Ahad, 8 November 2020

REDA SADIKIT





 

REDA


SIKIT


AWAS


Semua sekolah ditutup hingga 20 Januari




Covid-19 jejas pasaran sewa, kata pemilik hartanah




Kes jangkitan menurun, Malaysia catat 852 kes baharu


SELEPAS lima hari berturut-turut merekodkan lebih 1,000 kes Covid-19, julah kes jangkitan dalam negara kini kembali kepada tiga digit apabila 852 kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah, Labuan dan Lembah Klang menyumbang 83.2% kes keseluruhan hari ini.

“Sabah merekodkan 524 kes (61.5%) manakala Lembah Klang mencatatkan 161 kes (18.9%) dan Labuan sebanyak 24 kes (2.8%).

“Kesemua lima negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menyumbang 83.2% daripada keseluruhan kes hari ini,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan kini mencecah 40,209. 

Dr Noor Hisham berkata empat kematian turut dicatakan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 286.

Katanya dua kematian dilaporkan di Sabah dan masing-masing satu di Perak dan Kedah.

Kesemua mangsa berusia 60 ke atas dengan yang paling tua berusia 81 tahun iaitu seorang wanita dari Sabah yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kanser payudara.

Seorang lagi mangsa merupakan wanita berusia 62 tahun yang mempunyai sejarah penyakit diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Tiada rekod perubatan untuk mangsa dari Perak yang berusian 62 tahun.

Sementara itu, jumlah kes aktif kini sebanyak 11,689 dengan 94 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 8 November, 2020.


AWAS

HATI
HATI


Tiada ulasan: