IRAN TAK PERLU
RISAU
KAH KAH KAH
TERAM TAKUT
SERANG BALAS
AMIN
TERAM SEDANG
SEMBAH IRAN
MINTA ADA
RUNDINGAN UNTUK
TAMAT PERANG
KAH KAH KAH
PADAN MUKA
BARU KENAL
SAPA IRAN
KHALAS
Iran rampas kapal di Selat Hormuz, cabar kekuatan ketenteraan AS
DUBAI: Iran semakin mengukuhkan cengkamannya di Selat Hormuz menerusi rakaman video menunjukkan anggota komandonya yang menaiki bot laju menyerbu sebuah kapal kargo gergasi, semalam.
Tindakan itu dilakukan selepas kegagalan rundingan damai yang diharapkan Amerika Syarikat (AS) bagi membuka semula antara laluan perkapalan paling penting di dunia itu.
Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump, memperlekehkan ancaman daripada apa yang dipanggil sebagai 'kapal budak nakal' Iran.
Beliau memberitahu pemberita bahawa Iran sebenarnya mahu mencapai kesepakatan, namun kepimpinannya kini berada dalam keadaan kucar-kacir.
Trump berkata, beliau tidak terburu-buru untuk memuktamadkan perjanjian, namun memberi amaran jika Iran enggan bekerjasama, beliau akan menyelesaikannya secara ketenteraan.
Televisyen negara Iran menyiarkan video pada waktu malam memaparkan tentera bertopeng menaiki bot laju kelabu mendekati kapal MSC Francesca, sebelum memanjat tangga tali dan melompat masuk ke dalam kapal sambil mengacukan senapang.
Video yang disunting dengan muzik latar gaya filem aksi itu turut memaparkan sebuah lagi kapal, Epaminondas.
Iran mendakwa pihaknya merampas kedua-dua kapal itu kelmarin atas tuduhan cuba melintasi selat berkenaan tanpa permit.
Insiden rampasan itu menjadi peringatan bahawa AS, meskipun mempunyai kekuatan ketenteraan yang jauh lebih hebat, masih bergelut untuk mengekalkan kawalan sepenuhnya di Selat Hormuz.
Walaupun Trump dan pegawai tenteranya mendakwa tentera laut Iran sudah berada di dasar laut, Iran membuktikan ia masih mampu mencetuskan masalah besar kepada pasaran minyak dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, Israel dan Lubnan semalam bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama tiga minggu lagi selepas pertemuan peringkat tinggi antara wakil kedua-dua negara di Pejabat Oval, Rumah Putih.
"Saya berharap dalam masa terdekat dapat menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun.
"Adalah satu penghormatan besar untuk menyertai pertemuan yang sangat bersejarah ini" kata Trump menerusi hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, sejauh mana pengaruh kerajaan Lubnan terhadap Hizbullah masih tidak jelas.
Sebelum pengumuman itu dibuat, kelmarin Israel memberi amaran bahawa mereka bersedia untuk menyambung semula serangan ke atas Iran.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata pihaknya sedang menunggu 'lampu hijau' daripada AS untuk meneruskan peperangan.
Beliau menegaskan, jika ia berlaku, serangan akan dimulakan dengan menyasarkan Pemimpin Agung, Ayatollah Mojtaba Khamenei dan akan mengembalikan Iran ke zaman kegelapan.
Baru-baru ini, Trump menyatakan beliau akan melanjutkan tempoh gencatan senjata dua minggu dengan Iran secara tidak ditentukan bagi memberi ruang kepada rundingan damai lanjut.
Bagaimanapun, pada kelmarin, Trump mengarahkan Tentera Laut AS menyerang bot Iran yang memasang periuk api di selat terbabit, selain meningkatkan aktiviti pembersihan periuk api.
Menerusi hantaran di media sosial, Trump mendakwa AS mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas selat itu, yang disifatkannya sebagai tertutup rapat sehingga Iran bersedia untuk membuat perjanjian,
Di Rumah Putih, Trump berkata Iran mungkin sudah menambah sedikit persenjataan mereka semasa tempoh gencatan senjata, namun tentera AS mampu memusnahkannya dalam masa satu hari sahaja.
"Jangan desak saya. Saya mahu membuat perjanjian terbaik. Saya boleh buat sekarang...tetapi saya tidak mahu. Saya mahu ia kekal selama-lamanya," katanya.
Sebelum ini, Trump menggunakan bahasa provokatif dengan mengancam untuk melenyapkan Iran, bagaimanapun menolak penggunaan senjata nuklear.
Beliau menegaskan ia tidak perlu kerana AS sudah melumpuhkan Iran dengan senjata konvensional.
"Tidak, saya tidak akan menggunakannya. Senjata nuklear tidak sepatutnya dibenarkan untuk digunakan oleh sesiapa pun," katanya,
Sementara itu, pegawai Iran yang dipetik media tempatan menolak dakwaan Trump mengenai perpecahan dalam kepimpinan negara itu.
Khamenei menerusi hantaran di laman X pula menyatakan bahawa operasi media musuh bertujuan untuk menggugat perpaduan dan keselamatan nasional. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan