Ahad, 7 Mei 2023

SELANGOR & N. SEMBILAN TOLAK KAVADI


Umno Terengganu enggan kempen bagi Pakatan dalam PRN, kata laporan


JENTERA Umno Terengganu enggan bekerja bagi memenangkan calon PKR dan Amanah dalam pilihan raya negeri akan datang, menurut satu laporan.

Malah keadaan bertambah buruk jika parti dalam Pakatan Harapan (PH) menggunakan lambang sendiri untuk bertanding, lapor portal Utusan Malaysia yang memetik sumber pemimpin Umno.

“Ramai yang protes. Keadaan akan jadi lebih tegang jika calon PKR dan Amanah menggunakan logo mereka, (lagi) pula jentera Umno bantu dan kibarkan bendera mereka.

“Itu perkara yang susah untuk diterima oleh jentera di sini,” kata sumber dalam laporan itu seperti dipetik portal tersebut.

Sumber tersebut berkata, penolakan itu juga disebabkan PH tiada sokongan di negeri pantai timur itu.

“Semua orang tahu parti yang kuat di Pantai Timur ini Umno dan PAS sahaja. PH memang tiada dalam rekod dan menang tiada sokongan.

“Ramai jentera Umno yang tidak mahu bekerja untuk calon-calon PKR dan Amanah, itu perkara yang berlaku sekarang ini,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, PH Terengganu bakal bertanding di 12 kerusi DUN yang kini dikuasai PAS di negeri itu, antaranya Chukai, Kemasik, Sura, Rantau Abang dan Rhu Rendang.

Turut disenaraikan, Alor Limbat, Bandar, Batu Buruk, Manir, Buluh Gading, Kota Putera dan Jabi.

Kesemua enam negeri yang bakal mengadakan PRN dijangka membubarkan DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun.

Menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran itu.

Pemimpin Amanah di negeri jirannya, Kelantan pada akhir bulan lalu sudahpun menyatakan kesediaan untuk menggunakan lambang BN dalam PRN akan datang.

Ketua Amanah Ketereh Che Ibrahim Mohamed dilaporkan berkata, langkah itu memperbesarkan peluang mengalahkan PAS serta Perikatan Nasional (PN) di Kelantan.

Cadangan itu juga atas kesedaran bahawa PH masih belum diterima dengan meluas di kedua-dua negeri itu. – 7 Mei, 2023.

GEROMBOLAN

TOLAK PAKATAN

DI GANU

AMIN

PENYOKONG 

PAKATAN 

DI SELANGOR

DI N. SEMBILAN AKAN

 TOLAK KAVADI

GEROMBOLAN

AMIN

BERAT MEMIKUL

BEBAN PENCURI

BERAT MENGHERET

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: