Rabu, 24 Disember 2025

TENTERA TERLIBAT RASUAH ?



Pegawai kanan tentera disiasat SPRM perlu digantung tugas sementara - Chegubard

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) digesa menggantung tugas sementara seorang pegawai kanan tentera yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan wujud transaksi luar biasa dalam akaun bank miliknya.

Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, yang hadir di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pagi tadi, berkata tindakan itu perlu dibuat segera bagi mempertahankan integriti MINDEF.

Beliau berkata, langkah menggantung tugas sementara itu bagi menunggu keputusan siasatan dan tindakan SPRM seterusnya terhadap pegawai kanan terbabit.

"Sebab kalau dia (pegawai kanan tentera) masih berada (bekerja) di situ, (siasatan) tak nampak (telus). Jadi apa guna kita tunggu siasatan ini.

"Ini soal kedaulatan negara, nyawa, anggota tentera dan maruah negara," katanya ketika tampil menyerahkan dokumen berhubung dakwaan berkenaan kepada pihak SPRM hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, meminta Chegubard tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya wujud aliran masuk tunai berskala besar ke dalam akaun individu terbabit.

Difahamkan, sekumpulan pegawai SPRM hadir ke MINDEF pada jam 11.30 pagi semalam untuk menyiasat kes berkenaan dengan siasatan awal tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Azam dilaporkan berkata, beliau mengesahkan satu kertas siasatan dibuka bagi kes itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Chegubard berkata, beliau juga akan menyerahkan laporan polis dibuatnya kelmarin dan dokumen transaksi berulang membabitkan akaun pegawai kanan tentera itu dengan nilai kemasukan wang antara RM25,000 hingga RM500,000.

"Saya akui ada banyak maklumat berkenaan tender dan kontrak berkaitan tentera darat yang saya kesan berlaku kecurangan.

"Namun untuk fasa ini, laporan pendedahan saya fokus kepada akaun bank pegawai kanan terbabit," katanya.

Chegubard berkata, beliau berterima kasih atas maklum balas MINDEF terhadap laporan polis dibuatnya semalam dan menyatakan ruang perlu diberi kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan

KES TENTERA

RASUAH ?

AMIN

INI AMAT BERAT

AMAT BAHAYA

AMIN

MALAYSIA WAJIB 

DISELAMATKAN

SEBELUM 

TERLAMBAT

KHALAS

Tiada ulasan: