Memaparkan catatan dengan label malaysia baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia baru. Papar semua catatan

Khamis, 7 Januari 2010

MARI KITA BELAJAR DARI KES INI



INI KES DI PANDAN




SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM DITUDUH TERIMA SUAPAN RM50,000 – berita hairan

Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan bernilai RM50,000 tahun lalu.

Mohd Helmi Sha'ri, 29, minta dibicarakan dengan alasan beliau dijadikan "kambing hitam" terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank RHB bernombor 835770 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM48,000 daripada Zainal Abidin Ibrahim bagi membiayai pakej lawatan ke Indonesia pada 23 April hingga 27 April 2009, di Restoran Indahpura, Jalan Kenanga 29/14, Kulaijaya, kira-kira jam 2.45 petang hingga 3.45 petang, 13 April 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu Zainal Abidin mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan di kawasan Simpang Renggam iaitu menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Shaari/Jalan Masjid Lama, bernilai RM192,000 kepada Hazju Enterprise, menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Parit Majid Ibrahim, bernilai RM192,000 kepada perniagaan Yadaha dan kerja menaiktaraf sistem perparitan di kawasan Kampung Melayu, bernilai RM96,000 kepada Needza Enterprise.

Turut termasuk dalam dorongan itu adalah untuk mendapatkan kerja menurap semula jalan tar di Taman Renggam Jaya, bernilai RM255,841.70 kepada Rozlynn Enterprise, menurap semula jalan tar di Taman Mohd Yassin bernilai RM170,685 kepada Syarikat Aznor Construction serta menurap semula jalan tar di Taman Ria dan Taman Nagaria bernilai RM118,543.50 kepada Moliah Enterprise, di mana kerja itu dikeluarkan oleh MDSR yang semuanya bernilai RM1.025 juta.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank Muamalat bernombor 605281 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM2,000 juga daripada Zainal Abidin bagi membiayai pakej lawatan yang sama, di restoran, itu pada waktu dan tarikh yang sama sebagai dorongan yang sama iaitu untuk mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan tar di kawasan Simpang Renggam berkenaan.

KAH KAH KAH…

woit… INILAH DIA CONTOH KEBANYAKAN MAJLIS DAERAH DI ABWAH GEROMBOLAN…. kah kah kah…

woit… ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA CAWANGAN…kah kah kah..

woit… ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA BAHAGIAN…. kah kah kah..

nota:
perhatikan penyakit yang sama juga
virus dan kuman dan perangai gerombolan
ini boleh menular di negeri negeri pakatan rakyat
kalau jumpa malaon malaon yang gila gila nak jadi ketua
kalau jumpa malaoan yang berdekah dekah nak membela rakyat
cuba tanya satu soalan:

kalau tak jadi ketua tak boleh kah menolong orang susah ?
kalau tak jadi ketua cabang tak boleh kah bantu rakyat?
kah kah kah


nota:
jawapannya: ahli majlis tempatan wajib dilantik
oleh warga tempatan bukan oleh kerajaan yang memerintah
baru kroni lintang pukang kah kah kah


DARI ARKIB BERITA

KETUA UMNO BAHAGIAN PANDAN DIDAKWA TERIMA RASUAH RM200,000

Didalam kesibukan media massa cuba untuk menuduh gejala rasuah melanda PAS, Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.

Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.

Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.

Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.




Khamis, 22 Oktober 2009

PETANG SABTU INI



SEMUA YANG SUDAH BANGUN TIDOR BALIK DARI CLUBBING DI JEMPUT DATANG





TEMPAT : CHINESE ASSEMBLY HALL
- No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 KL

Malaysia (Berhampiran dengan Stesyen Monorail Maharajalela).

ATUR CARA:

2.00-2.10 pm Pendaftaran
2.10-2.15 pm Ucapan pengenalan

2.15-2.30 pm Panelis 1: Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik

2.30-2.45 pm Panelis 2: Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)

2.45- 3.00pm Panelis 3: Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)

3.00-3.15pm Panelis 4: Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi

3.15- 4.00 pm Komentar Jemputan: Tukar Tiub a.k.a Hishamuddin Rais

4.00 –5.00 pm Diskusi dan Dialog bersama peserta forum

5.00 pm Jamuan ringan & Tamat




Rabu, 21 Oktober 2009

BERITA GUMBIRA - CUKONG LAWAN CUKONG



BERKUNFU LAH KAMU SEBELUM KAMU DIKUNGFU KAN




ONG PECAT KETUA BIRO UNDANG-UNDANG

Presiden MCA, Ong Tee Keat hari ini mengumumkan keputusan yang mengejutnya dengan memecat ketua biro undang-undang MCA, Leong Tang Chong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ong mengesahkan beliau telah memecat Leong tetapi tidak menyatakan siapakah penggantinya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan bulan lalu, tetapi kerana beliau terlalu sibuk, maka ianya tertangguh hingga hari ini untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, Ong menafikan bahawa pemecatan Leong itu ada kaitan dengan krisis kepimpinan parti itu.

Bila ditanya sebab Leong dipecat, Ong menjawab ianya semata-mata keputusan pentadbiran dan tidak memerlukan sebarang penjelasan diberikan secara terbuka.

KAH KAH KAH…

woit… CUKONG SEDANG BERGADUH SESAMA CUKONG… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA SENANG HATI…. kah kah kah…

kah kah kah… BILA MUSUH KITA BERGADUH… KITA WAJIB API APAIKAN…kah kah kah..

kah kah kah… LAGI LAMA MEREKA BERGADUH LAGI BAIK…. kah kah kah..

woit… KITA MESTI SOKONG ONG TEE KEAT… WALAU PUN CUKONG…kah kah kah…

kah kah kah… KERANA CUKONG INI TAK MAHU IKUT CAKAP BINI ROSMAH… kah kah kah..

woit… GENG CUKONG INI TAK MAHU JADI BARUA GEROMBOLAN…kah kah kah..

kah kah kah... CUKONG JENIS INI CUKONG BAIK... kah kah kah..

kah kah kah… TIM INI UNTUK SEMENTARA ADALAH PELURU PAKATAN…kah kah kah…



Isnin, 19 Oktober 2009

PERANG KINI BERMULA


KIBARKAN SANG SAKA MERAH PUTEH




MADEEY PELEKEH ISTERI ROSMAH

Dr M has a laugh over Najib’s Malaysia Day holiday - malaysianinsider

Najib Razak's move today in declaring Sept 16 a public holiday — to mark the day Malaysia was formed 46 years after the fact — was met with laughter by Mahathir Mohamad.

“We should have more holidays,” Mahathir told reporters at the Perdana Leadership Foundation here in an immediate reaction to the announcement made in Parliament earlier.


16 SEPTEMBER CUTI AWAM 2010 : NAJIB

Najib Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

Rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH….

woit…. INI DASAR SELIPAR JEPUN…. kah kah kah..

kah kah kah… 31 OGOS FLIP….. 16 SEPTEMBER FLOP…. kah kah kah….

woit… INI KEJAYAAN WARGA SABAH DAN SERAWAK...SYABAS ! kah kah kah…

woit…. INI KEJAYAAN KEMPEN BLOGGER….SYABAS... kah kah kah..

nota:
lepas ini kita kempen:
kenapa orang asal di semenanjung tidak ada hari cuti resmi?

dicadangkan:
hari menuba - untuk orang asal di pahang
hari menapai - untuk orang asal di semenanjung
hari melegok - untuk orang temuan
hari mengehek - untuk orang senoi

akhirnya 10 Oktober sebagai Hari Bangang
untuk meningati melayu kena tipu oleh
mat isa kah kah kah...




Isnin, 8 Jun 2009

BERITA KENA SOROK




KERAJAAN DIGESA UMUM PNCA KEBAKARAN DI HOSPITAL PUTRAJAYA
–mkini

Kerajaan persekutuan digesa supaya mengumumkan punca kebakaran di tingkat tiga Hospital Putrajaya yang berlaku pada pertengahan bulan April lalu.

Gesaan tersebut dibuat oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San yang juga ADUN Kampung Tunku.

"Satu peristiwa yang mungkin belum menjadi pengetahuan umum dan pihak media ialah kebakaran yang berlaku di tingkat tiga Hospital Putrajaya pada 11 April lalu, akibat disambar kilat.

"Kebakaran ini disyaki berpunca daripada pemasangan alat-alat penangkap kilat yang tidak mengikut spesifikasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KAH KAH KAH…


woit… LAAA…. SATU MALAYSIA TAK TAHU BERITA INI…kah kah kah..

kah kah kah… HEBAT… GEBAT… LIPAT… kah kah kah…

kah kah kah…. SATU LAGI PROJEK RUNTUH… kah kah kah..

kah kah kah… TAK IKUT SPEKSIFIKASI… kah kah kah…

kah kah kah…. KOMPENI MANA PULAK NI?….kah kah kah..

kah kah kah…. JAMIN INI KOMPENI KOREA YANG SAMA YANG BUAT STADIUM RUNTUH…. kah kah kah….

kah kah kah…TOLONG BAGI TAHU IBRAHIM ALI… BAGI DIA MARAH PADA ORANG KOREAN NI…. kah kah kah…



Khamis, 19 Februari 2009

ANWAR KETUA KERAJAAN PENGGANTI AKAN DEDAH DI PARLIMEN HARI INI


Anwar Ibrahim akan mendedahkan segala macam tipu helah, ugutan, jual beli dan kelentongan Kerajaan Lama Barisan Nasional dalam usaha gerombolan ini untuk menjatuhkan kerajaan Pengganti Pakatan Rakyat.

Anwar mungkin juga akan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi kepada bekas wakil rakyat Bukit Selambu sehingga beliau meletakan jawatan.

Warga juga ingin mendapat penerangan dari Anwar sebagai ketua Kerajaan Menunggu tentang apa yang telah berlaku kepada wakil rakyat Perlabohan Klang yang diberitakan ‘hilang’ untuk sementara waktu.

Sebagai Ketua Kerajaan Pengganti telah sampai ketikanya untuk Anwar Ibrahim menerangkan kepada warga seluruh negara dan penyokong Kerajaan Pengganti tentang segala taktik dan tindakan ‘politik atas dan bawah perut’ yang telah dilakukan oleh Kerajaan Lama Barisan Nasional.

Sama-sama kita tunggu.(TT)




Rabu, 19 November 2008

NEGARA SELAMAT WALAU TIADA PM, TPM DALAM NEGARA : NAJIB - melayau

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

kah kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA SELAMAT?.... kah kah kah… .

kah kah kah …. betul betul betul…. tepat tepat tepat…. kah kah kah….

kah kah kah…. untuk pertama kalinya mat mongol cakap betul…. kah kah kah…

kah kah kah…. rakyat tak perlukan munkee munkeeee ini…. kah kah kah…

kah kah kah… orang ramai tak risau…. rakyat tak rimas… kah kah kah…

kah kah kah....negara selamat… kah kah kah… melayu tidak di tipu… kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MEREKA TAK BALIK LAGI BEST….. kah kah kah…




Isnin, 17 November 2008

HENTIKAN SEGALA PERTIKAIAN DEB -malayau

PULAU PINANG 16 Nov. Semua pihak digesa menghentikan segala pertikaian terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya bekerjasama ke arah meningkatkan ekonomi negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sekarang merupakan masa yang sesuai bagi melaksanakan semua dasar dalam DEB kerana sememangnya ia memberi banyak manfaat kepada semua kaum di negara ini.

Janganlah selalu mempersoal dan membincangkan mengenainya kerana ia dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak senang kaum lain.


kah kah kah…. pertikaikan deb??? kah kah kah munkee ni tak faham…. kah kah kah…. orang ramai bukan peertikaikan deb…. kah kah kah…

orang ramai nak hapuskan… bukan pertikaikan…. kah kah kah….

woit…. jangan laaa tipu melayu…. hentikanlah tipu melayu…. kah kah kah….dah 50 tahun tipu melayu…. kah kah kah…. dah 30 tahun deb…orang melayu tak dapat apa pun….asik asik kroni … anak bini… menantu…. kah kah kah….cukuplaaa jangan bodohkan melayu…. dah ramai melayu jadi bodoh…. hentikan laaaa…kah kah kah




Isnin, 10 November 2008

RAJA PETRA BEBAS MENULIS KEMBALI – AHMAD SHABERY - melayau


KEMAMAN 9 Nov. Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, bebas menulis kembali tetapi beliau berdepan dengan tindakan jika didapati melanggar undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Tindakan tegas akan diambil terhadap Raja Petra sekiranya didapati melanggar melanggar undang-undang melalui tulisannya pada masa depan, katanya.


Kalau selepas ini Raja Petra rasa nak menulis lagi, dia bebas menulis.

kah kah kah….. munkeee ni pen raja petra ke?..... kah kah kah… munkee ini mak raja petra ke?..... kah kah kah….. raja petra kerja untuk munkee ni ke?..... kah kah kah..


kah kah kah….. munkee ni bayar sewa stremyx raja petra ke?......raja petra nak munulis kena minta dakwat dari munkeee ni ka?..... kah kah kah

munkee ni dari sekolah mana?..... kah kah kah… munkee ni belajar dimana?.... kah kah kah…..ini mesti produk profesor kang kong …. kah kah kah…

woit …. sama ada munkee ni kata yes or no…. tak ada orang ambil pot…. kah kah kah…. munkee ni betul mat bendul….. kah kah kah…



Jumaat, 7 November 2008

BERITA GUMBIRA !!! UPKO KELUAR BN JIKA PAIP DITERUSKAN - melayau


PENAMPANG 6 Nov. - Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tetap meneruskan projek saluran paip gas bernilai RM3 bilion dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu, Sarawak.

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, bantahan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, esok dan sebarang keputusan selepas itu akan mempengaruhi hala tuju UPKO.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya sudah beberapa kali membantah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebelum ini memberi jaminan tidak akan meneruskannya.


kah kah kah…. ini best punya berita…. kah kah kah… dah lama… dah lama dah… kena buli… inilah masa bagun melawan… kah kah kah…

kah kah kah…. sabah pada tahun 1964 adalah negara terkaya di malaysia…. kah kah kah….

kah kah kah... sabah pada tahun 2008 adalah negara termiskin di malaysia…. kah kah kah


Khamis, 9 Oktober 2008

BERITA-BERITA GUMBIRA

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.


Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.



Rabu, 8 Oktober 2008

UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN

Parlimen akan bersidang semula pada Isnin 13 haribulan ini.

Pakatan Rakyat akan membuat satu – UNDI TIDAK PERCAYA – terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah salah satu dari pada kemungkinan yang akan di jalankan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menubuhkan satu pentabiran baru.

Pengunduran Abdullah Badawi ini dilihat sebagai tanda bahawa kerajan Barisan Nasional ini semakin terhakis sokongan bukan sahaja dikalangan rakyat malah di kalangan ahli parlimen BN sendiri.

Apabila Abdullah dipaksa mengundur sebagai satu langkah dan taktik yang sedang diambil oleh United Malays National Organisation agar Barisan Nasional dapat bernafas kembali.

United Malays National Organistion beharap ‘penyapu baru’ yang akan menggantikan Abdullah akan dapat mempelawa kembali ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang telah bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat.



LUPAKAN ANWAR, TUMPU KERJA – MUHYIDDIN - U.malayau

KULIM 7 Okt. Semua pihak diminta supaya berhenti mempercayai pembohongan berterusan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang rancangannya untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat.

kah kah kah…. munkee sembab ni nak cerita apa ni….. nak lupakan apa ? …. woit munkee…. rakyat tak akan lupa kerana mereka berminat nak melihat kerajaan baru, nak duduk dibawah pentabiran baru dan nak hidup dalam malaysia baru….. malaysia yang merdeka pada 16 september ….bukan pada 31 ogos….kah kah kah…. kan afdal sabah dah deklare 16 september sebagai hari malaysia baru….tahun depan 16 september akan jadikan hari malaysia….kah kah kah… ini rancangan pakatanlaaa...

nak lupa macam mana….dah tak boleh lupa lagi…. hanya tunggu masa sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan….woit hang ingat rakyat johor lupa pada longkang dan parit yang sudah hang jual….. kah kah kah….rakyat johor ingat apa yang hang bedal dan sebat...mereka tidak akan lupa...kah kah kah...nak tanya sikit... dulu wak yang mana masuk tim wawasan....kah kah kah



Sabtu, 4 Oktober 2008

BERITA GUMBIRA - KOMENTAR

Dunia kapitalis dalam krisis. Ini adalah berita yang menggumbirakan. Bank-bank kapitalis jatuh muflis. Ini berita yang menggumbirakan. Tiga syarikat kereta gergasi di Amerika tutup. Ini berita yang menggumbirakan. Semua jualan kereta dalam dunia jatuh ini berita yang menggumbirakan.

Saham-saham di pasaran bursa saham New York, London, Paris, Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Bombay, Singapura, Sydney, Seoul, Stockhom, Karachi, Kuala Lumpur jatuh – ini berita yang menggumbirakan.

Nilai dolar jatuh. Ini berita baik. Nilai yen jatuh. Ini berita baik. Nilai sterling jatuh. Ini berita baik.

Saya telah lama menunggu berita-berita ini. Malah telah meramalkan yang ianya pasti akan datang. Tidak adalah berita yang paling baik di hari raya ini melainkan berita yang melaporkan bursa saham New York telah jatuh 777 point.

Apabila kaum pemodal kapitalis dalam krisis maka terbukti jawapannya ialah pengunaan ekonomi sosialis. Sistem ekonomi sosialis mengajukan dasar memilik negarakan punca-punca ekonomi. Ini sedang dilakukan di negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat.

Dalam sistem ekonomi sosialis , daulah memainkan peranan yang penting. Ini sedang dilakukan oleh negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat. Sebanyak 700 bilion dolar dana negara telah di keluarkan untuk membantu bank-bank yang jatuh muflis.

Krisis ekonomi kapitalis hari ini lebih tenat dari zaman meleset 1929. Kalau dahulu ianya hanya melibatkan Amerika Syarikat sahaja tetapi kali ini ianya akan memporak perandakan seluruh dunia. Ekonomi kapitalis global sedang terancam.

Ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima perlu di kaji semula. Dalam keadaan krisis ini akan lahir suasana kemungkinan- kemungkinan baru. Krisis 1929 menimbulkan Perang Dunia ke Dua. Perang Dunia ke Dua melahirkan negara-negara sosialis di Eropah Timur. Kemungkinan-kemungkinan baru pasti muncul.

Dalam masa enam bulan ke hadapan ini Malaysia akan merasakan kesampaian zaman meleset ini. Permintaan barang-barang buatan Malaysia akan terhenti. Ini bemakna kilang dan gudang akan di tutup. Ini bermakna ramai pekerja akan hilang pekerjaan.

Kemungkinan-kemungkinan baru pasti akan muncul di Malaysia. Tata budaya politik dan ekonomi lama pasti akan di persoalkan. Struktur ekonomi kapitalis yang menjerat leher rakyat Malaysia selama ini wajib di persoalkan.

Ketika saya menulis ini – gerak langkah budaya ekonomi politik Amerika Latin sedang perlahan-lahan meninggalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara-negara Amerika Latin telah mula menerima pakai beberapa konsep sistem ekonomi sosialis. Cuba dan Venezuala sedang menjadi pelopor dan contoh ekonomi sosialis di America Selatan

Tukar tiub akan cuba mencanai idea, pandangan dan arah garis budaya politik untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang adil demokratik dan yang tidak semestinya berlandaskan sistem budaya ekonomi kapitalis.



Selasa, 30 September 2008

UPKO JANGAN GUNA KELISIPAN KECIL JPN ALASAN KELUAR BN - mSTAR

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak berkata, Upko tidak seharusnya menjadikan satu "kesilapan kecil" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung taraf kerakyatan seorang penduduk Sabah sebagai alasan untuk keluar Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga menjejaskan kestabilan politik," katanya merujuk kepada rasa tidak puas hati Upko dengan tindakan JPN menukarkan status kerakyatan seorang wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua, daripada warga negara kepada pemastautin tetap selepas kad pengenalan wanita itu hilang di Penampang tahun lepas.


kah kah kah…. tak pernah dengar ke the last straw that break the camel’s back – jerami akhir yang mematahkan badan unta …. kah kah kah…. ertinya dah berat sangatlaaaa….tak reti ke…..jepun melancar perang pada ogos 1941 bukan kerana marah pada queen tak jemput duta jepun datang birthday party…. kerana kapal jepun dah lama ken blok… getah tak dapat beli… minyak dari indonesia tak dapat beli….kalau gua orang jepun gua pun marah… macam tu laa orang sabah… dah lama susah… dari negara terkaya kini negar termiskin di malaysia… baru minggu lepas 16 september di terima sebagai hari malaysia…. ini pun kerana Pakatan Rakyat….. kah kah kah ... dah nak bungkus tenggelam tu pasal orang ramai nak lari....tak kan tak faham



Isnin, 29 September 2008

LAGI PEMIMPIN GERAKAN SERTAI PKR - mStar

PETALING JAYA: Lebih 20 ahli Gerakan Wilayah Persekutuan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan lebih ramai dijangka berbuat demikian dalam beberapa minggu akan datang.

Bekas Ketua Biro Penerangan Gerakan Wilayah Persekutuan, Gan Kok Keng berkata, sekurang-kurangnya 300 orang dari empat bahagian bakal menyertai parti pembangkang tersebut.

Bahagian-bahagian itu ialah Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Bintang dan Kepong.

Gan yang telah menjadi anggota Gerakan sejak 24 tahun lalu berkata, pihaknya bertindak keluar parti kerana ia sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan yang berkesan dalam Barisan Nasional (BN)


ah kah kah….. berita ini gua tak faham….. kah kah kah…. ada munkee mana-mana yang bolih terangkan makna berita ini….. kah kah kah

kah kah kah... ni berita apa ni... gua bingonglaaaa.... kah kah kah



Jumaat, 26 September 2008

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA – U.Malayau

KUALA LUMPUR 25 Sept. Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.


kah kah kah….. Pakatan Rakyat tepat betul dan bersejarah ….dulu kata 31 ogos…. kah kah kah… ni 16 september….kah kah kah….cam mana ikut ajenda Pakatan Rakyat pulak…. kah kah kah….

Sejarah akan mengingati Hari Malaysia 16 September Pertama ialah di Stadium Kelana Jaya…… kah kah kah…. sapa ada ada malam itu…. ingatilaaa sampai ari kiamat kerana anda telah bersama membuat sejarah…. kah kah kah




ORANG AWAM BOLEH HADIR MESYUARAT MPSJ – U.Melayau

SUBANG JAYA Orang awam terutama penduduk Subang Jaya, Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen boleh menghadiri mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak berkuasa tempatan yang lain tetapi sebagai pemerhati sahaja.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikshan berkata, kerajaan negeri Selangor sudah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara itu dan aturan mesyuarat penuh Ahli Majlis dan jawatankuasa kecil di pihak PBT.

kah kah kah…. satu lagi demokrasi dari Pakatan Rakyat…. 50 tahun rakyat tak diberitahu yang kita boleh masuk meting majlis bandaran….. kah kah kah…abislaaa kontrektor kelas F …. dah tak boleh dapat projek suruk-suruk lagi…. kah kah kah

jangan menangis bila tak dapat kontrek atas angin…. belajar-belajarlaa buat kerja jangan nak makan duit subcon saje….kah kah kah.



Selasa, 23 September 2008

PARTI POLITIK BARU SABAH

CADANGAN bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta beberapa bekas pemimpin kanan parti itu untuk menubuhkan sebuah parti politik baru perlu dipertimbangkan secara rasional.

kah kah kah….kesian orang kadazan – mereka majoriti – tapi ada 6 buah parti politik … tu pasal mereka tak pernah dapat berkuasa…. baaaak nak tubuh satu parti lagi…. kah kah kah…. mereka msih tak sedar inilah dia pecaha perintah dari gerombolan united malays natipnal organisation……..kah kah kah….. tak serik serik kah kah




Jumaat, 19 September 2008

ABDULLAH BADAWI DIMINTA BERUNDUR - TERKINI !

Mengikut laporan terkini - di mesyuarat Majlis Tertinggi United Malays National Organisation petang kelmarin, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah diminta mengundur diri sebelum 9 Oktober ini.

Sesudah 9 Oktober nanti adalah permulaan Bahagian United Malays National Organisation akan mengadakan persidangan. Ada kemungkinan Abdullah tidak akan mendapat pencalonan untuk menjadi Presiden parti.

Tarikh mengundur ini juga dipilih untuk memastikan undi tidak percaya yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat terhadap pimpinan Abdullah Badawei akan dapat digagalkan.

Parlimen hanya akan bersidang pada 13 Oktober.