 18, kata penganalisis dan aktivis politik.
The Malaysian Insight difahamkan daripada data rasmi Putrajaya, terdapat lebih 1.5 juta bakal pengundi baharu yang layak mengundi sekiranya umur kelayakan mengikut Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan. Mereka berumur antara 18-hingga 21 tahun.
Kumpulan pengundi baharu itu akan memaksa parti politik bukan saja perlu mengubah gaya dan bahasa berpolitik tetapi harus juga menukar naratif perjuangan, kata mereka.
Aktivis politik Hishamuddin Rais berkata parti politik baik pemerintah atau pembangkang tidak lagi boleh menyajikan pengundi dengan agenda lapok atau manifesto pembangunan.
“Tidak boleh lagi manifesto pasal jambatan belum siap… bukan manifesto lima tahun sahaja untuk dapatkan undi semata-mata” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelas beliau, parti politik harus membentangkan satu tawaran masa depan jangka panjang yang menjangkau beberapa generasi, selain mesti kreatif berpolitik.
“Parti politik perlu lebih meluas memikirkan isu pemanasan global misalnya dan bukannya hanya jaja isu ke masjid atau isu halal haram memberi ucapan Hari Natal,” katanya.
Parti politik membentuk naratif baharu dengan perlu mengambil kira kehendak pengundi muda yang baru melepasi alam persekolahan, tambah pensyarah politik Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Cabaran kepada parti politik ialah bagaimana untuk menarik sokongan dari pengundi-pengundi baru ini. Parti-parti perlu juga mengambil kira minat dan sokongan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata demokrasi di Malaysia maju selangkah dengan turunnya umur layak mengundi sekaligus mendidik anak muda jadi lebih matang.
“Kita akan melahirkan pelapis dan generasi kini cepat matang. Malaysia juga akan lahirkan pemimpin muda kerana mereka menerima pendedahan lebih awal,” kata pensyarah kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam di Sekolah Perdana, UTM.
Mazlan juga berpendapat pendedahan politik dan kenegaraan harus pula diberikan lebih awal kepada bakal pengundi berumur 18 tahun ini.
“Mereka perlu didedahkan dengan apa itu negara, apa itu sistem demokrasi berparlimen dan sebagainya seawal 16 tahun, atau tingkatan 4. Itu asasnya.
“Jika tidak mereka ibarat boneka dan hanya bergerak mengikut gerakan-gerakan tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, pensyarah politik dan budaya di Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi melihat parti pembangkang akan lebih mudah mendekati golongan muda yang umumnya tidak puas hati dengan kerajaan berhubung isu pendidikan dan pekerjaan.
“Kemahuan generasi muda ini lebih pada soal pendidikan dan pekerjaan. Ini antara janji manifesto yang belum kerajaan tunaikan.
“Kesannya, ia memberi krisis kepercayaan generasi muda kepada Pakatan Harapan,” katanya.
Bagaimanapun Mazlan berpendapat kerajaan ada kelebihan mendekati golongan muda ini kerana menguasai jentera dan institusi awam.
“Kerajaan mudah untuk buat program dan dekati dengan mereka,” katanya.
Minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi yang sedang berlangsung minggu ini.
Sidang Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-14 ini dijadual berakhir pada 18 Julai. – 4 Julai, 2019
ANAK MUDA
BOSAN DENGAN
AJENDA
HALAL HARAM
-------------
1 ulasan:
apa cipap kau tulis ni TT? isu pemanasan global pejadah? semburit apa nak cerita isu pemanasan global kalau kes sungai dan udara tercemar kat negara johor pun masih belum selesai. berapa ekor jer ahli politik yg lantang perjuangkan isu kat negara johor tu? dah berapa ramai pesalah masuk jel sebab cemarkan sugai dan udara? lancau laa mau cerita pasal pemanasan global
Catat Ulasan