Sabtu, 30 Ogos 2025

MAHARAJA TRUMP KENA SAILANG



Mahkamah dapati kebanyakan tarif Trump tidak sah

NEW YORK - Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) hari ini memutuskan bahawa kebanyakan tarif diperkenalkan oleh Presiden AS, Donald Trump, adalah menyalahi undang-undang.

Keputusan itu secara langsung menjejaskan penggunaan levi oleh presiden Republikan itu sebagai alat dasar ekonomi antarabangsa yang penting.

Mahkamah membenarkan tarif itu kekal sehingga 14 Oktober ini untuk memberi peluang kepada pentadbiran Trump memfailkan rayuan di Mahkamah Agung AS.

Trump mempertikaikan keputusan itu, mengatakan ia tidak betul, sambil menegaskan bahawa semua tarif masih berkuat kuasa.

"Semua tarif masih berkuatkuasa! Hari ini Mahkamah Rayuan sangat partisan tersilap mengatakan bahawa tarif kami harus dikeluarkan, tetapi mereka tahu AS akan menang pada akhirnya," katanya dalam catatan di Truth Social.

Keputusan itu dibuat susulan pertikaian undang-undang yang belum pernah terjadi tahun ini, mengenai keseluruhan dasar ekonomi Trump.

Trump menjadikan tarif sebagai tonggak dasar luar AS dalam penggal keduanya, memperalatkannya bagi memberi tekanan politik dan merundingkan semula perjanjian perdagangan dengan negara pengeksport barangan ke AS.

Penetapan tarif memberikan pengaruh kepada pentadbiran Trump untuk mengekstrak konsesi ekonomi daripada rakan dagangan tetapi juga menjejaskan kadar turun naik dalam pasaran kewangan.

Trump merungut mengenai keputusan itu dengan apa yang disebutnya sebagai keputusan mahkamah sangat partisan.

"Jika tarif ini hilang, ia akan menjadi bencana besar bagi negara," katanya di media sosial.

Beliau bagaimanapun meramalkan mahkamah akan mengubah keputusannya.

Trump berkata beliau menjangkakan tarif akan memberi manfaat kepada negara dengan bantuan Mahkamah Agung.

Keputusan 7-4 daripada Mahkamah Rayuan AS untuk litar Persekutuan di Washington menilai kesahihan apa yang disebut oleh Trump sebagai tarif 'timbal balik'.

Ia menjadi sebagai sebahagian daripada 'senjata' perang perdagangan Trump pada April, selain set tarif berasingan yang dikenakan pada Februari terhadap China, Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak memberi kesan kepada tarif yang dikeluarkan di bawah kuasa undang-undang lain, seperti tarif Trump ke atas import keluli dan aluminium.

Trump mewajarkan kedua-dua set tarif termasuk tarif yang lebih terkini di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

IEEPA memberi presiden kuasa untuk menangani ancaman luar biasa dan semasa membabitkan kecemasan negara.

Perlembagaan memberikan Kongres, bukan presiden, kuasa untuk mengeluarkan cukai dan tarif, dan mana-mana delegasi pihak berkuasa itu mestilah terperinci dan terhad, mengikut tuntutan mahkamah.

Sekurang-kurangnya lapan saman mencabar dasar tarif Trump, termasuk satu yang difailkan oleh negeri California. - REUTERS

WOIT

MAHARAJA

KENA SAILANG

AMIN

LAGI DUNIA

KAPITALIS JADI

HURU HARA

KHALAS

Tiada ulasan: