Rabu, 14 Disember 2022

SAMAN HARI SENIN



PM saman MB Kedah berhubung ucapan berbaur fitnah


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah Jelajah PN Best Tambun.

Anwar, 75, selaku plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan menamakan Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 13 November lalu, Sanusi, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Anwar berkata ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 14 November lalu, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh Malaysiakini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu adalah tidak benar, keji serta berniat jahat dengan tujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Anwar berkata akibat daripada kenyataan fitnah itu menyebabkannya dihina, mendapat cemuhan daripada masyarakat selain memudaratkan imej dan reputasi baiknya sebagai presiden PKR, pengerusi PH, ahli Parlimen Tambun, perdana menteri ke-10 dan menteri kewangan.

Anwar berkata pada 16 November lalu, plaintif melalui peguamnya menuntut defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi dan membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan melalui surat peguamnya bertarikh 7 Disember lalu, membalas surat dan menyatakan pengakuan tidak berbelah bahagi mengenai fakta dalam ucapan tersebut.

Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadap plaintif serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam SN Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama, berkata saman itu difailkan pada jam 4.30 petang tadi.



WOIT

AKHIRNYA

SAMAN SAMPAI

KAH KAH KAH

INI BUKAN

SAMAN NAJIB

KAH KAH KAH

INI SAMAN ANWAR

HARI SENIN

BUKAN SAMAN

HARI SELASA

KAH KAH KAH

WOIT

ADA BAHAYA

BANYAK CERITA

AKAN TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah see you in court, can you speak English? Adakah depan queen counsel atau mahkamah orang KEDAH kah kah kah, kalau orang KEDAH tarak masalah, sanusi biasa cakap bahasa KEDAH, no problemo kah kah kah, jawab jawab bahasa KEDAH boleh, me no speak English saja kah kah kah, lepas ini pelabur luar masuk KEDAH tak? Saja tanya jangan marah, buat songkok kopiah boleh kot kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Woit sanusi...banyak bukti dlm blog tukar tiup..video cina doll pun ada...kah kah kah