Jumaat, 27 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 27  MAC  2026

RAYA HARI KE 7

PERANG HARI KE 28

LAGI 3 HARI NAMA MP PKR AKAN DIUMUM


TRUMP MENIPU LAGI
Dunia diberi tahu bahawa rundingan AMERIKA – IRAN  sedang berjalan. Maka Trump tangguh lagi 10 hari sebelum serang loji jana kuasa Iran. Jana kuasa leterik ini akan di serang jika Iran tak BUKA SELAT HORMUZ.

TIDAK ADA RUNDINGAN – INI KELENTONG - ini helah Trump untuk ambil masa –  Amerika perlu masa untuk bawa soldadu untuk mendarat. Berita rundingan ini untuk sedapkan telinga kaum pemodal agar bursa saham TIDAK RUNTUH TERBARAI.

IRAN UMUM TIDAK ADA  RUNDINGAN – PERANG INI AKAN TAMAT BILA IRAN KATA TAMAT.

Trump nak  mendaratkan soldadu ke Pulau Kharg  - pusat loji minyak Iran.  Soldadu Amerika nak mendarat di Pulau Abu Musa.  Niat Trump nak tawan pulau ini dan kemudian buat DEAL – kah kah kah. Ini RANCANGAN Trump.

IRAN KATA SILA MENDARAT : ah lan wa sah lan – MOST WELCOME – SELAMAT DATANG – tapi jangan lupa bawa sama BEG HITAM – kah kah kah.

Gua amat suka hati bila soldadu Amerika mendarat  – mula-mula dua ribu mendarat  – kemudian 5 ribu  - ini macam di Vietnam  tahun 1965 – akhirnya 400,000 masuk Vietnam kah kah kah – KALAH TETAP KALAH.   Tahun 1974 – Amerika bungkus di Vietnam kah kah kah.

Che Geuvera dah kata : Create one...two.. three Vietnams – KASI BARAI AMERIKA.

HARGA MINYAK DI MALAYSA NAIK.. INI BERITA BAIK ... senang untuk menghasut TURUN TURUN TURUN.

HOKKIEN
Pagi ini  sejuk basah.  Kemarin hujan petang agak lebat. Matahari belum kelihatan.  Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus tebal. 

Kereta lebih ramai dari kemarin.  Asap berkepul naik  ke udara menambah jerebu kota Kuala Lumpur.  Mercun  meledak – Tak Tak takut.

Gua naik bukit – wilayah tak ramai orang. Tak Tak suka jalan baru – tapi gua kena kawal Tak Tak   takut merayau jauh.

Jap lagi kuat nak ke Chow Kit – pergi awal kerana bahan makanan  Tak Tak dah habis . Buah juga dah  habis – tambah pula ujung minggu ada jemputan raya  - maka bereskan hari ini. 

Gua nak  tengok harga barang naik atau macam harga lama. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

Ibu memerang buat hal 
Anak seluang di tepi kolam 
Perang berterusan minyak mahal
Peluang besar turun ke jalan

Kasut basah jatuh tenggelam
Sabut kelapa buat bahtera
Hasut rakyat turun ke jalan
Tuntut Madafaka turun takhta

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: