Isnin, 4 Mei 2020

SERANGAN KE DUA?





TUNGGU LIHAT

 14 HARI

DARI HARI INI

ADA SERANGAN

KE DUA ?

Bimbang virus mengganas semula punca kerajaan negeri tangguh PKPB

KEBIMBANGAN penularan semula wabak Covid-19 antara sebab utama sesetengah negeri menangguhkan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun Putrajaya memberi kebenaran perniagaan utama beroperasi semula hari ini.

Pakar kesihatan awam dan pegawai kerajaan negeri berkata majlis perbandaran tempatan juga perlu lebih masa untuk memastikan operasi perniagaan termasuk di tapak pembinaan dan kilang dapat mengikut pelan pematuhah peraturan penjarakan sosial.

Kenaikan kes baharu Covid-19 pada 2 dan 3 Mei menjadi kebimbangan pakar terhadap kelonggaran PKP yang disifatkan terlalu awal kerana virus itu mampu mengganas semula walaupun negara ini mengenakan perintah pengurungan.

Pada masa yang sama, pakar ekonomi menasihatkan kerajaan negeri untuk mengambil langkah membuka semula perniagaan di zon hijau bagi menghidupkan semula sektor ekonomi secara berperingkat.

Langkah ini juga disifatkan boleh memberi masa kepada semua pihak menyesuaikan diri terhadap norma baharu.

Exco Selangor Siti Mariah Mahmud berkata kerajaan negeri perlu memastikan keseimbangan antara melindungi nyawa dan memelihara kehidupan rakyat.

Selangor sebagai contoh katanya, perlu lebih masa untuk memastikan semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, pernigaaan dan penduduk agar bersedia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita tidak mahu situasi yang menyaksikan orang ramai selama berminggu-minggu berkurung di rumah menyerbu gerai makanan dan restoran untuk membeli juadah berbuka puasa,” kata Siti Mariah kepada The Malaysian Insight.

“Begitu juga apabila pusat beli belah dibuka, orang ramai menyerbu kedai dan kios. Pusat beli belah perlu bersedia menguruskan insiden seperti ini,” kata Siti Mariah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga.

Selangor merupakan antara lima negeri yang mengambil keputusan tidak menurut arahan Putrajaya bagi membuka kesemua perniagaan dan industri pada 4 Mei dan mengekalkan beberapa peraturan PKP.

Sebagai contoh, Selangor tidak membenarkan makan di restoran manakala orang ramai hanya boleh bersenam di taman komuniti tertentu.

Siti Mariah berakta majlis tempatan perlu lebih masa untuk merancang pelaksanaan operasi supaya perniagaan dan pelanggan dapat mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Katanya perniagaan juga perlu diberi masa untuk membentangkan pelan kepada pihak berkuasa tempatan tentang cara mereka melaksanakan penjarakan sosial dan peraturan kebersihan di premis mereka.

“Kita perlu memberi masa kepada semua pihak untuk menyesuaikan keadaan dan mematuhi peraturan baru ini.

“Selangor merupakan negeri yang besar dan kita masih ada beberapa zon merah,” katanya merujuk kepada daerah yang masih mengendalikan kes aktif Covid-19.

“Kita akan mengkaji semula keputusan ini dalam tempoh seminggu berdasarkan tahap pematuhan orang ramai kerana kita tidak mahu mensia-siakan pencapaian kita selama lebih 40 hari lepas.” – 4 Mei, 2020.


JIKA TAK

PATUH ARAHAN

TAK IKUT SYARAT

KOBID PASTI

MENYERANG LAGI

AMIN

Tiada ulasan: