Rabu, 5 Februari 2020

MARI TEKA






ADAKAH 

TOKAN INI

WARGA 

GERMAN JEPUN

ITALI ATAU RUSIA

KAH KAH KAH

ADAKAH DIA

DATUK

DATUK SERI

ATAU TAN SERI

KAH KAH KAH


PDRM sita beberapa lagi harta ‘kingpin’ dadah di Klang



SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah di Klang, Selangor semalam, menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, harta terbaharu yang disita daripada lelaki yang dipercayai berada di negara jiran itu adalah 15 lot kawasan perusahaan bernilai RM5.56 juta.

Beliau berkata, kesemua harta berkenaan disita mengikut Seksyen 3 serta 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.

“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk mengesan suspek dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Narcotic Airport Division’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, pihaknya percaya suspek mempunyai lebih banyak harta hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.


“Siasatan akan dijalankan bagi mengesan harta milik suspek di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis menyita harta seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah bernilai RM366 juta dan sedang memburu lelaki itu yang dipercayai bersembunyi di negara jiran.

Suspek itu berkemungkinan telah mengetahui bahawa perniagaan kokain yang dikaburi dengan perniagaan arang batu, telah terbongkar dalam satu serbuan di Pulau Pinang pada 2019.

Pada 10 September tahun lepas, polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 12 tan metrik kokain dicampur dengan arang batu bernilai RM2.4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth.

Sindiket membawa dadah dalam 60 guni arang batu dari Amerika Selatan itu berjaya ditumpaskan menerusi Op Eagle yang dijalankan di sekitar Butterworth dan Bayan Baru di Pulau Pinang serta Padang Serai, Kedah. – Bernama

NEGERI   MANA

RAJA MANA

YANG BERI 

TOKAN INI

DERAJAH

KAH KAH KAH

ADAKAH  DERAJAH

INI AKAN DITARIK

KAH KAH KAH

ATAU SENYAP 

BUAT DEEEK
KAH KAH KAH

----------

Tiada ulasan: