Ahad, 8 November 2020

NAJIB ADA C4 - MUHYIDDIN ADA C5

 



KALAU NAK

HANCURKAN 

UMNO

INI KERJA

AMAT BAIK

AMIN

RAKYAT WAJIB

SEMUA SOKONG

AMIN

LAGI CEPAT 

LAGI BAIK

AMIN




C5 didakwa buat ‘grand design’ untuk hancurkan Umno

Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan Umno.

Bekas pemimpin Umno itu berkata, kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan tersebut.

Bekas pengacara TV3, Datuk Dahlan Makmor mewawancara Datuk Zaharin Yassin mengenai politik.

“Ada satu kelompok yang dikenali sebagai C5. Ada yang berkata C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan satu grand design untuk membunuh Umno.

“Kalau tengok dari kenyataan-kenyataan Pas, tak ada yang menyebut bahawa dia tidak ada hasrat dan minat untuk terlibat dalam satu grand design menghancurkan umno

“Sebaliknya dapat dilihat (Pas) asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM. Dengan itu, dalam kalangan ahli parti khasnya Umno, rasa tersinggung dengan kelompok C5 ini,” katanya dalam satu wawancara di Youtube MABA Channel baru-baru ini.

Sebelum ini, Malaysia Dateline pernah mendedahkan bahawa wujud kumpulan C5 yang terdiri dari lima pemimpin sebagai perancang strategi paling atas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu, C5 telah wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru atau sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.

“C5 ini gabungan lima pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan Muafakat Nasional (MN Plus) dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.
 
Menjawab persoalan bagaimana Umno boleh ‘dimatikan’, Zaharin berkata ia boleh terjadi mengikut undang-undang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan parti itu.

Beliau berkata, sehingga kini Umno masih belum mengadakan sidang di peringkat bahagian yang dengan itu tidak membolehkan perhimpunan Agung Umno dilakukan.

Sekiranya itu berlaku katanya, Ros boleh membatalkan Umno kerana melanggar peraturan.

“Kalau Ros ambil tindakan membatalkan Umno, Umno tak boleh jawab apa.

“Apa yang dilihat sekarang, C5 adalah orang yang menyerang Umno. kalau kita tengok cara-cara dilakukan, nampak dalam media sosial bahawa ianya ke arah itu,” katanya lagi.

PEKARA BAIK

WAJIB DICEPATKAN

JANGAN LENGAH

AMIN

RAKYAT SEMUA

SOKONG

AMIN

RAMAI AHLI

GEROMBOLAN PUN

SOKONG SAMA

AMIN



3 ulasan:

Arymanchino berkata...

Zahrin ni sama taraf dgn Lokman Lobak.Dlm Umngok pun dia dah tak laku..Melaon Zahrin ni klu sumbat mulut dia dgn dedak,dia akan berhenti berkokok.Dah lah telor sebiji,jadi tembelang pulak.pah tu nak berkokok sekampong..Poh dah..

capt salai berkata...

Den sokong bobona kalau nk apuihkn ameno ni..tp apolak lambek na bertindak..nk momantek dulu agak eh

Unknown berkata...

Tuhan akan buka jalan kepada peminpin yng betul2 ikhlas untuk meminpin x payah nk hancur sana sini...zaman sekarang tiup orang tak pakai dah cepat panCIT