Jumaat, 27 Mac 2026

TRUMP GILA TALAK NA BERUNDING DENGAN IRAN


TRUMP JADI

GILA TALAK

NAK BERUNDING

DENGAN IRAN

KAH KAH KAH

IRAN  LANGSUNG

TAK AMBIL POT  

AMIN

IRAN SIAP TUNNGU

SOLDADU AMERIKA

MENDARAT

KHALAS


Trump nafi terdesak capai perjanjian dengan Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, (AS), Donald Trump menafikan dakwaan beliau terdesak untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan perang di Asia Barat.

Trump menegaskan bahawa Iran sebenarnya berminat untuk berunding walaupun maklum balas Tehran terhadap pelan damai AS dilihat dingin.

"Saya baca laporan bahawa saya terdesak untuk membuat perjanjian. Saya sebenarnya langsung tidak terdesak. Saya tidak peduli," katanya.

Pada masa sama, tentera Israel dan pemimpin pembangkang negara itu memberi amaran bahawa pasukan darat mereka kini berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan tambahan anggota.

Utusan Trump, Steve Witkoff, dalam mesyuarat Kabinet berkata, terdapat tanda-tanda kukuh Iran bersedia berunding untuk menamatkan konflik.

"Kita akan lihat ke mana hala tuju ini dan sama ada kita dapat meyakinkan Iran bahawa ini adalah titik perubahan tanpa pilihan lain selain lebih banyak kemusnahan," katanya.

Dalam mesyuarat Kabinet yang disiarkan selama 90 minit di Rumah Putih, Trump berulang kali mengancam menghancurkan Iran, sambil mendakwa republik Islam itu hampir menyerah kalah.

"Mereka (Iran) mahu membuat perjanjian kerana dipukul teruk," katanya.

Beliau juga berkata AS mungkin mengambil alih minyak Iran, sambil menyifatkannya sebagai satu pilihan.

Kenyataan tegas Trump itu hadir ketika pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid, memberi amaran bahawa perang kini memberi tekanan besar kepada tenteranya.

Ketua tentera Israel sebelum ini turut memberi amaran yang sama bahawa pasukan darat memerlukan pengukuhan segera.

Jurucakap tentera Israel, Brigedier Jeneral Effie Defrin, berkata zon pertahanan baharu di selatan Lubnan memerlukan tambahan anggota tempur.

Sementara itu, agensi berita Iran, Tasnim, melaporkan bahawa Tehran sudah mengemukakan maklum balas rasmi terhadap cadangan 15 perkara AS melalui perantara dan kini menunggu maklum balas.

Menurut laporan itu, Iran menuntut serangan AS dan Israel dihentikan dan bayaran pampasan perang.

Iran turut menuntut serangan ke atas kumpulan sekutu Iran seperti Hezbollah dihentikan dan pengiktirafan kedaulatan Iran ke atas Selat Hormuz.

Syarat-syarat itu bagaimanapun dilihat jauh melangkaui cadangan dalam pelan AS.

Dalam mesyuarat sama, Trump berkata Iran membenarkan 10 kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz sebagai tanda kesungguhan dalam rundingan.

Namun, Iran sudah menegaskan sejak awal lagi bahawa laluan itu hanya dibuka kepada kapal milik negara yang tidak dianggap bermusuhan.

Sejak 28 Februari lalu, Iran terus berdepan serangan hampir setiap hari, dengan gelombang baharu serangan Israel dilaporkan menyasarkan beberapa bandar utama termasuk Isfahan, Shiraz dan Bandar Abbas.

- Gencatan senjata selama 30 hari

- Pembongkaran kemudahan nuklear Iran di Natanz, Isfahan dan Fordow

- Komitmen tetap Iran untuk tidak membangunkan senjata nuklear

- Penyerahan simpanan uranium yang telah diperkaya Iran kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), serta komitmen Iran untuk membenarkan IAEA memantau semua elemen infrastruktur nuklear negara itu yang masih ada - Iran juga tidak lagi dibenarkan memperkayakan uranium dalam negara

- Had ke atas jarak dan bilangan peluru berpandu Iran

- Menghentikan sokongan Iran kepada ejen serantau

- Menghentikan serangan Iran ke atas kemudahan tenaga serantau

- Membuka semula Selat Hormuz

- Penarikan semua sekatan yang dikenakan ke atas Iran serta penamatan mekanisme PBB yang membolehkan sekatan dikenakan semula

- Penyediaan sokongan AS bagi penjanaan elektrik di loji nuklear sivil Bushehr, Iran

Walaupun Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menegaskan bahawa ia tidak mahu berunding dengan AS, Iran menetapkan beberapa syarat untuk keamanan.

Berikut pula adalah terma yang dikemukakan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dalam satu hantaran di X selepas berbincang dengan rakan sejawatnya di Russia dan Pakistan, untuk menamatkan peperangan:

- Hentikan semua keganasan terhadap Iran

- Mengiktiraf hak sah Iran, pembayaran pampasan, dan jaminan antarabangsa yang kukuh tidak akan ada pencerobohan pada masa depan

- Semua sekatan terhadap Iran perlu ditarik balik

- Hentikan serangan terhadap semua sekutu Iran di Asia Barat

- Penutupan semua pangkalan tentera AS di Asia Barat serta mekanisme undang-undang baharu untuk mengawal laluan melalui Selat Hormuz yang mengukuhkan dominan de facto Iran ke atas laluan perairan itu. - AGENSI.





Tiada ulasan: