KAH KAH KAH
TRUMP BUAT
GERTAK KELING
KAH KAH KAH
IRAN TAK TAKUT
AMIN
SILA MASUK
JUMPA DI PULAU
KHARG
KAH KAH KAH
KHALAS
'Tiada rundingan', kata Menteri Luar Iran ketika AS menguar-uarkan pelan damai
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersedia untuk "melepaskan neraka" sekiranya Iran tidak menerima perjanjian bagi menamatkan perang di Asia Barat, menurut amaran Rumah Putih semalam, namun Tehran yang berkeras menyatakan ia tidak berniat untuk berunding.
Retorik yang semakin memuncak itu memusnahkan harapan untuk sebarang usaha meredakan ketegangan dalam masa terdekat, ketika keganasan di lapangan masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda selepas hampir empat minggu.
"Jika Iran gagal menerima realiti ketika ini… Trump akan memastikan mereka diserang lebih teruk daripada yang pernah mereka alami sebelum ini," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, dalam satu sidang media, susulan laporan bahawa Iran menolak pelan damai AS.
"Presiden Trump tidak bergurau dan beliau bersedia untuk melepaskan neraka. Iran tidak seharusnya tersilap percaturan sekali lagi," katanya, sambil menambah bahawa "perbincangan masih diteruskan".
Namun, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menolak usaha tersebut dengan berkata, "kami tidak berniat untuk berunding".
"Buat masa ini, dasar kami adalah meneruskan penentangan," kata Araghchi di televisyen kerajaan, sambil menambah bahawa AS yang kini "bercakap mengenai rundingan adalah satu pengakuan kekalahan" oleh Washington.
Pegawai Pakistan sebelum itu berkata, Islamabad telah menyampaikan kepada Tehran pelan 15 perkara Amerika bagi menghentikan pertempuran yang bermula pada 28 Februari akibat serangan AS-Israel ke atas Iran dan sejak itu merebak ke seluruh rantau.
Televisyen kerajaan Iran, Press TV, memetik seorang pegawai tidak dinamakan sebagai berkata Tehran telah "memberi respons negatif" terhadap pelan berkenaan dan perang hanya akan berakhir mengikut syarat Iran, termasuk jaminan agar serangan tidak berulang pada masa depan.
"Kami mahu perang ini tamat mengikut syarat kami sendiri," kata Araghchi, "dan dengan cara yang memastikan ia tidak akan berulang lagi."
Ketika ribuan lagi tentera AS dilaporkan sedang menuju ke Timur Tengah, Iran turut mengancam untuk membuka medan baharu dengan menyasarkan perkapalan di Laut Merah sekiranya AS melancarkan pencerobohan darat.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata perang itu kini "di luar kawalan".
Di lapangan, permusuhan masih berterusan, dengan sasaran di Iran, Israel, Lubnan, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi turut diserang.
Tentera Iran berkata, peluru berpandu kruisnya yang ditembak ke arah kumpulan kapal induk USS Abraham Lincoln telah "memaksa kapal itu menukar kedudukan", sambil memberi amaran mengenai "serangan dahsyat" apabila armada itu berada dalam jaraknya.
Sementara itu, sekutu AS, Israel, berkata ia telah menyerang sasaran di Tehran serta sebuah kemudahan pembangunan kapal selam di bandar Isfahan di tengah Iran.
Dari Tehran, seorang lelaki berusia 40 tahun bernama Shayan berkata kepada AFP: "Minyak petrol ada, air dan elektrik ada. Tetapi semua orang rasa tidak berdaya.
" Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan sebenarnya tiada apa yang boleh kami lakukan."
Trump sejak beberapa hari kebelakangan ini berulang kali mendakwa terdapat kemajuan dalam perbincangan dengan Iran walaupun Tehran menafikan sebarang rundingan rasmi sedang berlangsung.
Pengantara di rantau itu berkata, usaha sedang dijalankan secara senyap, namun Araghchi menegaskan pertukaran mesej melalui "negara sahabat" tidak boleh dianggap sebagai rundingan dengan Washington.
Menurut laporan The New York Times yang memetik pegawai tanpa nama, pelan 15 perkara Amerika menyentuh isu program nuklear dan peluru berpandu Iran yang dipertikaikan, selain "laluan maritim".
Tehran sebahagian besarnya telah menyekat laluan minyak penting Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel, sekali gus menaikkan harga tenaga global.
Pegawai Iran yang dipetik Press TV berkata, Tehran telah mengemukakan lima syarat bagi menamatkan permusuhan.
Antaranya termasuk mekanisme kukuh bagi menjamin Israel dan AS tidak akan menyambung semula perang, selain pampasan terhadap kerosakan perang.
Syarat Iran juga termasuk penghentian permusuhan di semua medan serantau dan terhadap semua "kumpulan penentangan" — merujuk secara tersirat kepada kumpulan Lubnan yang disokong Tehran, Hezbollah.
Tehran turut mahukan pengiktirafan antarabangsa serta jaminan hak Iran untuk melaksanakan kedaulatannya ke atas Selat Hormuz.
Spekulasi di Iran mengenai kemungkinan pencerobohan AS ke atas sebuah pulau Iran membawa kepada amaran keras mengenai peningkatan keganasan serta gangguan lebih besar terhadap laluan perkapalan.
Sekiranya berlaku pencerobohan AS, Iran akan menyekat Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut Merah dan Terusan Suez, kata seorang pegawai tentera tanpa nama kepada media tempatan.
Iran mempunyai hubungan rapat serta membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak Houthi di Yemen yang telah mengurangkan trafik Laut Merah secara ketara sejak Oktober 2023 apabila mereka mula menyerang kapal sebagai tindak balas terhadap pengeboman Israel di Gaza. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan