Memaparkan catatan dengan label MALAYsIA MERDEKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYsIA MERDEKA. Papar semua catatan

Rabu, 16 Februari 2011

BUKAN ZAMAN ABU NAWAS




BERKOMPANG BERKOMPIT



nota:
ucapan selamat menyambut
mauludul rasul muhamad
kegembiraan berkompang
kegembiraan berkompit









MAULIDUR RASUL : 1500 GURU KAFA AKAN TERIMA RM100
– harakah daily

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.

Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.

"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

NOTA:
kita wajib mengalu alukan langkah ini
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
memiliki dana
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyata di tanjung
tidak rasuah
ini membuktikan bahawa pentabiran pakatan rakyat di tanjung
tidak boros

TETAPI AWAS

ini bukan cara pentabiran moden
ini bukan zaman khalifah harun aminulraseed
tabur dinar sana
tabur dinar sini

gerombolan beri duit
pakatan beri duit

kelihatan amat patronising

bukan beri duit sedekah
tetapi putuskan lingkaran setan
agar tidak menjadi peminta sedekah

bukan beri buah durian
tetapi beri tanah agar boleh durian di tanam

bukan beri ikan
tetapai beri tanah untuk kolam ternakan ikan

apa yang wajib dilakukan ialah pekerja
tak kira kerja apa pun memiliki gaji minima
gaji yang dapat menyara kehidupan dengan selesa




Jumaat, 21 Januari 2011

I TALK YOU RITE



DON PLAY PLAY



note:
no laugh laugh
u tink wat
so..





ISA BIMBANG BAHASA MELAYU TERUS TERJAJAH - berita hairan

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu bimbang bahasa Melayu akan terjajah apabila terlalu banyak istilah Inggeris digunakan dalam bahasa kebangsaan itu.

Beliau berkata, bahasa Melayu juga akan ketinggalan jauh jika ia tidak dimartabatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai.

Berucap merasmikan wacana bahasa Melayu bertemakan "Realiti dan Cabaran" di
sini hari ini, beliau berkata, bahasa Melayu kini dituturkan oleh kira-kira 300
juta manusia dan menjadi bahasa kelima terbesar di dunia selepas bahasa
Mandarin, Inggeris, Hindi, Urdu dan Sepanyol.

"Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu adalah perjuangan mempertahan
perlembagaan negara kerana sudah termaktub dalam Perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini," katanya.

Katanya, rakyat dan pemerintah negara maju juga memartabatkan bahasa rasmi
negara masing-masing dan wajar sekali rakyat dan pemimpin negara ini turut
mempunyai semangat yang serupa.

Menteri Besar turut menyifatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
kerana ia bahasa yang difahami oleh seluruh rakyat begitu juga dengan
tulisannya.

KAH AKH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... WHAT IS THE BECAUSE.... kah kah kah..

kah kah kah... WHY YOU LIKE DIS.... kah kah kah...

kah kah akh...WHY NOT LIKE DAD.... kah kah kah..

kah kah kah... YOU PRECINT WHAT LIF PUTRAJAYA?... kah kah kah..

kah kah kah...YOU GO KL SENTRAL..WHY.. NO GO... kh kah kah..

kah kah kah... YOU WHERE COME ?.... kah kah akh..

kah kah kah... YOU MALAYSIA LIKE FOOD?.... kah kah kah...

woit... LEPAS TU ... WHAT HAPPEN?... SO... TAK JADI APA PUN.... kah kah kah..


Selasa, 15 Disember 2009

BAPAK PORNO - BERASUAH PULA



AHMAD SAID NAFI SELEWENG PAKIAN SERAGAM
- melayau

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes salah laku dan penyelewengan kuasa berhubung kontrak pakaian seragam staf baru suruhanjaya itu bernilai RM7.5 juta.

Dakwaan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam tersebut disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Ahmad Said dalam penjelasannya berkata, segala urusan tawaran atau penganugerahan kontrak pakaian seragam berlandaskan prosedur ditetapkan dan mendapat kelulusan khas Perbendaharaan.

"Tidak wujud sama sekali isu penyelewengan kuasa atau salah laku dalam urusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Dakwaan seumpama itu adalah jelas satu cubaan sesetengah pihak untuk menjejaskan nama baik SPRM serta diri saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. PATUT LAH BERHENTI AWAL… kah kah kah..

kah kah kah… RUPA RUPA NYA ADA KES BESAR… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU DI NAFIKAN ERTINYA ADA RASUAH… kah kah kah..

woit... BILA NAK SIASAT SAMPAI MATI...kah kah kah..

woit.. BUAT UNIFORM INI DI PARIS KE?... kah kah kah..

kah kah kah… SAMPAI TUJUH JUTA RINGGIT… kah kah kah..

nota:
video porno itu bila
nak masuk dalam internet
kalau masuk pasti ada pasaran kah kah kah




Jumaat, 11 Disember 2009

MAT GIAN KEHABISAN MINYAK



INI BUKAN KETAGIH MINYAK !



KETAGIH DENGAN PETRONAS, EKONOMI NEGARA MAKIN TERUK – harakah daily

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… INI BERITA BAIK… kah kah kah..

kah kah kah… LEBIH BAIK MINYAK HABIS… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU ADA PUN MINYAK… BUKAN UNTUK ORANG RAMAI…kah kah kah..

kah kah kah… ASIK ASIK BELI SENJATA… ASIK ASIK BELI KAPAL SELAM..kah kah kah..

kah kah kah… PADAN MUKA…kkah kah kah…

nota:
awas ! bersedia !
satu malaysia bersedia cukai akan sampai
cukai akan dinaikkan.
satu malaysia tahu kerajaan taraaaak duit lagi.
satu malaysia tahu duit banyak hilang dalam rasuah kah kah kah..




Khamis, 10 Disember 2009

TALIPON SEKARANG - 03 -22-74-49-31 - JANGAN MALAS



SEBUAH LAGI BUKU CULT DARI ZUNAR




PERAK DARUL KARTUN mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau hubungi terus pejabat kami 03 22744931.

NIZAR LANCAR PERAK DARUL KARTUN AHAD INI



Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik Perak Darul Kartun pada hari Ahad 13 Disember ini, jam 4 petang. Majlis pelancaran akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak,
Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Pelancaran akan dilakukan bersama oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.



Rabu, 18 November 2009

CUBA SAMA SAMA KITA FIKIRKAN



BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU




PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:


Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:


Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:


Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)




Isnin, 9 November 2009

SATU LAGI KENA TUNGGU !



TENDER UNTUK BUMI SAHAJA - DARI TANJUNG KELING KE DUMAI




nota:
jambatan ini dibuat untuk menarik
ramai warga indon yang menggunakannya.
bila cukup ramai maka dengan sendiri
jambatan ini akan runtuh.

bila jambatan ini runtuh makan warga indon
akan takut untuk datang lagi ke malaysia.

ini cara terbaik untuk mengurangkan
pendatang asing.

SIASATAN JAMBATAN GANTUNG RUNTUH KUALA DIOANG AKAN DIDEDAHKAN - melayau


KUANTAN 9 Nov. - Hasil siasatan berhubung kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan sehingga mengakibatkan tiga murid maut akan didedahkan kepada umum.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Bahagian Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Dr. Haili Dolhan berkata, Kementerian Pelajaran tidak akan melindungi atau menyembunyikan kejadian sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun beliau berkata, siasatan masih belum selesai kerana semua aspek perlu dikaji bagi mendapat gambaran menyeluruh kejadian sebenar sebelum boleh membuat rumusan.

KAH KAH KAH….

woit… RAPI NYA… HEBAT... LIPAT... REMBAT...kah kah kah…

kah kah kah… AGAKNYA BERAPA LAMA SATU MALAYSIA KENA TUNGGU…. kah kah kah…

woit…. APA JADI DENGAN LAPORAN STADIUM RUNTUH… kah kah kah…

woit…. APA JADI DENGAN LAPORAN PARLIMEN BOCOR ?... kah kah kah…

kah kah kah... NAK TUNGGU SAMPAI SATU MALAYSIA LUPA KE ?...kah kah kah..

woit…. BOLEH TUMPANG TANYA ?.... kah kah kah…

KENAL BOMOH INI ?

Synergy Sdn.Bhd
37-1 Jlan TJS 11/280 – Sunway Metro
Bandar Sunway Petaling Jaya

DAN

CWL Enterprise. No 14 Jalan TK 2/13 Taman Kinrara
Puchong – Selangor





Isnin, 17 Ogos 2009

SATU LAGI FATWA AL - MALIKUL SEMBAB




PETUALANG CETUSKAN ISU PERKAUMAN ADALAH PENGKHIANAT : TPM

KUDAT: Petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan, kata Muhyiddin Yassin.

Negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.

KAH KAH KAH…

Woit… INI AMARAN UNTUK PERWARIS KE ATAU PENGKATAK ?... kah kah kah…

Kah kah kah… SEMBAB PUNYA LOJIK… CUKUP BEST…. kah kah kah…

Kah kah kah… KERANA MALAYSIA LUAR BIASA DENGAN KEPELBAGAIAN…. MAKA MESTI SOKONG GEROMBOLAN…. kah kah kah..

Kah kah kah…PIRAAAH… MANA PUNYA MUNKEE PUNYA LOJIK…kah kah kah…

Woot… INGAT MALAYSIA NI SAJA BERBAGAI BANGSA… BERBAGAI BAHASA… BERBAGAI BUDAYA… BERBAGAI AGAMA ?... kah kah kah..

Woit… JANGAN LAH NAK BODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah..

Woit… INDIA… CHINA.. RUSSIA… BRITAIN… PERANCHIS.. JEPUN…PAKISTAN… IRAN… BANGLADEAS… NIGERIA… GHANA… SEMUA 193 NEGARA DALAM DUNIA INI ADA KEPELBAGIAN…. Kah kah kah…

Woit… JANGANLAH BODOHKAN ORANG MELAYU…. CUKUPLAH…kah kah kah…

woit ... HENTIKAN PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU...kah kah kah



Selasa, 19 Mei 2009

ANAK MUDA LARI !!!


TUMPU PADA PENGUNDI MUDA
- melayau

UMNO Wilayah Persekutuan akan memberi perhatian khusus kepada pengundi muda dalam usaha untuk merampas semula kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, menurut perangkaan, kira-kira empat juta pengundi muda akan menyertai pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, trend semasa pula menunjukkan golongan itu lebih cenderung kepada parti pembangkang.

kah kah kah… DAH JADI SATU FESHEN ANAK MUDA HARI INI SEMUA SOKONG PAKATAN…kah kah kah..

kah kah kah… ANAK MUDA HARI INI NAK COOL… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU NAK JADI COOL… MEREKA SOKONG PAKATAN…kah kah kah..

kah kah kah… KALAU NAK JADI MAT BODEK …MEREKA SOKONG GEROMBOLAN…kah kah kah..

woit… KALAU NAK JADI MAT SKEMA… MEREKA SOKONG BAJU BATEK LENGAN PANJANG….kah kah kah



Ahad, 22 Mac 2009

TERBAIK UNTUK MASYARAKAT INDIA


SAMY KEKAL JAWATAN PRESIDEN MIC
– m kini

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatan presiden MIC selepas kertas pencalonan pencabarnya, Datuk Muthupalaniappan ditolak.

kah kah kah… BERITA BAIK UNTUK MASYARAKAT INDIA…kah kah kah…

kah kah kah… PARTI YANG TENGGELAM TIMBUL INI AKHIRNYA AKAN TENGGELAM… kah kah kah…

kah kah kah..BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA…kah kah kah…

kah kah kah… TENGGELAMLAH KAPAL LAYAR DAN DACING BERSAMA SAMY SAMY NYA…. hah kah kah..



Selasa, 24 Februari 2009

REKOD KARPAL SINGH PECAH – PENDATANG BARU MENCABAR - Mkini


Sebanyak 36 laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya mengenai hasil siasatan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri
.


kah kah kah…. SELAMAT TINGGAL KARPAL SINGH….. kah kah kah

kah kah kah… TIDAK SAMPAI DUA MINGGU REKOD KARPAL SINGH TERBANYAK MENDAPAT LAPORAN POLIS KINI BERALIH TANGAN….. kah kah kah…

woit…. SIAPAKAH LELAKI ITU ?.... kah kah kah…. TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN DIA ADALAH PENJAGA LEMBU DAN PENJAGA KERETA…. kah kah kah..

woit…. MUNKEE NI AYAH SIAPA ?... MACAM PERNAH DENGAR NAMA MUNKEE INI DI AUSTRALIA …. kah kah kah



Sabtu, 22 November 2008

ANWAR LANCAR KEMPEN ANTI-ISA AHAD INI – Malaysia Kini


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini.

Majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada jam 9 malam.

Kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut serta membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.

Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.

Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, selain Anwar, pemimpin parti anggota Pakatan Rakyat yang lain juga akan berucap di majlis tersebut.


GMI: PERHIMPUNAN DI MPAJ AKAN DI TERUSKAN – Malaysia Kini

Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini akan tetap diteruskan walaupun gagal mendapat permit polis, kata penganjurnya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana pihaknya telah membuat "permohonan dengan baik" untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.

"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya kepada Malaysiakini petang ini.





Rabu, 19 November 2008

NEGARA SELAMAT WALAU TIADA PM, TPM DALAM NEGARA : NAJIB - melayau

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

kah kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA SELAMAT?.... kah kah kah… .

kah kah kah …. betul betul betul…. tepat tepat tepat…. kah kah kah….

kah kah kah…. untuk pertama kalinya mat mongol cakap betul…. kah kah kah…

kah kah kah…. rakyat tak perlukan munkee munkeeee ini…. kah kah kah…

kah kah kah… orang ramai tak risau…. rakyat tak rimas… kah kah kah…

kah kah kah....negara selamat… kah kah kah… melayu tidak di tipu… kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MEREKA TAK BALIK LAGI BEST….. kah kah kah…




Isnin, 10 November 2008

RAJA PETRA BEBAS MENULIS KEMBALI – AHMAD SHABERY - melayau


KEMAMAN 9 Nov. Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, bebas menulis kembali tetapi beliau berdepan dengan tindakan jika didapati melanggar undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Tindakan tegas akan diambil terhadap Raja Petra sekiranya didapati melanggar melanggar undang-undang melalui tulisannya pada masa depan, katanya.


Kalau selepas ini Raja Petra rasa nak menulis lagi, dia bebas menulis.

kah kah kah….. munkeee ni pen raja petra ke?..... kah kah kah… munkee ini mak raja petra ke?..... kah kah kah….. raja petra kerja untuk munkee ni ke?..... kah kah kah..


kah kah kah….. munkee ni bayar sewa stremyx raja petra ke?......raja petra nak munulis kena minta dakwat dari munkeee ni ka?..... kah kah kah

munkee ni dari sekolah mana?..... kah kah kah… munkee ni belajar dimana?.... kah kah kah…..ini mesti produk profesor kang kong …. kah kah kah…

woit …. sama ada munkee ni kata yes or no…. tak ada orang ambil pot…. kah kah kah…. munkee ni betul mat bendul….. kah kah kah…



Khamis, 9 Oktober 2008

BERITA-BERITA GUMBIRA

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.


Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.



Rabu, 8 Oktober 2008

UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN

Parlimen akan bersidang semula pada Isnin 13 haribulan ini.

Pakatan Rakyat akan membuat satu – UNDI TIDAK PERCAYA – terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah salah satu dari pada kemungkinan yang akan di jalankan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menubuhkan satu pentabiran baru.

Pengunduran Abdullah Badawi ini dilihat sebagai tanda bahawa kerajan Barisan Nasional ini semakin terhakis sokongan bukan sahaja dikalangan rakyat malah di kalangan ahli parlimen BN sendiri.

Apabila Abdullah dipaksa mengundur sebagai satu langkah dan taktik yang sedang diambil oleh United Malays National Organisation agar Barisan Nasional dapat bernafas kembali.

United Malays National Organistion beharap ‘penyapu baru’ yang akan menggantikan Abdullah akan dapat mempelawa kembali ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang telah bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat.



LUPAKAN ANWAR, TUMPU KERJA – MUHYIDDIN - U.malayau

KULIM 7 Okt. Semua pihak diminta supaya berhenti mempercayai pembohongan berterusan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang rancangannya untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat.

kah kah kah…. munkee sembab ni nak cerita apa ni….. nak lupakan apa ? …. woit munkee…. rakyat tak akan lupa kerana mereka berminat nak melihat kerajaan baru, nak duduk dibawah pentabiran baru dan nak hidup dalam malaysia baru….. malaysia yang merdeka pada 16 september ….bukan pada 31 ogos….kah kah kah…. kan afdal sabah dah deklare 16 september sebagai hari malaysia baru….tahun depan 16 september akan jadikan hari malaysia….kah kah kah… ini rancangan pakatanlaaa...

nak lupa macam mana….dah tak boleh lupa lagi…. hanya tunggu masa sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan….woit hang ingat rakyat johor lupa pada longkang dan parit yang sudah hang jual….. kah kah kah….rakyat johor ingat apa yang hang bedal dan sebat...mereka tidak akan lupa...kah kah kah...nak tanya sikit... dulu wak yang mana masuk tim wawasan....kah kah kah



Selasa, 30 September 2008

UPKO JANGAN GUNA KELISIPAN KECIL JPN ALASAN KELUAR BN - mSTAR

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak berkata, Upko tidak seharusnya menjadikan satu "kesilapan kecil" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung taraf kerakyatan seorang penduduk Sabah sebagai alasan untuk keluar Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga menjejaskan kestabilan politik," katanya merujuk kepada rasa tidak puas hati Upko dengan tindakan JPN menukarkan status kerakyatan seorang wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua, daripada warga negara kepada pemastautin tetap selepas kad pengenalan wanita itu hilang di Penampang tahun lepas.


kah kah kah…. tak pernah dengar ke the last straw that break the camel’s back – jerami akhir yang mematahkan badan unta …. kah kah kah…. ertinya dah berat sangatlaaaa….tak reti ke…..jepun melancar perang pada ogos 1941 bukan kerana marah pada queen tak jemput duta jepun datang birthday party…. kerana kapal jepun dah lama ken blok… getah tak dapat beli… minyak dari indonesia tak dapat beli….kalau gua orang jepun gua pun marah… macam tu laa orang sabah… dah lama susah… dari negara terkaya kini negar termiskin di malaysia… baru minggu lepas 16 september di terima sebagai hari malaysia…. ini pun kerana Pakatan Rakyat….. kah kah kah ... dah nak bungkus tenggelam tu pasal orang ramai nak lari....tak kan tak faham



Isnin, 29 September 2008

LAGI PEMIMPIN GERAKAN SERTAI PKR - mStar

PETALING JAYA: Lebih 20 ahli Gerakan Wilayah Persekutuan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan lebih ramai dijangka berbuat demikian dalam beberapa minggu akan datang.

Bekas Ketua Biro Penerangan Gerakan Wilayah Persekutuan, Gan Kok Keng berkata, sekurang-kurangnya 300 orang dari empat bahagian bakal menyertai parti pembangkang tersebut.

Bahagian-bahagian itu ialah Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Bintang dan Kepong.

Gan yang telah menjadi anggota Gerakan sejak 24 tahun lalu berkata, pihaknya bertindak keluar parti kerana ia sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan yang berkesan dalam Barisan Nasional (BN)


ah kah kah….. berita ini gua tak faham….. kah kah kah…. ada munkee mana-mana yang bolih terangkan makna berita ini….. kah kah kah

kah kah kah... ni berita apa ni... gua bingonglaaaa.... kah kah kah



Sabtu, 27 September 2008

TIDAK JEJAS WIBAWA PRESIDEN – U.Melayau

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO bertujuan memastikan pelan peralihan kuasa berlaku secara terhormat tanpa menjejaskan kewibawaan Presiden parti.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga selari dengan tradisi peralihan kuasa dalam parti yang dilaksanakan secara teratur tanpa memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengganggu-gugat.


kah kah kah…. ni betul-betul munkee punya cerita…. dia yang buat kacau kemudian dia kata tak de kacau…. kah kah kah.

hormat macam mana pada presiden…. berpeluh-peluh dolah… hompeh puleh dolah sampai putus nafas…. kah kah kah….. munkee mana punya kerja…

ganggu gugat…..kah kah kah…. kalau munkee ni yang tak ganggu ada munkee lain ke….kah kah kah…..

secara teratur?..... kah kah kah…..