PEMBANGKANG
JANGAN JADI
BANGANG
AMIN
CAKAP SAJA
TAK BERGUNA
AMIN
AMBIL PELUANG
HASUT RAKYAT
TURUN KE JALAN
KHALAS
Pembangkang menyifatkan keputusan kerajaan melaras kenaikan harga diesel mendedahkan ekonomi negara kepada risiko ‘bom jangka’ inflasi serta tekanan kos yang lebih meluas.
Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman berkata konflik di Asia Barat yang tercetus sejak 28 Feb lalu berpotensi memberi tekanan kepada ekonomi global melalui kenaikan harga bahan api, khususnya petroleum, di samping gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos logistik dan pengangkutan.
“Malaysia tidak terkecuali daripada tempias ‘bahang’ konflik tersebut, yang kini mula menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan harga pasaran, termasuk kepada isi rumah dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Namun setelah hampir empat minggu konflik tercetus, kerajaan dilihat masih samar dalam menilai impak ekonomi secara menyeluruh, tanpa petunjuk yang jelas berhubung langkah mitigasi bagi menyerap kesan krisis tenaga global ini,” katanya dalam kenyataan media, lewat malam tadi.
Semalam harga diesel diumum melonjak kepada RM5.52 seliter bermula hari ini bagi seluruh Semenanjung, manakala harga bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Selain itu harga RON195 dan RON97 masing-masing meningkat kepada RM3.87 dan RM5.15 seliter, namun bagi RON95 bersubsidi (Budi95)) masih kekal pada harga RM1.99 seliter.
Kementerian Kewangan dilaporkan berkata, konflik Asia Barat yang berlarutan telah melonjakkan harga minyak mentah global lebih 40 peratus hingga melepasi AS$100 (RM396.50) setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia.
Justeru, Syahir yang juga Ahli Parlimen PAS menggesa kerajaan segera menggariskan langkah mitigasi lebih konkrit dalam kerangka “3M”, iaitu menyerap kejutan, melindungi rakyat, seterusnya memperkasa ekonomi negara.
Pertama katanya, dengan menyerap kejutan melalui mekanisme penstabilan harga yang lebih dinamik, termasuk pengurusan subsidi yang fleksibel serta pelepasan stok makanan dan rizab tenaga secara strategik.
“Kedua, melindungi rakyat dan PMKS daripada tekanan kos melalui bantuan bersasar, insentif sokongan serta peranan aktif institusi kewangan, sebagaimana pendekatan semasa pandemik.
“Ketiga, memperkasa daya tahan ekonomi domestik melalui pengukuhan rantaian bekalan, keterjaminan makanan dan tenaga, serta sokongan berterusan kepada sektor PMKS,” jelasnya.
Penolong setiausaha agung PAS itu begaimanapun berkata, langkah menangani tekanan fiskal tidak boleh dilakukan dengan memindahkan beban kepada rakyat, sama ada melalui pelarasan harga atau mekanisme silang-subsidi yang tidak telus.
“Justeru, kenaikan berterusan harga diesel hari ini berisiko mencetuskan rebakan inflasi yang lebih luas, dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan ekonomi rakyat secara keseluruhan.
“Jika tidak ditangani dengan segera dan strategik, ‘bom jangka’ ini akan menjadi beban yang ditanggung oleh rakyat dan negara,” kata Syahir lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan