Khamis, 9 Oktober 2008

BERITA-BERITA GUMBIRA

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.


Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.



39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham,

Madey akan menyalahkan Pak lah.
Dasar yang sedia ada adalah warisan pemerintahan Madey.
Rakyat akan menderita!
Melayu meletakkan politik no.1 dalam kehidupan.Mengabaikan pendidikan dan ekonomi.
Ngeri...


Ngah.

Tanpa Nama berkata...

Satu artikel yg amat menarik brader. Bila sub prime loan, sub prime borrower ni telah hilang sengatnya kerana ekonomi kapitalis ini tunggulah kemusnahannya.

Jangan terkejut jika tetiba anda tidak dapat mengeluarkan duit dari dalam bank hatta 1 sen kerana bank telah pokai.

Apa yg perlu sekarang berusahalah untuk menyimpan duit dibawah bantal. Keluar sikit sikit tetapi duit tu pun dah kurang nilai nya.

Apa yg nyata yg super kaya kat mana mana di dunia ni langsung tak terkena. Mereka masih macam tu. Yg merana rakyat marhaen. Cuba tengok dalam Malaysia ni adakah yg kaya bertambah miskin atau bertambah kaya?.

Sungguh tidak adil!!!!. Yg kaya bertambah kaya dan yg miskin bertambah tambah miskin. Kalau aku jumpa org kaya ni aku nak lontar telur busuk.

Wann Kerr

Tanpa Nama berkata...

aghh..roda kemelesetan berputar kembali setelah 1998...
...zzzzzzzzzz(aku pun nak tiru hang lah bro..!)

Tanpa Nama berkata...

Kah Kah Kah!

Makin bagus idea 'merakyatkan ekonomi' itu kalau disulam dengan nas 'mengislamkan ekonomi'.

Ditambah pula dengan perisa Kretek seludup yang lebih 'kaw' dari rasa lemang cicah rendang cili api. Hik Hik :-)

Selamat Hari Raya Uncle..

Quantum Metal Consultant berkata...

Apa yang mempercepatkan semua ini??? Sistem IT dan internetlah yang merupakan alat kepada pemodal dan daulah ini untuk menggapai sepantas mungkin, sesaat mungkin untuk melenyapkan segala dana penyelamat walau dalam bentuk dan jumlah sekalipun. Justru kenapa kita masih di sini, di IT di internet...kenapa tidak gunakan sistem lama, pakai telegram, hantar surat dengan kuda , pakai posmen, jangan gunakan email etc..

Manusia yang punya hasad dengki tertinggi akan menyalah sistem yang baru kononnya sistem yang lama lebih efisien, sedangkan sistem yang menggantikan yang lama 1000 kali lebih baik dari sistem lama dan jika hari ini kita hadapi masalah dengan sistem yang ada sekarang, ia tidak lain dan tidak bukan kita diberi akal untuk memikirkan sistem yang lebih baik dan maju dari sekarang.

Soal lanun, soal penyangak ia bukan sahaja ujud di sistem sekarang, tetapi ia juga ada di sistem yang lama. Pencuri akan sentiasa lebih pandai dari polis untuk polis selalu belajar dari pencuri. Jadi kenapa harus kita memalingkan muka dan menunding jari kepada orang itu dan orang ini sedangkan kita sendiri, cermin diri sendiri, punya idea tetapi masih serabut, masih berada di takok yang mampu melepaskan diri sendiri sahaja, jauh dari menyumbang sesuatu yang luar biasa kepada negara, lebih kepada pencetus budaya tonggeng pungggong.

painah berkata...

yes bro Isham, satu catatan yg membuka minda saya yg tak faham sangat bab ekonomi ni.

Semuga kerajaan baru akan di istiharkan mengambil tampuk negara secepat mungkin dan melaksanakan sistem ekonomi yg bro Isham tulis ni.

Walau simpanan tak banyak kat bank tapi risau gak kot2 bila tengah sesak nanti tak leh pulak nak kuarkan.

Nampaknya kena kuarkan juga dlm tempoh terdekat ni n simpan bawah bantal.

Unknown berkata...

Saya setuju, pertanian sangat penting, ia menyumbangkan kepada makanan kita.

Manusia boleh boleh hidup kalau tidak tengok TV, manusia boleh hidup kalau tidak tengok consert siti Nurhaliza, tapi manusia tidak boleh hidup kalau tidak ada makanan.

Dunia akan huru hara kalau tak ada makanan.

Ronn berkata...

Great story brader, kalau PM2B baca sure dia ubah polisi punya (hmmm).

Fazrulls berkata...

[tukar tiub]
- Salam Tuan, kalau tak silap saya kedai gulai itek yang tuan cari tu dekat dengan sekolah permatang tok kandu, kalau tak silap saya....seberang jalannya ada kubur..nanti saya pi rekieee tengok dan conform lokasi gerai tersebut untuk makluman tuan...
nama kedai tersebut - kedai makan shuaid (Nasi itek sempoi)- depan stesen minyak shell.. lihat peta ini... http://wikimapia.org/1809965/Sekolah-Kebangsaan-Permatang-Tok-Kandu-Permatang-Pauh

Tanpa Nama berkata...

Kalu kapitalisme tidak memaksimumkan keuntungan bagaimana? Mencari keuntungan berlebih-lebihan atau secara gila babi ataupun 'overboard' memang tak baik dari segi mana kita melihatnya. Tapi kapitalismelah yang banyak memberi dinamika ekonomi, walaupun pengaut untung adalah pemilik modal, korporat dan segelintir individu. Contoh mana sistem sosialisme terbaik di dunia? Mungkin sistem ekonomi terbaik adalah gabungan semua sistem, ada sedikit kapitalisme, sosialisme, islamik dan apa lagi. Kalau semua sosialisme atau kapitalisme atau islamik pun yang dipakai mesti ada aspek buruknya. Bagaimana nak memacu manusia bekerja tanpa 'keuntungan maksimum in mind' yang menjadi insentif kuat bagi menggerakan sesebuah ekonomi. Mana ada sistem islamik yang boleh menjadi contoh? Kapitalisme mungkin kaput kini tapi ia akan bangkit semula. Isham mungkin u boleh luaskan lagi perbincangan akan alternatif kepada sistem kapitalisme ini. ini satu topik yang menarik.

Tanpa Nama berkata...

Ngeri bila memikirkan tindakbalas ekonomi yang merudum namun begitu artikel Abang memberikan pengertian yang lebih mendalam tentang Ketuanan Rakyat seterusnya mengurangkan "anxiety" saya.

Maybe this is God's sign for PR to take over the capitalist government and turn it around!
Godspeed!

Anasir berkata...

dari awal kemerdekaan lagi suara rakyat di abai..
rakyat hanya menjadi subjek kerajaan untuk terus bertakhta..
Sikit-sikit untuk rakyat, padahal habuk pon tarak..
Rakyat akan terus nganga dan nganga..
Rakyat pun satu, pandai ikut saja..

Jangan salahkan kerajaan bila rakyat sendiri tidur..

Kepada semua rakyat,
Ayuh!
Bangkit dari Tidur..
Biar si bodoh tu saja yang tidur..

Rakyat harus/kena/wajib untuk
Teruskan memperolehi kuasa!

kembalikan kuasa kepada rakyat!

Khairulnizam Bakeri berkata...

Exactly, Bro.
Malangnya masyarakat dunia (dan Malaysia) dah lama dimomokkan dengan kununnya kemunduran sistem sosialis.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
saudara membandingkan sistem kapitalis dan sistem sosialis...bagaimana dgn sistem ekonomi islam...
sudah sampai masanya umat islam mendalami sistem ekonomi islam yang sebenarnya (bukan guna perkataan jer cam bank islam)
salah satu cth dalam sistem ekonomi islam, sumber2 negara seperti petroleum adalah milik rakyat..haram diberikan kepada pihak tertentu..rakyat wajib mendapat pengagihan keuntungan dari petroluem.
Sistem kapitalis sudah sampai kepenghujungnya...sehebat mana sistem ciptaan manusia tidak akan dalam melawan sistem yg diturunkan oleh Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat = negara komunis = ekonomi komunis....cukuplah geng2 terkeliru = bengong...kah!kah!kah! kah! keh!
dino_yp@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

H ATAS ULASAN RINGKAS DAN PADAT.
Harap para pelajar IPTA dan yang bercadang nak masuk IPTA bacalah betul-betul artikel ini supaya mereka tidak ditipu 2x masa di kampus dan kelaur kampus nanti.

Tanpa Nama berkata...

Keadaan ekonomi dunia semakin teruk.
Kita perlu menjadi lebih bijak mulai sekarang dan mula menyimpan dari mengeluarkan.
Jangan sampai dah terhantuk baru terjaga!

Tanpa Nama berkata...

Syukur kalau Kerajaan Baru kelak (PR) dapat mengutamakan Rakyat dengan meujudkan Ekonomi Sosialis yang mengutamakan Rakyat berbanding kini yang lebih menekan rakyat dan pikir untung, untung dan untung walhal air yang turun dari langit pun hendak dijual, caj pengurusan sudah lah. Cepat-cepat lah PR memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Sdra,

Ya, walaupun bank-bank Malaysia di lindungi insuran pendeposit tapiu yakin kah anda, syarikat insuran tu boleh membayar kalau bank-bank di Malaysia telah jatuh muflis saperti Lehman brothers, yang menderita adalah penyimpan dan rakyat sedangkan CEO bank dah peruntukan untuk dirinya payung-bonus dan saraan hidup yang lumayan.

Jadi fikir-fikirlah, selamat ke duit aku kat bank? Kalau ada "run" macamana?

Saya amat bersetuju dengan Sdra mengenai menasionalkan Tenaga, POS Malaysia, Telekom, PLUS dll, hidup sosialis......

Mamak Spicy berkata...

Salam Abg Isham..very good article..syabas

Unknown berkata...

betul kata bro.hisham....kita perlukan semua baru ...

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Syabas..
Article yang bernas.
Suatu masa dahulu malaysia Aman Damai sebelum sistem kapitalis menjajah minda rakyat menjadi metarialistik dan menperkayakan golongan tertentu.

Teruskan dan saya meyokong usaha anda meyedarkan generasi sekarang pentingnya hidup dalam kesejahteraan,kedamaian tanpa tekanan macam pada suatu masa dahulu tanpa penyakit sosial dan jenayah kronik seperti zaman sekarang yang hanya mementingkan wang.

Apakah Artinya kemajuan dan kekayaan apabila Ugama,Budaya dan Nilai kebebasan Hidup telah musnah.

Selamat..takbir!!

hafiz berkata...

bro. memang seronok menjadi orang kaya. siapa yang tak mau kaya. setelah gagal 3 kali dalam mlm. aku masih belum kaya. hahaha

selagi ada haloba, selagi itu sistem kapitalis ini menjadi pilihan. ya. orang kekaya memang ramai diluar sana.

kita dan sebahagian mereka, ya. mungkin terperangkap dalam sistem. ya. kita telah menjadi sebagai sistem kapitalis tersebut.

untuk bertukar sistem kita perlukan minda baru. ya. merevolusikan minda merupakan jalan pintas, jalan terbaik. setelah itu, kita perlukan kerajaan baru. ya. kalau anarki juga amat bagus. haha

untuk kerajaan baru. kerajaan lama kena lah bertukar. ya. tukar tangan.

tapi kalau najib ganti seorang dolah, makanya takda makna pertukaran itu.

rosmah tetap suka membeli barang2 mahal dari luar negri. ya. najib masih tak mampu mengawal isterinya walaupun telah puluhan tahun mereka bernikah.

hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

sistem kapitalis,sosialis.gimana sistem islam ?saya amat setuju memiliknegara tnb,telekom,mas dan lain2yang dulunya milik negara.taklah banyak mamat dan minah indon,bangla, dll menyemakkan negara

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara Hisham,

Satu analisa pembuka minda yang baik.

Salam takzim

Tanpa Nama berkata...

Untuk debat panas tentang kapitalisme dan sosialisme, sila melawat blog student UKM kat: http://diskopi.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

aiseh klau bank dh bankrap cmne nk bt pinjaman gua ada bisnes juta2 ni..spe nk kasi bini gua mkn..anak2 gua sume tgh blajar kt obersee..
ini sistem kroni bikin gua susah la...cmne dgn bisnes hset gua...

Edyes berkata...

Brader Isham,

apasal artikel 'perjalanan terakhir seorang dollah' tak masuk dalam blog tukar-tiub?

oleh demikian, saya dengan ini nak mintak izin untuk salin tampal ke blog edyesdotcom.

sobonar'eh, dah banyak dah salin tampal tulisan abg isham nie. kah kah kah...

apo pilem dari jomapoh ko menceste takdo sambongan ko? ese lamo dah nunggu sekuel'eh.

last but not least, moh la datang kek kodai ese kek kerinchi base town tu. boleh minam2...

Danielle_Corleone berkata...

Salam bro, artikel yang menarik. Saya masih igt dulu ketika di UM saya pernah suarakan perkara ini dalam perbincangan pelajar (soal pertanian asas ekonomi) tetapi sayang masih ramai yang mahu makan besi.

"Beri Kami Nasi Bukan Besi!"

hafiz berkata...

berjalan berlari, keliling pekan, keliling kampung,

tersengih sumbang nampak gigi, ya aku tak malu,

beberapa rakanku telah menjadi pondan tapi aku tak heran,

aku tak dengki tapi aku tak nak jadi pondan,

aku pendokong kebebasan buatlah apa saja janji jangan naya,

biarpun mereka da jadi pondan tapi aku tak malu makan dengan mereka di kedai maple,

kedai maple merupakan kapitalis islam dari suku mamak, tapi aku bukan rasis.

Tanpa Nama berkata...

Sistem sosialis itu sesuai untuk semua, tidak kira Islam atau tidak, tidak kira warna kulit jugak. Paham?

Tak perlulah nak bukak sistem Islam ke, sistem Hindu ke, sistem Kristian ke.

Nilai-nilai yang ada dalam sistem sosialis yang sebenar itu ada dalam Islam, ada dalam Kristian, ada dalam semua agama.

Yang penting, rakyat harus mendapat kebebasan untuk menegur pemimpin, rakyat dapat tahu apa yang pemimpin buat atau macam mana negara ditadbir (iaitu ketelusan maklumat).

Tanpa Nama berkata...

jom pakat ramai2 beli emas ,

Tanpa Nama berkata...

cerita lu tak deep....lu cerita baru surface....describe detail pasal ekonomi kepada rakyat

i dont want to hear fairy tail...i want to hear solution back up with facts

Tanpa Nama berkata...

Cis!Mahathir.
Kau bisukan union itu apa?

Non-executive kadar gaji/upah mereka siapa-siapapun boleh access.

Gaji executive hanya kamu saja yang tahu.
Bonus executive seorang boleh beli 3 biji kereta baru setahun.
Kamu mahu bukti?
Nanti aku sumbat mulut kau dengan pink form!!!
Dasar Penswastaan Negara?
Sebenarnya Dasar Penyamun Negara!!!
Siapa yang boleh mengaudit semua ahli lembaga pengarah?Siapa?
CEO macam beruk,lompat sana lompat sini.Setelah kenyang akan ditukar ke badan koperat lain untuk membawa misi kamu.Dasar keparat!
Ini yang kamu kata telus?
Ketelusan maklumat konon.
Porahhh.....!!!!


Ngah.

Tanpa Nama berkata...

Yaaahhh! Orang sosialis sudah berkhutbah. Jangan berhenti berkhutbah Janggut, maju terus selagi nafas masih ada. Tapi jaga-jaga, Anwar Ibrahim dah mula kecek Pak-pak Arab kaya, Guan Eng dah mulai intai tanah besar China. Kang dorang dengan Amerika sekali marah kat ko nanti kah kah kah

Cob Nobbler berkata...

Well written bro..

Ada yang mengata dan mengutuk aku pasal sistem ekonomi sosialis ni.Depa kata,sistem ekonomi sosialis ni bakal mencipta satu generasi kelompok pemalas atau "lazy bum" pasal semuanya akan mengharap kepada kerajaan.

Lalu semua pun nak bercakap pasal sistem ekonomi Islam.Dorang kata,even dalam ekonomi Islam pun ada kapitalisme.Nabi Muhammad dirikan pasar dulu selepas masjid Nabawi.

Sebagai pendukung ideologi sosialis,lu dah ada banyak pengalaman bro.

Tolong aku bagi input so aku boleh encounter balik golongan2 yg mengkritik dasar sosialisme tu.

thank you bro.

http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...mmg sosialist, xde bnde lain dah...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sistem socialis lebih berunsur kemanusiaan da... Kapitalis tu sembah keuntungan... sosialisma tu pandang dan sayang pada manusia (dan harap-harap juga alam sekitar yang menjadi sumber segala yang masuk ke dalam ekonomi manusia). Kalau tak jaga alam sekitar, hancur jugak.

Ekonomi socialisma berlandaskan alam sekitar dan manusia adalah yang paling baik.

Yang cakap nak bukak ekonomi Islam, tak payahlah. Solat di rumah, ikut prinsip Islam, buat baik kepada saudara semanusia kamu dan alam sekitar, ingat Tuhan, itu sudah cukup untuk masuk Syurga. Tak payah bukak kedai ekonomi Islam.

Tanpa Nama berkata...

Sosialisme dan Kapitalisme kedua-duanya adalah isme ciptaan manusia yang tak punya kesempurnaan.maka, apa yang terbit dari kedua-dua ideologi itu juga tak punya kesempurnaan.
tetapi, sistem yang dianjurkan oleh Islam datang dari Allah SWT yang Maha Sempurna, maka padanya ada kesempurnaan.
Sesiapa di sini yang masih lagi mengaku dirinya sebagai seorang muslim, sila belajar dan fahami agama wahyu ie Islam dengan lebih mendalam.
Jangan berani berkata apa-apa tentang Islam jikalau tak faham satu apa pun berkenaan Islam.
Jangan mengikut ajer kata si Hishamuddin Rais nie yang dah tak percaya pada kesempurnaan Islam.
Kepincangan umat Islam adalah kerana mereka tidak lagi berpegang pada ajaran Islam yang sebenar,bkn kerana Islam itu berada pada satu ketaksempurnaan.
Menyamakan Islam dengan ideologi ciptaan kuffar boleh membawa kepada syirik.
Nauzubillahiminzalik..

Ya Allah, selamatkanlah diriku dan anak bangsaku ini dari kebatilan dan tipu daya Iblis