Sabtu, 13 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 13 DISEMBER 2025

PERANG


GEO POLITIK KEARAH PERANG
Suasana politik dunia hari ini  sedang mengarah ke PERANG DUNIA. Ada Perang Besar – Ukraine dan Gaza. Ada Perang Kecil sedang berjalan – Sudan – Yaman -Congo – Siam dengan  Kemboja.

Hari ini Trump menyerang Venezuela sekali lagi – Armada Amerika dah sampai ke Laut Venezuela. Hingga ke hari ini 89 telah mati kena bom. Semua yang mati i katakan penyeludup dadah – walhal ini boat penumpang.

CIA telah di arah oleh Trump  untuk menjalankan tugas di Caracas – ibu kota Venezuela. CIA sedang menyusun untuk menjatuhkan Presiden Maduro.
Mungkin ada  projek SALAH BENDERA untuk menghalal kan Amerika masuk menyerang.

Mungkin Presiden Maduro akan di tembak  oleh ajen CIA.

CHINA JEPUN TAIWAN juga sedang memanas. China naik angin dengan PM baru Jepun. Jepun naik angin kerana pesawat China selalu merogol angkasa Jepun.

TRUMP ini adalah Presiden  yang terbaik di Amerika – dia huru harakan Amerika – kacau dunia kapitalis – dan buat perang.

Dalam SISTEM KAPITALIS  PERANG SENTIASA WUJUD – kerana berebutan punca bumi dan harta kekayaan. Perang akan terus mengancam umat manusia. Hanya kali ini jika Perang Dunia pecah – yang mati adalah selamat – Yang  Hidup akan terseksa. 

Bila Perang Dunia meletus lebih baik mati dari hidup mencium  udara radio aktif. Amin.

SIAM
Trump kata Siam dan Kemboja akan tamat gaduh. PM Siam kata : Perang di teruskan – tak ada damai.

EROPAH
Negara Kesatuan Eropah akan terus membekukan duit Rusia berjumlah 210 bilion pound sterling yang tersimpan dalam Bank di Belgium.

SIAM
PRU akan di adakan seawal bulan Februari kata PM Siam.

PALESTIN
Makin ramai  Yahudi Zionis  masuk dan menduduki Tebing Barat. Tanah Arab Palestin di rampas. Jumlah meningkat semenjak 2017.

HOKKIEN
Pagi ini awalnya  hujan kemudian berhenti –  suasana basah dan segar- KL & KL Sentral cerah. Langit pucat tanda lepas hujan. Bangunan tinggi  ditutup kabus. Hujan dan angin kuat  bersihkan dalam kota  KL.

Suara Keng Keng  melaung di dengar – yang lain senyap kerana bumi masih basah.

Keluarga Siti datang berkejar- Pagi ini ramai datang makan. Mereka semua satu warna – sama seperti   bulu Tak Tak -  sah mereka ini satu  baka.

Ketika gua menulis cahaya matahari masih lembut – gua rasa hari ini akan panas. Hari ini gua tidak ke Chow Kit. Amin

BRO
SENYUM 
SENYUM
DI PAGI SABTU

BRO
Cinta ini macam virus. Dia boleh menyerang dan merebak bila-bila masa.

BRO
Bila lu jatuh cinta lu akan jadi sosok baru.

BRO
Perasaan emosi yang terkuat di dunia ini ialah cinta. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak suka perang sila tinggalkan malaysia. Kami sokong pelesitin kakakakak..ambik senjata lawan..kalau boleh sondol dubur seround dua...kakakak..cheers