Jumaat, 24 April 2026

HUKUMAN DAN KEADILAN


ADA DUIT 

DALAM AKAUN

TAK SAMPAI 

10 RIBU KENA

1 MINGGU PENJARA

AMIN

BERJUTA JUTA

MASUK AKAUN

ROSMAH  HINGGA

HARI INI BELUM

MASUK PENJARA

KHALAS



Gagal perjelas kemasukan wang dalam akaun bank, dua suri rumah kena denda RM400 -   satu minggu penjara


SEREMBAN: Dua suri rumah didenda RM400 atau penjara seminggu jika gagal bayar selepas kedua-duanya mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki wang orang lain yang diperoleh secara tipu dalam akaun bank masing-masing.

Noor Sabreena Mohd Tajud-din, 27, dan M Parameswari, 42, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Kedua-dua tertuduh mengaku memiliki harta dua individu berbeza yang diperoleh secara tipu dan mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana wang itu diperoleh akaun bank masing-masing.

Noor Sabreena mengaku salah memiliki wang sebanyak RM6,988 pada jam 5.22 petang 10 Oktober 2025 di sebuah rumah di Taman Labu Jaya. Parameswari pula memiliki wang milik orang lain sebanyak RM1,000 pada jam 5.56 petang 19 September 2025 di Taman Ujong, di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin, manakala peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai mewakili Noor Sabreena dan Parameswari pula diwakili peguam, S Saccithananthan.

Mahkamah turut menetapkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama seminggu sekiranya gagal membayar denda.

      


 

Tiada ulasan: