LU TAK PUAS
HATI HARGA
MINYAK NAIK
AMIN
LU MARAH YB PKR
DAPAT JUTA JUTA
DUIT RASUAH
AMIN
LU MARAH MAFIA
KORPORAT KONTROL
KERAJAAN
AMIN
LU MARAH ANWAR
BIN IBRAHIM
PILIHARA
AZAM BIN BAKI
AMIN
JANGAN RISAU
LU MARAH
LU TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
Harga minyak meningkat, saham dunia merosot ketika ketidaktentuan perang Iran berterusan
NEW YORK: Harga minyak melonjak manakala pasaran saham merosot apabila harapan terhadap perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran semakin goyah, dengan Presiden Donald Trump mengancam untuk "memusnahkan" Iran walaupun beliau mendakwa rundingan bagi menamatkan konflik masih berlangsung.
Pasaran sebelum ini menerima rangsangan pada awal minggu ini selepas Trump berkata serangan yang menyasarkan infrastruktur tenaga Iran akan ditangguhkan, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan damai.
Namun, ketidaktentuan mengenai rundingan itu, serangan berterusan oleh semua pihak dalam konflik, serta penutupan hampir sepenuhnya Selat Hormuz — laluan yang biasanya dilalui kira-kira 20 peratus minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia — telah menjejaskan sentimen pasaran.
Pada Khamis, Trump berkata, Iran telah membenarkan 10 kapal tangki minyak belayar melalui laluan itu sebagai satu "hadiah" dan beliau turut melanjutkan tarikh akhir serangan ke atas loji janakuasa Iran sehingga 6 April depan.
Komen beliau mengenai penangguhan serangan dibuat selepas pasaran AS ditutup, menyebabkan harga minyak mengurangkan sebahagian besar kenaikan besar yang dicatatkan sepanjang hari.
Sebelum itu, minyak mentah Brent ditutup naik 5.7 peratus kepada AS$108.01 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 4.6 peratus kepada AS$94.48.
Ketua pegawai pelaburan Bokeh Capital Partners, Kim Forrest, berkata perang itu menjadikan pelabur "sangat gelisah".
"Setiap hari hanya satu atau dua berita utama yang benar-benar mempengaruhi pasaran saham dan yang lain semuanya terpinggir. Jadi apabila suasana pasaran suram, ia akan menjadi hari jualan besar-besaran," katanya.
Indeks utama Wall Street ditutup rendah, dengan Nasdaq mencatat penurunan paling besar iaitu 2.38 peratus.
Pasaran Eropah dan Asia turut ditutup dalam keadaan rugi.
"Apabila harga minyak melonjak, corak pasaran biasanya sama: saham dan bon akan dijual," kata Pengarah Penyelidikan XTB, Kathleen Brooks.
Hasil bon kerajaan pula meningkat secara menyeluruh.
Menurut Jim Reid dari Deutsche Bank, mesej yang bercanggah daripada AS dan Iran "menimbulkan persoalan sama ada benar-benar wujud jalan keluar daripada konflik ini dalam beberapa hari akan datang".
Washington dilaporkan telah membentangkan pelan 15 perkara untuk menamatkan perang.
Televisyen kerajaan Iran pula melaporkan, pegawai Tehran telah mengemukakan lima syarat mereka sendiri untuk menamatkan permusuhan.
Semalam, Trump berkata mengambil alih minyak Iran merupakan satu pilihan, seperti yang pernah dilakukan Washington selepas menyingkirkan pemimpin Venezuela dalam satu operasi ketenteraan.
Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar, mengesahkan bahawa rundingan tidak langsung antara Amerika dan Iran sedang berlangsung, dengan Islamabad bertindak sebagai orang tengah.
"Tekanan terhadap harga tenaga, aliran perkapalan dan keadaan kewangan global kekal sebagai antara sedikit sumber leverage bermakna yang masih dimiliki Iran," kata Charu Chanana dari Saxo Markets.
"Justeru, tidak banyak insentif untuk melepaskan leverage itu terlalu awal, khususnya jika tekanan pasaran mengukuhkan kedudukan rundingan mereka," tambahnya.
OECD pada Khamis menurunkan unjuran pertumbuhan zon euro dan meramalkan inflasi lebih tinggi bagi 2026 berikutan lonjakan harga tenaga.
Konflik itu juga menjejaskan sentimen pengguna di Jerman menjelang April, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan semalam, sekali gus menambah tekanan kepada ekonomi terbesar Eropah itu.
Perancis yang memegang Kepengerusian G7 pula akan menjadi tuan rumah mesyuarat pada Isnin melibatkan menteri kewangan, menteri tenaga dan gabenor bank pusat negara-negara kumpulan tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan