Hak Najib dapat perbicaraan adil terus dinafikan – Puad
KUALA LUMPUR – Puad Zakarshi mendakwa Najib Nazak terus dinafikan untuk mendapat hak perbicaraan yang adil.
Ia kerana, Najib dianggap musuh politik yang kekal digeruni.
Najib tetap popular walaupun cuba dimalukan sebagai kluster mahkamah yang dipenjarakan.
Oleh itu, masalah masalah Najib paling besar sekarang ini ialah perbicaraan adil, sedangkan beliau bukan minta kesnya digugurkan.
Najib seperti juga Zahid tidak pernah mengemis parti membelanya, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
”Malangnya ada pula bekas pemimpin UMNO mengemis pembelaan musuh supaya tidak didakwa. Sebab itu mereka sanggup tikam parti dari belakang. Kini ramai konspirator yang menghalang Najib dapat perbicaraan adil terkeluar dari sistem.
”Tun M umpama jatuh ditimpa tangga. Hilang jawatan PM. Hilang kerusi Langkawi. Hilang deposit. Dia mengaibkan dirinya sendiri. Tommy Thomas hilang jawatan Peguam Negara. Kepincangannya semakin terdedah. Dia akan disiasat oleh RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Rakyat menunggu RCI Tommy Thomas beroperasi.
”Muhyiddin hilang jawatan PM (perdana menteri). Menunggu masa untuk didakwa. Baru dia tahu peritnya bila akaun parti dibekukan. Scheme of things beliau terjejas. Tiada lagi sedekah politik.
”Gopal Seri Ram sudah meninggal dunia. Dia penyiasat, dia juga pendakwa. Dia operator Mahathir. Apandi Ali bekas AG mendedahkan Gopal jumpa dia atas arahan Tun M. Dia mahu Apandi dakwa Najib.
”Dia sudah atur dengan PDRM dan Majistret untuk reman Najib. Ini adalah konspirasi untuk memusnahkan Najib. Memang sukar Najib dapat perbicaraan adil selagi mereka ini ada,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah Puad, perlantikan Ketua Hakim Negara pula amat kontroversi dan terbaharu dalam kes semakan kehakiman, pasukan pembela Najib membantah perlantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai anggota lima panel Hakim.
Abu Bakar adalah Hakim Mahkamah Rayuan, yang mana Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974 menyebut komposisi Hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan.
Soal beliau, mengapa Abu Bakar dilantik sedangkan masih ada Hakim Mahkamah Persekutuan yang layak menjadi panel semakan tersebut.
”Betullah kata Shafie,Peguam Najib: “kadangkala jadi VIP politik tidak bagus ketika tidak ada kuasa. Orang akan terus menerus memijak kepala anda”
”Ini yang berlaku kepada Najib. Dia berterusan dinafikan hak asasi perbicaraan adil. Dia ancaman kepada musuh politik terdahulu dan saki bakinya yang masih menguasai sistem negara,” ujar beliau. –
2 ulasan:
kenapa nuar boleh najib tak boleh ? kah kah kah
Baik lantik ini orang jadi peguam Bapak Najiba, pandai berhujah pandai bicara semua pandai belaka, berapa dapat dari Bapak Najiba selama ini? Saja tanya jangan marah marah, dalam dunia Melayu sekarang kalau kentut pun kena tahu bahu apa kah kah kah, bau petai bau durian bau aroma quionac ker apa kah kah suara macam pembela peguam pun tarak bijak berhujah demi hujah, siapa sapu siapa terima siapa masuk semua dia tahu, semua selama ini bohong bogel belaka kah? Tanya lagi kah kah kah semua bodoh kecuali dia seorang kah? Peguam bodoh pendakwa raya bodoh, hakim bodoh, bukti bodoh semua nak dibodoh terus terusan kah kah kah satu soalan berapa masuk jadi juru cakap? Kah kah kah
Catat Ulasan