Rabu, 10 Jun 2026
PAS DIKUTUK PETANDA BAIK
PAS DIKUTUK
KERANA PAS
BAKAL MEMIMPIN
MALAYSIA
AMIN
BILA MUSUH
MENGUTUK
INI TANDA BAIK
KHALAS
PROJEK DDIRAJA
INI PROJEK
DIRAJA
AMIN
PASTIKAN UMNO
KEMBALI BERKUASA
AMIN
TOLAK
ZAHID BIN HAMIDI
TOLAK ANWAR
BIN IBRAHIM
PEMBAWA DAP
DALAM KERAJAAN
KHALAS
PRN Johor sekadar batu loncatan BN kuasai Putrajaya, kata Sheikh Omar
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar persaingan politik tempatan, sebaliknya ia bakal menjadi medan penentu kepada corak pembentukan kuasa di peringkat Persekutuan, kata Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Baghraib Ali.
Dia yang juga adalah pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) Johor, mendedahkan bahawa strategi utama Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini adalah untuk mencipta gelombang bagi membuka jalan kembali menguasai Putrajaya.
"Bagi saya, PRN Johor bukan sekadar sebuah pertandingan politik yang berakhir di sempadan negeri semata-mata. Ia akan menentukan corak politik di peringkat persekutuan juga.
"Strategi utama BN pada PRN ini adalah untuk mencipta gelombang. Jika BN menang besar di Johor (dan Negeri Sembilan) gelombang tersebut diharap akan merebak ke Melaka (dan) seterusnya Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
Dominasi Umno dan pertembungan fraksi
Menurut Sheikh Omar, matlamat akhir PRN Johor adalah untuk membina naratif bagi meletakkan BN sebagai pilihan utama rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, langkah berkenaan dilihat sebagai usaha strategik bagi membolehkan pembentukan semula kerajaan Persekutuan yang didominasi oleh Umno.
Dia turut memetik laporan temubual Sinchew Daily bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang menurutnya telah pun menyatakan rancangan sekiranya dia diangkat menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Sheikh Omar menarik perhatian bahawa landskap politik pasca 2018 kini jauh lebih dinamik, sekali gus menyaksikan rancangan di atas kertas tidak semestinya diterjemahkan secara langsung di peti undi.
"Bahkan dalam Umno sendiri pun ada pertembungan fraksi. Apapun, PRN Johor bukan sekadar soal siapa yang akan mentadbir negeri.
“Tetapi akan jadi langkah BN untuk kembali menguasai Putrajaya," katanya lagi.
Dinamika politik di Johor kembali hangat selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Pembubaran itu meletakkan Johor perlu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari seperti dikehendaki oleh perlembagaan.
Kali terakhir Johor mengadakan PRN ialah pada 12 Mac 2022. Ketika itu BN dan PH bekerjasama bagi menghadapi cabaran PN.
Bagaimanapun kali ini BN Johor mengambil langkah sendirian dengan mengumumkan mereka akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN.
Untuk rekod, di sebalik kedudukan Johor sebagai kubu kuat Umno-BN, parti itu pernah kecundang kepada PH semasa PRU ke-14 diadakan pada Mei 2018.
Bagaimanapun ketika itu, PH turut dianggotai Bersatu sebagai sebahagian daripada komponennya.
SESAT MACAM MANA ?
WOIT
SESAT MACAM
MANA?
KAH KAH KAH
SESAT MACAM
JASLINDA KE ?
KAH KAH KAH
YANG MENUDUH
SESAT TU
TAK SESAT
MACAM MANA?
JENG JENG JENG
DI BELAKANG
TUDUHAN SESAT
IALAH KUASA
AMIN
KUASA YANG
MENJADIKAN
TAK SESAT
KAH KAH KAH
KHALAS
Ajaran, fahaman Muhamad Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng - fatwa
ALOR SETAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Jawatankuasa berkenaan yang bersidang pada 10 Mei lalu membuat penelitian terhadap dakwaan dan fahaman yang disebarkan individu berkenaan.
Mufti Kedah, Fadzil Awang dalam kenyataan berkata, Muhamad Yudha yang berasal dari Jakarta, Indonesia dan kini menetap di Sungai Petani didapati membawa fahaman yang mengandungi beberapa dakwaan luar biasa berkaitan perkara ghaib yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Antara fahaman yang dikenal pasti bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah dakwaan bahawa beliau telah 'dibuka hijab' oleh Allah SWT sehingga mampu melihat perkara ghaib seperti azab kubur, individu yang akan menerima balasan syurga atau neraka, melihat Luh Mahfuz serta kandungannya, termasuk roh yang berterbangan dan mampu melihat dosa serta pahala seseorang pada masa lalu.
"Selain itu, lelaki itu turut mendakwa mempunyai kemampuan melihat jin dan syaitan menggunakan 'mata batin' serta mampu memanggil malaikat dan jin dalam jumlah yang dikehendakinya hanya melalui doa kepada Allah SWT.
"Antara dakwaan lain yang turut dikenal pasti ialah beliau kononnya pernah memanggil beberapa malaikat termasuk Jibril, Malik, Munkar dan Nakir serta mampu mengarahkan malaikat menghentikan seksaan kubur terhadap seseorang dengan mudah, " katanya.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan segala bentuk ajaran atau fahaman yang dibawa oleh lelaki berkenaan hendaklah disekat daripada disebarkan kepada masyarakat dengan apa jua cara bagi mengelakkan kekeliruan dan kerosakan akidah umat Islam.
Jawatankuasa itu turut menyeru Muhamad Yudha serta mana-mana individu beragama Islam yang terbabit atau terpengaruh dengan ajaran berkenaan supaya segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
"Keputusan fatwa itu juga diharap dapat menjadi panduan kepada umat Islam di negeri ini supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta berhati-hati terhadap sebarang dakwaan luar biasa yang tidak bersandarkan kepada nas dan disiplin ilmu Islam yang muktabar," katanya.
ROHINGYA TERUS JADI SASARAN
KENAPA WARGA
ROHINGYA TERUS
JADI SASARAN ?
AMIN
KENAPA TAK
TIMBULKAN
1.2 JUTA ORANG
PELANCUNG
CHINA MERAH
YANG LESAP ?
KHALAS
Rohingya paling ramai kantoi Ops PeWA di Melaka
MELAKA: Tindakan segelintir warga Rohingya memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen membawa padah apabila menjadi kumpulan warga asing paling ramai ditahan dalam Ops Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, hari ini.
Dalam operasi berkenaan, seramai 22 warga Rohingya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pelarian terbabit.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, berkata majoriti mereka dikesan menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, selain tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Beliau berkata, data itu diikuti warga Pakistan (10), Bangladesh (9), Indonesia (5) dan Vietnam (2) yang turut dikesan dalam operasi sama.
"Kebanyakan warga Rohingya menggunakan motosikal dan kenderaan milik warga tempatan dipercayai milik majikan mereka untuk pelbagai urusan termasuk bekerja," katanya pada sidang media di JPJ Bukit Katil, di sini hari ini.
Siti Zarina berkata, kawasan sekitar Kampung Limbongan dikenal pasti antara lokasi menjadi tumpuan warga Rohingya dan menjadi fokus utama penguatkuasaan berdasarkan risikan serta pemantauan pihak JPJ.
Beliau berkata, Merlimau dan Melaka Sentral turut dikenal pasti sebagai antara laluan utama yang sering digunakan warga asing.
Katanya, setakat semalam, JPJ Melaka memeriksa 2,322 kenderaan dalam pelbagai operasi penguatkuasaan melibatkan membabitkan asing dan hasil pemeriksaan itu, sebanyak 774 kenderaan dikenakan tindakan, 177 disita, manakala 951 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Berdasarkan statistik keseluruhan dari 1 Januari hingga 9 Jun lalu, warga Indonesia merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 52 kes, diikuti Pakistan dengan 42 kes dan Bangladesh sebanyak 38 kes.
ISU PENDATANG HARAM - ISU NASIONAL
JADIKAN ISU
PENDATANG HARAM
PELANCUNG LESAP
ISU NASIONAL
AMIN
NEGARA AKAN
KACAU BILA RAMAI
PENDATANG HARAM
KHALAS
Isu pelarian: BAM dan GEGAR mahu tindakan, bukan retorik
KUALA LUMPUR – Batalion Anak Muda (BAM) dan Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR) menggesa Kerajaan Madani mengambil tindakan lebih tegas dan tersusun dalam menguruskan isu pelarian di negara ini demi menjaga keselamatan awam, kestabilan pasaran buruh serta kepentingan negara.
“Kami menggesa kerajaan untuk bersikap telus dengan data semasa termasuk jumlah pelarian berdaftar, kadar penempatan semula dan kapasiti sistem pemprosesan sedia ada agar rakyat dapat menilai kemajuan secara faktual,” menurut kenyataan bersama BAM dan GEGAR hari ini.
Menurut kedua-dua pertubuhan itu, walaupun kerajaan menyatakan komitmen untuk menyeimbangkan aspek keselamatan dan kemanusiaan dalam pengurusan pelarian, masih terdapat jurang ketara antara dasar yang diumumkan dengan pelaksanaan di lapangan.
Mereka mendakwa pelarian yang berada di negara ini masih bergerak bebas tanpa sistem pemantauan yang berkesan, rekod pergerakan yang dikemas kini atau mekanisme kawalan yang mengikat sehingga menimbulkan risiko keselamatan awam serta persoalan terhadap tadbir urus sedia ada.
BAM dan GEGAR berkata, antara isu yang memerlukan perhatian segera ialah ketiadaan sistem kawalan pergerakan yang komprehensif, kekurangan pusat pemprosesan pelarian yang berpusat dan terkawal, keperluan memperkukuh Sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), selain ketiadaan garis masa jelas bagi penempatan semula pelarian ke negara ketiga.
“Kedudukan bukan penandatangan Konvensyen Pelarian memberi Malaysia ruang undang-undang yang lebih luas untuk menetapkan syarat, tempoh dan mekanisme pengurusan pelarian yang sesuai dengan kepentingan negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, BAM dan GEGAR mengemukakan enam cadangan utama termasuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan terhadap pelarian berdaftar, penubuhan pusat penempatan pelarian yang berpusat dan terkawal, penetapan tempoh maksimum tiga tahun untuk penempatan semula ke negara ketiga, serta memperkukuh penguatkuasaan terhadap majikan yang menggaji pekerja tanpa dokumen.
“Masyarakat mahukan penyelesaian yang nyata. Kerajaan mempunyai mandat dan tanggungjawab untuk menjawab amanah ini dengan tindakan, bukan sekadar kenyataan,” kata BAM dan GEGAR. – MalaysiaGazette
JEMPUTAN : PARTI KOMUNIS MALAYA - REJIMEN KE 10
JEMPUTAN
SEJARAH
REVOLUSI
AMIN
DISKUSI: Rejimen 10 & Perjuangan Orang Melayu Dalam Perang Anti-Kolonial
Satu perbincangan mengenai sejarah perjuangan anti-kolonial dan peranan orang Melayu dalam gerakan pembebasan akan diadakan pada:
📅 Tarikh: 12 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Lokasi: Pustaka Kiri Kajang
Diskusi ini akan disampaikan oleh Aziz Suriani, seorang penulis dan sejarawan, yang akan membincangkan sejarah Rejimen 10, penglibatan orang Melayu dalam perjuangan anti-kolonial, serta konteks politik dan gerakan rakyat pada zaman tersebut. Perbincangan ini juga bertujuan membuka ruang pemahaman dan dialog mengenai sejarah perjuangan rakyat yang sering dipinggirkan daripada naratif arus perdana.
🍽️ Makanan ringan akan disediakan
📍 Alamat:
No. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11,
Off Lebuhraya Cheras–Kajang,
43000 Kajang, Selangor
🚆 MRT terdekat: Batu 11 Cheras
🗺️ Google Maps: https://maps.google.com/?q=Pustaka+Kiri+Kajang
📞 Maklumat lanjut:
Sdri Mohana (011-33277241)
📝 Pendaftaran:
https://forms.gle/AzySP8mFwvy2jXqL8
IRAN SERANG JORDAN
KALI PERTAMA
IRAN SERANG
JORDAN
AMIN
PERANG MELUAS
BERTERUSAN
AMIN
Iran launches broad retaliatory attacks after US strikes over downed helicopter
Iran berkata ia telah melancarkan serangan peluru berpandu di pangkalan udara di Jordan yang menempatkan tentera Amerika, selepas turut menyasarkan Kuwait dan Bahrain. Pengawal Revolusi berkata peluru berpandu telah menyasarkan pangkalan udara Muwaffaq Salti, yang diketahui menempatkan jet pejuang F-35 AS dan pesawat lain.
Baik Jordan mahupun Amerika tidak mengakui sebarang serangan, tetapi jika disahkan ia mungkin kali pertama Iran menyasarkan Jordan sejak permulaan gencatan senjata pada April.
Serangan Amerika ke atas Iran berikutan helikopter Apache Amerika ditembak jatuh di atas selat Hormuz, di mana dua anak kapal diselamatkan dalam keadaan stabil. Dalam catatan di media sosial Trump berkata Amerika "mesti" bertindak balas terhadap nahas helikopter itu.
ROSMAH BIN MANSOR JANDA KAYA
ROSMAH BIN
MANSOR AKAN
MASUK PENJARA
AMIN
BILA NAJIB BEBAS
ROSMAH AKAN
JADI JANDA
AMIN
NAJIB AKAN
PAKAI BINI KE2
KAH KAH KAH
KESIANLAH PADA
ROSMAH SEKALI
LAGI JADI JANDA
AMIN
TAPI KALI INI
ROSMAH BIK MAMA
JADI JANDA KAYA
KAH KAH KAH
KHALAS
TERKINI: Rosmah bertanggungjawab kehilangan barangan kemas Lubnan, diperintah bayar RM67.5 juta
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah bin Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Quay Chew Soon dalam penghakimannya sebentar tadi, memerintahkan Rosmah membayar jumlah ganti rugi atas kehilangan barangan itu dalam tempoh sebulan bermula daripada penghakiman yang diputuskan hari ini kepada Global Royalty Trading SAL.
Ketika membacakan penghakimannya, Chew Soon berkata terdapat 'prima facie' bahawa suami kepada Najib bin Razak itu gagal memulangkan barangan kemas berkenaan kepada syarikat berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos RM150,000 iaitu masing-masing RM75,000 kepada plaintif dan pihak ketiga.
Pada 29 Mac 2023, Global Royalty menyaman Rosmah dan mendakwa beliau berbohong bahawa 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh ejen syarikat kepada beliau telah dirampas pihak berkuasa Malaysia atas kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Syarikat berpangkalan di Beirut itu mendakwa, hanya satu daripada 44 barang kemas terbabit berada dalam simpanan dan kawalan polis, manakala 43 bakinya tidak berada dalam jagaan mereka.
Global Royalty kemudian mendakwa Rosmah meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia sedangkan sebenarnya barang kemas itu telah hilang.
IRAN SERANG BARUA AMERIKA
LANGKAH BIJAK
DARI IRAN
AMIN
SERANG BEDIL
SEMUA BARUA
AMERIKA
DI TIMUR TENGAH
KHALAS
Iran lancar serangan dron ke pangkalan AS di Bahrain, siren amaran dibunyikan
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan dron ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, susulan serangan terhadap Iran yang didakwa berkaitan insiden sebuah helikopter Amerika ditembak jatuh.
"Rejim Amerika Syarikat yang gemar berperang menyerang beberapa lokasi di Jask, Sirik dan Qeshm pada awal pagi ini dengan alasan palsu, menyebabkan sebuah menara telekomunikasi di Sirik rosak serta memusnahkan dua tangki air di bandar itu," kata IRGC dalam satu kenyataan yang dipetik media Iran hari ini.
"Sebagai tindak balas terhadap tindakan kejam musuh itu, pasukan pejuang tentera laut IRGC melancarkan serangan dron ke atas Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain pada jam 2.30 pagi (2300 GMT Selasa)," menurut kenyataan berkenaan.
IRGC turut memberi amaran bahawa tindak balas yang "lebih berat" akan dilancarkan sekiranya serangan berterusan.
Armada Kelima Tentera Laut AS berpangkalan di Bahrain dan bertanggungjawab mengawasi operasi ketenteraan maritim AS di kawasan Teluk, Laut Merah, Laut Arab dan sebahagian Lautan Hindi.
Sementara itu laporan di MANAMA menyebut amaran serangan udara telah dikeluarkan di Bahrain, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Ia selepas IRGC mendakwa telah menyerang sebuah pangkalan tentera AS di negara itu hari ini.
"Siren amaran telah dibunyikan. Orang ramai dan penduduk diminta bertenang serta segera menuju ke lokasi selamat yang terdekat," menurut kenyataan kementerian itu yang disiarkan menerusi platform X.
Setakat ini, pihak berkuasa Bahrain belum mengesahkan secara terbuka sama ada siren tersebut berkait secara langsung dengan dakwaan serangan dron Iran.
Namun, arahan kepada penduduk supaya mendapatkan perlindungan menunjukkan tahap berjaga-jaga yang tinggi susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk. - AFP
Langgan:
Catatan (Atom)








