Rabu, 5 Februari 2020

TERKINI TER NOWW TERBARU






AWAS

TERKINI

TERT NOWW

TERBARU


Lebih banyak bandar ditutup di China


JUTAAN penduduk diarah untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing ketika pihak berkuasa China cuba mengekang penularan wabak koronavirus yang meragut hampir 500 nyawa setakat ini.

Lebih 24,000 kes dicatatkan di China, sekaligus menambahkan lagi jumlah bandar yang ditutup sejak beberapa hari lalu.

Kebimbangan di peringkat global semakin memuncak yang mana lebih banyak negara merekodkan kes yang bukan dari China.

Terbaharu, 10 penumpang kapal persiaran yang dikuarantin di Jepun, disahkan positif koronavirus.

Sejak minggu lalu, kira-kira 56 juta penduduk di Hubei terkesan dengan sekatan dikenakan yang mana Wuhan yang terletak di wilayah berkenaan kini diisytiharkan darurat.

Di Hangzhou, jalan raya berhampiran syarikat teknologi gergasi China Alibaba disekat dengan jet pejuag dilihat berlegar di atasnya.

Alibaba yang merupakan antara syarikat paling berharga di dunia kini ditutup, manakala penghantar barang dilihat keluar masuk dari kawasan perumahan berdekatan untuk menghantar barangan keperluan harian penduduk.

Syarikat berkenaan terletak di salah satu daerah yang mana pihak berkuasa hanya membenarkan seorang satu keluarga keluar bagi membeli barangan keperluan rumah setiap dua hari.

“Tolong jangan keluar, jangan keluar, jangan keluar!” bunyi amaran menerusi pembesar suara yang turut menggesa penduduk sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap dan melaporkan sekiranya terdapat penduduk dari Hubei.

Sekurang-kurangnya tiga lagi bandar di timur wilayah Zhejiang – Taizhou, Wenzhou dan sebahagian daripada bandar Ningbo – dikenakan sekatan yang sama, sekaligus menjejaskan 18 juta penduduknya.

Sebuah daerah di bandar Zhumadian di wilayah Henan yang bersempadan dengan Hubei hanya membenarkan seorang dari sebuah keluarga keluar dari kediaman mereka untuk membeli barangan keperluan setiap lima hari.

Penduduk turut ditawarkan ganjaran untuk memberi maklumat berhubung mereka yang berasal dari Hubei.

Wabak berkenaan dipercayai mula menular pada Disember lalu di pasar Wuhan yang menjual pelbagai haiwan eksotik.

Angka kematian meningkat sehingga 490 orang di China yang mana si Hubei sahaja sebanyak 65 kematian direkodkan.

Kebanyakan kematian telah berlaku di wilayah itu dan menurut pegawai kerajaan China kadar kematian, sekitar 2%, adalah di bawah angka kematian Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk.

Wabak koronavirus merupakan keluarga patogen yang sama dengan penyebab SARS, yang meragut ira-kira 800 nyawa pada 2002-2003.

Ia turut menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global, beberapa kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dan syarikat penerbangan menggantung perkhidmatan ke, dan dari China.

Syarikat penerbangan United Airlines dan American Airlines turut menyenaraikan Hong Kong dalam penggantungan penerbangan.

Hari ini, Jepun mengesahkan sekurang-kurangnya 10 penumpang di kapal persiaran yang membawa 3,711 orang, positif virus berkenaan.

Pihak berkuasa Jepun menjalankan ujian terhadap penumpang terbabit selepas seorang penumpang yang meninggalkan Hong Kong disahkan postif virus itu.

Setiausaha Kementerian Luar Britain Dominic Raab menasihatkan warganya untuk keluar dari China “sekiranya mampu berbuat demikian” bagi mengurangkan risiko terdedah dengan wabak berkenaan.

Namun menurut WHO, langkah dramatik yang diambil oleh China memberi kemungkinan menghentikan penyebaran wabak itu.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata majoriti kes berkenaan adalah di China.

“Itu tidak bermakna ia akan menjadi lebih teruk. Namun yang pasti kita mempunyai peluang untuk bertindak,” katanya.

Semalam, Singapura, Malaysia dan Thailand melaporkan kes jangkitan terbaharu yang bukan dari China.

Dua kematian direkodkan di luar tanah besar China iaitu di Hong Kong dan Filipina.

Hong Kong hanya membuka dua laluan ke tanah besar China dan menutup semua laluan lain. – AFP, 5 Februari, 2020.


KITA SAMA2

BERJAGA JAGA

-----------

Tiada ulasan: