Ahad, 8 November 2020

AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH

2 maut dalam 

nahas helikopter 

DUA individu maut selepas dua helikopter terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang, di Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pandan dua individu lagi turut terbabit dalam nahas berkenaan. Bagaimanapun keadaan mereka masih belum diketahui.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua helikoter terbabit bertembung di udara sebelum terhempas berhampiran sekolah Tamil di Taman Melawati.

“Terdapat tiga lelaki dan seorang wanita dalam helikopter terbabit. Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 11.45 pagi,” kata seorang pegawai bomba.

Video insiden berkenaan tular di media sosial.

Gambar rang awam membantu mangsa turut tersebar di Twitter pagi ini.

Polis bagaimanapun masih belum memberi kenyataan berhubung insiden itu. – 8 November, 2020.

Tiada ulasan: