Jumaat, 12 Jun 2026

PERANG DAN EKONOMI DUNIA



PERANG

DAN EKONOMI

DUNIA


Ketika tulisan ini di garap dunia sedang heboh dengan  dua perang yang sedang berjalan. Satu : Perang Amerika dan Israel dengan Iran. Dua : Perang Ukraine  - antara Rusia dengan Ukraine.

Perang Gaza dan Perang Sudan masih berjalan. Tetapi  dua perang ini  tidak lagi menjadi berita  induk untuk media dunia.  Malah Perang Rusia-Ukraine tidak lagi setiap hari menjadi laporan muka hadapan akhbar dunia seperti dua tahun dulu. 

Perbualan warga dunia hari ini ialah Perang Amerika, Israel dan Iran atau di kenali sebagai Perang  Selat Hormuz atau Perang Iran. 

Sebelum pecah Perang  Iran telah wujud perang kecilan seperi Perang  Houthi dengan Israel, Perang Saudi dengan Yaman, Perang Kurdish di Syria. Termasuk juga Perang Saudara di Sudan. Dan Perang Israel-Palestin di Gaza.

Perang-perang di Timur Tengah ini semuanya menjuruskan  dan mengarah  dan menuju kepada Perang Iran yang sekarang sedang di pentaskan.

Amerika  disenaraikan sebagai negara nombor satu di dunia dalam hal  kekuatan ketenteraan dan keupayaan peperangan secara keseluruhan. Kuasa Amerika ini sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan pertahanan yang tidak dapat ditandingi, keunggulan teknologi dan sumber strategik yang luas.

Amerika membelanjakan lebih 1 trilion dolar  setiap tahun untuk bujet pertahanan negara. Jika dimasukan tambahan lain seperti faedah veteran bersara dan lain lain lagi bajet ketenteraan Amerika sebenar melebihi 1.5 trilion dolar.

Amerika ada kira-kira 750 hingga 800 tapak pangkalan tentera yang  dipasang  kira-kira dalam 80 negara dalam dunia kita ini.  Ada juga pangkalan rahsia yang kita tidak tahu di mana. Hampir 180 ribu soldadu Amerika  kini sedang berkeliaran di serata dunia.

Contohnya : ada 54,900 soldadu Amerika di Jepun. Ada 37,000 di German, ada 23,400 di Korea Selatan , ada 12,800 di Itali dan ada 10,400 di  UK. Soldadu  rahsia dan pasukan bawah tanah tidak akan kita ketahui jumlahnya.

Dari 29 – 31 Mei 2026 Dialog Shangri-La - secara rasmi dikenali sebagai Dialog Shangri-La IISS telah berlangsung. Dialog  ini ialah sidang kemuncak pertahanan dan keselamatan utama Asia. Dianjurkan setiap tahun oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) di Hotel Shangri-La di Singapura.

Dialog ini akan menghimpunkan menteri-menteri  pertahanan, ketua tentera dan pakar keselamatan dari lebih 40 negara untuk membincangkan geopolitik dan keselamatan yang paling mendesak di rantau ini. 

Saban tahun Menteri Pertahanan kita akan hadir. Tahun 2026  Khaled Nordin mewakili Malaysia. Hadir sama tahun ini ialah  Setiausaha Perang Amerika  Pete Hegseth.

Menteri Perang Amerika ini  menegaskan semula strategi Amerika yang memfokuskan pada "keamanan melalui kekuatan", yang menimbulkan perbezaan yang ketara dengan China mengenai pengembangan serantau dan senjata nuklear di Pasifik.

Pete Hegseth telah mendesak sekutu Asia untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan mereka kepada 3.5% daripada KDNK – Keluaran Dalam Negara Kasar. Ini  untuk mengatasi peningkatan ketenteraan China yang pesat. Beliau dengan jelas  menyatakan: "kurang Dialog Shangri-La, lebih banyak kapal dan lebih banyak kapal selam" untuk membina kuasa tempur langsung

Jelas dasar dan strategi Amerika ialah menanggap t China Merah sebagai musuh. 

Malah saranan yang sama juga telah disampaikan oleh Amerika kepada anggota NATO – sekutu Amerika di Eropah.

Pada sidang kemuncak NATO di bandar The Hague  pada 24-25 Jun 2025, negara anggota NATO  telah berjanji untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada dari 2 peratus 5 peratus daripada KDNK menjelang 2035.

Justeru hari ini kita terbaca bagaimana kilang kereta Volkswagen kini menjadi kilang membuat kereta kebal.

Volkswagen pada ketika ini belum lagi membina  kereta kebal tentera. Tapi  syarikat itu sedang berbincang untuk menggunakan semula kilang kereta untuk pembuatan alat  berkaitan pertahanan. Ini kerana permintaan  kereta yang merosot.

Syarikat Volkswagen telah mengadakan perbincangan dengan firma pertahanan—termasuk Sistem Pertahanan Termaju Rafael Israel—untuk  menghasilkan komponen sistem pertahanan udara di tapak kilang kereta.

Jepun satelah Perang Dunia Kedua di larang membuat senjata. Ini perjanjian  dengan Amerika  satelah Jepun kalah dalam perang. Kini semua berubah.

Kabinet Jepun meluluskan rekod belanjawan pertahanan 58 bilion dolar atau 9.04 trilion yen.  untuk tahun fiskal bermula April 2026. Ini  peningkatan 3.8% daripada tahun sebelumnya. Perbelanjaan bersejarah ini, yang menandakan kenaikan tahunan ke-12 berturut-turut. Dulu belanja pertahanan hanya  2% daripada KDNK. Kini  menjadikan Jepun pembelanja pertahanan ketiga terbesar di dunia.

Dalam masa yang sama Rusia dan China juga sedang  membina kekuatan senjata.

Bajet tentera persekutuan Rusia yang dirancang untuk 2026 ialah kira-kira 14.9 trilion rubel bersamaan 208.4 bilion dolar. Ini mewakili kira-kira 6.3% daripada KDNK. 

Walau bagaimanapun, gabungan perbelanjaan pertahanan dan keselamatan dalaman kerap menyumbang angka yang lebih tinggi—sehingga 40% daripada semua perbelanjaan persekutuan—dengan anggaran 84% daripada peruntukan pertahanan  yang menjadi rahsia negara.

Manakala bajet pertahanan rasmi China ditetapkan pada 1.91 trilion yuan atau 276.9 bilion dolar. Ini  mewakili peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya. China negara ke dua  terbesar dalam  perbelanjaan tentera di belakang Amerika. Yang tersorok dan di rahsiakan  Guruh Nanak pun tidak akan mengetahui.

Jelas dunia sekarang dalam landasan menuju ke arah perang. Dari apa yang sedang berlaku di Iran. Apa yang sedang berlaku di Gaza. Apa yang berlaku di Cuba kelihatan semua negara sedang membuat persediaan perang.

Perang ini perniagaan. Perang ini  satu industri. Kalau German satu dekad dulu bangga dengan industri pembuatan kereta  kini beralih kepada industri buat senjata.

Pada tahun 1935 keluar sebuah  buku kecil bernama War Is a Racket  atau dalam Bahasa Melayu  Perang ialah Perniagaan Gelap. Buku ini di tulis oleh Mejer Jeneral Smedley D Butler  dari  Kor Marin Amerika.

Sosok ini telah bersara dari menjadi soldadu. Dia  telah dua kali  menerima Medal of Honor atau  Pingat Kehormatan tentera. Buku ini berasakan  pengalaman kerjaya ketenteraannya.

Butler membincangkan bagaimana kepentingan perniagaan mendapat manfaat secara komersial daripada peperangan. Beliau telah dilantik sebagai pegawai pemerintah Gendarmerie semasa Haiti menjadi koloni  Amerika  1915–1934.

Dalam buku ini  Butler menunjuk  pelbagai contoh, kebanyakannya dari Perang Dunia Pertama. Di perlihatkan bagaimana para  industrialis yang operasinya mendapat subsidi dari kerajaan telah mengaut   keuntungan yang besar, menjana wang daripada penderitaan umat manusia.

Kata-kata Butler  dalam buku ini terus  rujukan ke hari ini : ‘ ...Saya membantu menjadikan Mexico, terutamanya Tampico, selamat untuk kepentingan minyak Amerika pada tahun 1914. Saya membantu menjadikan Haiti dan Cuba tempat yang baik untuk pekerja National City Bank mengumpul untung.. Saya membantu dalam merogol setengah dozen republik Amerika Tengah untuk faedah Wall Street. Rekod raket  adalah panjang. Saya membantu membersihkan Nicaragua untuk bank antarabangsa milik Brown Brothers pada 1909–1912.....”

Nama Brown Brothers  yang sebelum ini tidak pernah di dengar oleh Butler.

“.. Saya membawa cahaya ke Republik Dominican untuk kepentingan gula Amerika pada tahun 1916. Di China saya membantu memastikan bahawa Standard Oil berjalan lancar tanpa gangguan....”

“...Mengimbas kembali, saya mungkin telah memberi Al Capone beberapa petunjuk. Perkara terbaik yang boleh dia lakukan ialah mengendalikan raketnya di tiga daerah. Saya beroperasi di tiga benua...”

Hakikatnya askar dan soldadu  Amerika ini diupah untuk menjaga kepentingan kaum pemodal.  Dalam istilah  ekonomi-politik  inilah cara imperialisma bergerak. 

Mengikut hujah Lenin pemimpin Revolusi Bolsheviks 1917 : Imperialisma ini adalah tahap paling tinggi dalam sistem ekonomi kapitalis.  

Kaum kapitalis bukan lagi berniaga dan menjarah di kawasan perkampungan sendiri.  Kini kaum kapitalis  telah merayau untuk menjarah,  memunggah bahan mentah dan mengaut keuntungan dari negara asing.

Menjarah dan mencari koloni adalah hukum ekonomi kapitalis. Untuk memastikan keuntungan tidak diganggu gugat maka soldadu dan askar di perlukan.

Kita tidak perlu pergi jauh. Satu masa dulu ada soldadu Inggeris di Terendak Camp Melaka. Ada askar  Inggeris dan Australia di Butterworth.  Malah di Kuala Klawang Jelebu ada soldadu Ghurkha dari Nepal. 

Perang kini amat jelas – ianya bukan lagi perniagaan gelap. Kini perang telah menjadi industri. Malah  apabila German dan Jepun menaikkan bajet pertahanan  ini bermakna  industri perang sedang membantu menjana ekonomi negara.

Ketika ini ekonomi dunia di lihat sedang dalam keadaan amat kacau. Perang di Iran berterusan. Selat Hormuz kini dikawal oleh Iran. Rundingan damai yang di hebohkan oleh Trump masih jauh dari kenyataan.

Jika perang ini industri  dan perniagaan   kenapa belum dilihat laba masuk ke kantung Donald J Trump.  Apakah ada perancangan yang lebih besar dalam Perang Iran ini ? Sila tunggu minggu depan. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSAI KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/777268






CONTOH MANUSIA BERHATI SUCI


CONTOH

MANUSIA

BERHATI SUCI

AMIN

YUSOFF RAWTHER SUAKA POLITIK DI LONDON


MEMINTA

 PERLINDUNGAN

POLITIK AMAT

 JARANG BERLAKU

DARI WARGA

 MALAYSIA

AMIN

YUSOFF PASTI

AKAN DI BERI

SUAKA POLITIK

KHALAS

Bimbang keselamatan diri, Yusoff Rawther mohon suaka di UK

Muhammed Yusoff Rawther, pemuda yang menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerangnya secara seksual, telah memohon suaka di United Kingdom kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, kata peguam Rafique Rashid.

"Dia benar-benar berada dalam ketakutan, benar-benar risau tentang keselamatan diri dia dan beliau risau akan diapa-apakan.

"Ketakutan ini adalah kerana Yusoff telah melalui satu proses yang amat menakutkan dan amat menyakitkan dan amat merisaukan," kata Rafique, merujuk kepada insiden serbuan penuh kontroversi dilakukan polis ke atas anak guamnya pada September 2024, yang menyebabkan beliau dipenjarakan selama sembilan bulan sebelum dilepaskan pada Jun 2025.

Rafique berkata proses permohonan suaka di UK memerlukan Yusoff menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa, di samping tidak meninggalkan negara itu.

Menurutnya, perkara itu dirahsiakan daripada orang ramai atas dasar keselamatan, sambil memetik beberapa kejadian yang masih belum selesai seperti kehilangan wanita bernama Pamela Ling ketika menuju ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, dan "kematian misteri" seorang pegawai Perbendaharaan yang dijumpai mati di pejabatnya.

"Apabila ada senario begini, dia rasa dirinya tidak selamat."

"Yusoff bukan melarikan diri," kata Rafique. 

Mahkamah Rayuan akan bersidang pada 15 Jun untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun 2025 membebaskan Yusoff daripada pertuduhan memiliki senjata dan dadah.

"Yusoff juga tidak memohon supaya rayuannya ditangguhkan dan dibatalkan tanpa melalui proses pendengaran. Yusoff  menyatakan mahu jalankan rayuan tersebut dan kita akan hadir ke mahkamah pada 15 Jun 2026."

Rafique berkata beliau telah menulis kepada peguam negara dan juga presiden Mahkamah Rayuan mengenai situasi Yusoff, dan berharap anak guamnya dibenarkan tidak perlu hadir pada perbicaraan rayuan itu, seperti mana diperuntukkan Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah.

'Apa jadi laporan polis terhadap Farhash, Anwar?'

Sementara itu, Rafique sekali lagi mengulangi gesaannya terhadap Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengenai status laporan polis Yusoff yang menamakan beberapa individu yang menurutnya bertanggungjawab memerangkapnya dengan senjata dan dadah pada September 2025.

Antara individu itu termasuk Anwar dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador.

"Banyak kali dah kita minta, apa jadi dengan laporan polis Yusoff?"

Yusoff pertama kali menuduh Anwar dalam satu akuan berkanun pada November 2019, diikuti laporan polis.

Dalam samannya, Yusoff, yang pernah bertugas di pejabat banglo Anwar di Petaling Jaya, mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada 2 Oktober 2018, beberapa hari sebelum beliau memenangi pilihan raya kecil Port Dickson.

Ia disusuli siasatan polis yang menyaksikan Bukit Aman menjalankan ujian poligraf terhadap Yusoff, manakala Anwar memilih untuk menolak ujian pengesan pembohongan itu dengan alasan tuduhan terhadapnya tidak berasas.

Pada 6 September 2024, polis mendakwa menemui dadah dan senjata dalam kenderaan milik Yusoff di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kes itu mendapat perhatian selepas timbul pelbagai tanda tanya mengenai cara Yusoff diserbu dan ditangkap sekumpulan anggota polis.

Serbuan itu berlaku seminggu selepas Yusoff memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar.

Yusoff, cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris, bertegas beliau menjadi mangsa "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya sebagai balas dendam terhadap saman serangan seksual terhadap Anwar.

Pada 12 Jun 2025, mahkamah membebaskan Yusoff daripada tuduhan tersebut, selepas perbicaraan yang menyaksikan saksi pendakwaan membuat kenyataan bercanggah ketika pemeriksaan balas, sekali gus menguatkan spekulasi beliau merupakan mangsa konspirasi oleh individu yang mempunyai hubungan politik.

IRAN KUASA KE EMPAT DALAM DUNIA


ISLAMIK REPUBLIK

IRAN KINI KUASA

KE EMPAT DUNIA

KHALAS

Unknown commented on
 "IRAN SERANG JORDAN"

USA buat-buat lupa yang dia dan Zionis telah menyerang dan membunuh pemimpin tertinggi IRAN. Kalau dunia mengutuk IRAN...maksudnya Dunia bodoh dan gila

AKAN WUJUD - MENUNGGU BILA >


AKAN WUJUD

HANYA MENUNGGU

BILA ?

AMIN

Unknown commented on
 "PAS DIKUTUK PETANDA BAIK"

PAS bakal memimpin Malaysia?! LOL.

"Hari ini menang, esok negara republik!"

Islamic Republic of Malaysia

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 12 JUN   2026

PERANG HARI KE 105

GENCATAN SENJATA  JALAN KEMBAI 


38 – TIGA PULUH LAPAN – THIRTY EIGHT  
DAH 38  KALI MAT TERAM KATA PERJANJIAN  DAMAI AKAN DI TANDA TANGANI – ini bukan Tukar Tiub yang  kira ini CNN yang kira – kah kah kah

PERANG TERHENTI
Lepas 4 hari berperang – Mat Teram undur. Mat Teram kata Iran nak runding damai – Akan ada PERTEMUAN DI EROPAH  – PULAAAAAK... kah kah kah ... bukan lagi Pakistan – kah kah kah.

Mat Teram klim Iran dah terima semua perkara. Kah kah kah

PALING COOL – wartawan tanya apakah Pemimpin Besar Iran dah setuju?

Mat Teram jawab : Ayatollah dah setuju – kah kah kah. 

MAT Teram lupa PEMIMPIN BESAR IRAN – belum ada gelaran AYATOLLAH .

KAH KAH KAH
KEMUDIAN
MENTERI LUAR  IRAN KATA
BELUM ADA APA APA KEPUTUSAN DARI TEHRAN kah kah kah.

Mat Teram kata Selat Hormuz telah di buka.  Tapi takda kapal KELAUR MASUK kerana IRAN KATA SELAT HORMUZ masih di tutup.

HAKIKATNYA MAT TERAM NAK  TAMATKAN PERANG INI DENGAN SACEPAT MUNGKIN – tapi Iran tahu lagi lama perang ini berjalan – lagi  baik untuk Iran – YANG PERIT ialah  EKONOMI DUNIA .

ISAP VAPE YANG ZOMBIE
Dulu di masyhurkan  : Isap vape akan berhenti merokok. Nampaknya ini semua propaganda kosong.

Hari ini vape dah jadi saluran dadah sintetik – dadah kimia buatan manusia – rokok tembakau  tanaman – daun semula jadi tapi PIU PIU  adalah bahan kimia.

Gua dah henti merokok semenjak 26  DISEMBER 2008 – tapi gua tahu nikmat rokok – Rokok paling nikmat dalam dunia ialah Keretek  - Suria dan Lucky Strike  -  Tembakau gulung DRUM – cuba tak cuba belum tahu.

HOKKIEN
Pagi ini kering sejuk berangin. Angin sejuk agak kuat Langit  di lihat kelam dan ada awan mendung. Matahari belum  bersinar.  KL & KL Sentral berjerebu nipis. 

Suara Terkukur disana sini – Pagi ini milik Terkukur – tapi dari Kwantung gua dengar Gagak menangis.

Pagi ini keluarga Siti tak ramai. Siti  datang – dia tahu gua beri dia spesial. Puppy Hitam pun makan  bersama Tiong yang datang solo.

Gua harap hari ini akan panas.

Ha ha ha – Berjalan pulang sampai di Lif ada Kucing Oren menunggu tepi tangga – Tak Tak memandang -  Sang Oren jadi  marah – dia membesarkan  badan – gua ketawa – kah kah kah – Badan Tak Tak terikat dengan gua – Jantan Oren Selamat. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Pagi ini bila lu bangun tidur -  syukurlah kita masih hidup segar – boleh berfikir – boleh ketawa dan boleh jadi sayang.

BRO
Setiap pagi lu sedarkan kesedaran untuk melayari permulaan hidup.

BRO
Lalui pagi ini dengan penuh harapan dengan penuh kegembiraan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT