PENSEJAJARAN
BARU
MUSTAHIL TIDAK
FAHAM
Cadangan kerjasama dengan Bersatu dibincang Jumaat ini, kata MT Umno
CADANGAN kerjasama politik antara Umno dan Bersatu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat ini, kata Armand Azha Abu Hanifah.
Armand juga berkata, selaku pemimpin parti, beliau akan menghormati suara akar umbi dalam isu berkenaan.
“Kita belum ada sebarang keputusan lagi. 7 (Februari) ini baru hendak bincang. Jadi bersabarlah,” katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
“Saya konsisten dengan pendirian saya iaitu PRU15 serahkan mandat kepada rakyat untuk memilih. Ini akan saya nyatakan dalam mesyuarat MT Jumaat ini.
“Tetapi sebagai pemimpin sebuah parti, keputusan sebuah mesyuarat adalah keputusan bersama, bukan individu,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Rancangan kerjasama Umno dengan Dr Mahathir Mohamad itu didedahkan seorang lagi Ahli MT Umno Lokman Noor Adam semalam.
Beliau antara lain menggelarkan Zahid sebagai pengkhianat dan tiada jati diri kerana mahu Umno bekerjasama dengan Dr Mahathir.
Dakwanya, rancangan itu dinyatakan Zahid dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno dipengerusikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Tajuddin Abd Rahman.
Menurut Lokman, Zahid dalam mesyuarat itu antara lain menyebut Umno perlu turut bekerjasama dengan Dr Mahathir kerana PAS juga berhasrat berbuat demikian.
Ia dipercayai berkaitan dengan pendirian PAS yang menyatakan ikrar untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.
Umno bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung sokongan tersebut pada waktu itu.
Namun kini, menurut Lokman, Zahid menyatakan Umno tidak dapat menyelesaikan “masalah” dihadapi bekas presiden Najib Razak jika tidak menjalankan kerjasama dengan Dr Mahathir.
“Masalah” itu dipercayai merujuk kepada tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi perdana menteri keenam itu.
Lokman mendakwa, kerjasama itu hanya untuk membolehkan Zahid, yang turut menghadapi 87 tuduhan di mahkamah menyelamatkan dirinya dengan mendapatkan hukuman lebih ringan.
Selain itu Lokman juga mendakwa Zahid menyatakan rancangan kerjasama itu juga mengambil kira bahawa Dr Mahathir berkuasa untuk mengharamkan Umno.
Dakwanya, beliau mempunyai bukti Zahid menyatakan demikian dalam mesyuarat itu dalam bentuk rakaman audio.
Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi melalui Muafakat Politik pada 14 September tahun lalu, yang pada asasnya bertujuan mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRU15.
Umno juga berkali-kali menegaskan tidak akan mengadakan kersekongkol dengan parti yang bekerjasama dengan DAP.
Ia ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah yang menyelar Lokman kerana mendedahkan rahsia parti itu semalam.
Katanya tindakan Lokman itu tidak wajar kerana rancangan seperti yang didakwa disebut oleh Zahid itu hanya rancangan awal. – 4 Februari, 2020.
BETUL KE
TANPA DAP
TANPA AMANAH
ATAU HANYA
TANPA PISANG
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan