Sabtu, 4 Februari 2023

MAIL BRA JADI POLIS PENCEN




Jangan ambil tugas RoS, kata Ismail Sabri kepada Ahmad Maslan


SETIAUSAHA Agung Umno Ahmad Maslan tidak harus mengambil kuasa pendaftar pertubuhan apabila berkata Umno tidak melanggar perlembagaan atau peraturan mesyuarat pada perhimpunan agungnya baru-baru ini, kata Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, isu itu – yang diadukan oleh ahli Umno yang mempertikaikan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 pada 14 Januari menetapkan tiada pemilihan bagi jawaan presiden dan timbalannya – masih disiasat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jangan mengambil bidang kuasa RoS, kerana jabatan itu baru saja menjawab surat dua pihak yang mengadu perkara itu.

“Saya difahamkan RoS sudah menjawab aduan dua pengadu itu yang mereka sudah menerima aduan itu dan RoS sedang menyiasat, jadi Ahmad Maslan tidak boleh kata begitu.

“Biarkan dulu RoS menyiasat,” katanya, seperti dipetik BH Online.

Semalam, Ahmad dalam satu hantaran di Facebook memberikan bayangan RoS sudah membuat keputusan terhadap aduan yang dikemukakan kepada oleh sekurang-kurangnya dua ahli Umno.

“Tiada pelanggaran Perlembagaan Umno atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022. 

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90% perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur Umno jawatan itu tidak dipertanding,” tulisnya.

Menurut Ismail Sabri, Ahmad tidak boleh membuat kenyataan seperti itu.

Seorang ahli Umno yang membuat aduan itu, Aizat Fikri Mohd Nasir, semalam menyifatkan kenyataan Ahmad pramatang.

“Saya berharap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mendahului pihak RoS dalam membuat keputusan dan tidak mencampuri siasatan yang sedang dijalankan RoS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Umno Kuala Nerus itu mengesahkan beliau menerima surat maklum balas dari RoS yang mengatakan mereka sedang menyemak dan menyiasat aduannya. Surat itu bertarikh 26 Januari, katanya.

“Saya percaya RoS akan menjalankan siasatan yang eksplisit dengan memanggil perwakilan-perwakilan yang berada di Dewan Merdeka termasuklah Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bagi mendapatkan gambaran yang jelas dan adil,” katanya.

Umno dijadual mengadakan pemilihan parti pada 18 Mac ini. – 4 Februari, 2023.


WOIT

SEKARANG

BARU BERANI

BERSUARA

KAH KAH KAH

MAIL BERA

DAH JADI

POLIS PENCEN

KAH KAH KAH

MASA ADA KUASA

SENYAP DIAM

KAH KAH KAH

DAH PENCEN

BARU NAK CAKAP

HAL RASUAH

KLIM KENAL 

TOWKAY JUDI

TOWKAY LENDIR

TOKAN DADAH

KAH KAH KAH

MAIL BERA

MASA PM

DI KELILINGI

OLEH KANG KONG

DAN  MAT BEBAL

MAKA IKUT

BEBAL SEKALI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah Bera oh Bera, kalau dah pencen kena buat cara pencen, sama macam Polis Pencen, masa ada pakai seragam tak pandai tangkap, tak pandai buat kerja, selepas pencen nak mengajar orang lain buat kerja, komen sini komen sana, kenapa tak buat masa pakai seragam PM? Kah kah masalah utama orang politik ini satu sahaja, ingat terlalu hebat dikelilingi puak penjilat sampai lupa tengok cermin, lupa diri tengok ada kelayakan atau tidak kah kah kah buat lawak setiap hari dalam media, tak ada sapa layan lagi kalau tak keluar komen itu sahaja, nak terus jadi perhatian tapi jadi bekas jadi mantan orang tak layan amin kah kah kah