PBB bimbang ketegangan antara China-AS ekoran insiden belon pengintip
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mahu melihat ketegangan semakin memuncak antara China dan Amerika Syarikat (AS) ekoran insiden belon pengintip yang disyaki milik China dikesan di ruang udara Amerika, lapor Agensi Anadolu.
“Kami bimbang apabila terdapat ketegangan yang memuncak antara China dan AS dan ini adalah perkara yang sering dirujuk oleh setiausaha agung dalam banyak ucapannya.
“Khusus mengenai insiden ini, jelas sekali kedua-dua pihak perlu mengatasinya. Tetapi memandangkan peranan kedua-dua negara sebagai peneraju kepimpinan global, saya fikir adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk meredakan ketegangan,” kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menangguhkan lawatan ke China susulan insiden “belon pengawasan” itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan