Ahad, 8 November 2020

JANGAN HANYA CAKAP

 



JANGAN JADI

NATO

NO ACTION TOK ONLI

KAH KAH KAH 



Bukan hapus tapi nasionalisasi sekolah vernakular, kata Wan Fayhsal

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk menghapuskan sekolah vernakular tetapi hanya mahu ia dijadikan institusi kebangsaan.

Ketua Pemuda Bersatu berkata, banyak pihak membahaskan isu ini dengan sentimen politik dangkal dan tidak memahami tujuan British memperkenalkan sekolah vernakular.

Tegasnya negara ini sebelum penjajahanan British merupakan sebuah kerajaan Melayu yang berdaulat.

“Kalau kita faham konteks ini kita boleh faham kenapa keutamaan diberi kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama negara dan kenapa kita mahu lihat ada sekolah kebangsaan yang jadi jambatan perpaduan antara anak kita dan bukannya sekolah vernakular.

“Secara perlahan kita perlu nasionalisasikannya agar ia jadi cerminan sifat dan semangat kebangsaan,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Timbalan menteri belia dan sukan itu menjelaskan kontroversi yang timbul atas kenyataannya menggesa sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

Beliau pada Ogos lepas berkata sekolah vernakular perlu ditutup kerana gagal melahirkan pelajar yang mempunyai identiti dan jati diri kebangsaan yang kuat.

Gesaan tersebut sebagai tindak balas kepada kenyataan Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique memberi jaminan kerajaan tidak akan memansuhkan sekolah vernakular.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata banyak pihak tidak memahami tujuan British memperkenalkan sekolah vernakular.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2020.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata banyak pihak tidak memahami tujuan British memperkenalkan sekolah vernakular.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2020.
Pada masa sama, beliau tidak menafikan sentimen ibu bapa pelajar Melayu yang lebih cenderung menghantar anak ke sekolah vernakular kerana kelemahan sistem pendidikan sekolah kebangsaan.

Ujarnya sewaktu pentadbiran British ada ibu bapa Melayu pada waktu itu menghantar anak mereka ke sekolah mubaligh demi masa depan lebih baik.

Beliau juga berkata, biarpun terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan sekolah kebangsaan namun ia tidak bermaksud sekolah itu tidak berkualiti.

Katanya sekolah kebangsaan juga banyak melahirkan pelajar yang berjaya bukan saja menjadi pemimpin namun cemerlang dalam dunia korporat.

Namun beliau bersetuju bahawa kelemahan sekolah kebangsaan seperti tanggapan ia dilihat terlalu Islamik seperti sekolah agama perlu diperbaiki dan diatasi.

Jelasnya tanggap seperti itu mungkin menyebabkan ibu bapa pelajar bukan Melayu tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah.

“Saya setuju kritikan yang ada terhadap sekolah kebangsaan yang dilihat semakin Islamik. Sekolah kebangsaan bukan sekolah agama kita tak boleh tekankan ritual terlebih sangat.

“Sekolah kebangsaan sekolah untuk semua. Ya, Islam perlu dijadikan sandaran juga tapi bukan secara berlebihan kerana kita tak mahu takutkan orang bukan Melayu (yang) elak anak mereka dihantar ke sekolah kebangsaan,” katanya. – 8 November, 2020. 

BUAT DASAR

UNTUK MASA

DEPAN

TAPI KALAU 

NAK GADUH

KITA GADUH

TAK MAHU

CAKAP CAKAP

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: