Khamis, 26 Mac 2026

MANGSA PERANG IRAN DI KEDAH


AKIBAT PERANG

KITA SEMUA  JADI

MANGSA

AMIN

KOS BAJAK SAWAH

KOS VAN SEKOLAH

KOS NAIK BAS

KOS LORI BARANG

SEMUA NAIK

AMIN

HARGA BAHAN

MAKANAN PASTI

AKAN NAIK

NAIK HARGA

AMIN

TAPI YB PKR

 JADI

KAYA RAYA DAPAT

9 JUTA RINGGIT

SUSUN  DEAL

DENGAN ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


Feri di Langkawi kurangkan perjalanan sebab diesel mahal

LANGKAWI: Syarikat pengendali feri mengurangkan perjalanan ke pulau ini daripada lima kepada tiga trip sehari bermula semalam, bagi memastikan operasi kekal dan mengelak pemberhentian pekerja.

Langkah drastik itu terpaksa diambil susulan kenaikan harga diesel industri melebihi 100 peratus yang meningkatkan kos operasi dan menekan pengusaha feri di Langkawi.

Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Dr Baharin Baharom, berkata pihaknya tiada pilihan selain mengurangkan trip perjalanan bagi memastikan kelangsungan operasi harian.

"Langkah mengurangkan perjalanan daripada lima kepada tiga trip sehari bermula semalam adalah langkah perlu bagi membolehkan syarikat terus beroperasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya maklum terdapat reaksi kurang senang daripada orang ramai yang menganggap langkah itu bermotifkan keuntungan semata-mata.

"Namun persepsi itu tidak mengambil kira realiti sebenar industri apabila kadar tambang feri ke Langkawi antara paling rendah di Malaysia, iaitu sekitar 88 sen bagi setiap batu nautika.

"Ia jauh lebih rendah berbanding laluan ke pulau lain seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor yang mencecah sekitar RM2.00 bagi setiap batu nautika," katanya.

Untuk rekod, Ferry Line ditubuhkan pada 2005 dengan menggabungkan tujuh syarikat feri, sekali gus muncul pengendali feri penumpang terbesar di Langkawi dan Malaysia

Tiada ulasan: