Jumaat, 24 April 2026

PAGI INI


PAGI INI 




PAGI INI

JUMAAT 24 APRIL   2026

PERANG HARI KE 56

GENCATAN SENJATA BERJALAN


SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP
Amerika tutup untuk cekik Iran. Minyak Iran tak boleh di jual.

Iran cekik Arab yang jadi barua Amerika. Minyak Arab Zionis tak keluar – maka akan tercekik ekonomi dunia.

Teram terus sambung gencatan senjata – kali ini nak bagi resmi  untuk Lebanon dan Israel.

Ini projek nak hapus Hizbullah, maka Hizbullah dah beri ingatan SELAGI Israel ada di selatan Lebanon – perang tak henti.

Terus dah jadi kelam-kebut kerana ekonomi Amerika sedang diancam oleh belanja perang.  Harga minyak makin menekan pengguna di Amerika jeng jeng jeng.

Bulan NOVEMBER ada pemilihan dewan Perwakilan di Amerika – jika parti Teram kalah – ada  kemungkinan TERAM AKAN DI PECAT macam NIXON tahun 1975 kerana PERANG VIETNAM. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah, segar, basah. Kemarin hujan lebat.  Matahari dah bersinar – cahaya memanas pipi. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Emak dan Siti  anak beranak dah tunggu gua – pagi ini ramai datang makan.  Gumbira ialah melihat ramai warga Hokkien datang makan.

Pagi  ini di Wakaf Pertama -  hanya Jantan baik dan dua  geng yang datang nak makan Friskies. Tapi Tiong Suami Isteri datang sama.

Ha ha – di atas tembok makam – ada sebiji TELOR BURUNG – WARNA BIRU MUDA – tapi dah pecah – semut dah makan isinya. 

Para PEMBACA TT – sapa tahu ini telor burung apa ? Sila beri pencerahan ! 

Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Senyuman adalah pelaburan awal untuk jatuh cinta

BRO
Lu wajib senyum selalu pelaburan  - tak perlu keluar duit dari bank.

BRO
Jika Minah atau Mamat itu senyum kembali itu petanda baik untuk melabur. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: