Memaparkan catatan dengan label Malaysia Today. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Today. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2009

BERITA BAIK SEBELUM HARI RAYA




DAP: UMNO YANG SESAT KAN MELAYU
- malaysikini

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

nota:
semakin ramai anak anak muda melayu memiliki kesedaran tidak mahu ditipu
dan di perbodohkan oleh gerombolan. umno sedang dilihat sebagai satu
gerombolan sesat yang lagi menyesatkan.
sesat dalam hutan rasuah dan menyalah guna kuasa. mabuk
mengumpul harta kekayaan. berdengong dan berkhayal dengan kuasa.
inilah tanda tanda ketuanan melayu sedang nazak sebelum
tali jamban di tarik kah kah kah.




Ahad, 22 Mac 2009

TERBAIK UNTUK MASYARAKAT INDIA


SAMY KEKAL JAWATAN PRESIDEN MIC
– m kini

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatan presiden MIC selepas kertas pencalonan pencabarnya, Datuk Muthupalaniappan ditolak.

kah kah kah… BERITA BAIK UNTUK MASYARAKAT INDIA…kah kah kah…

kah kah kah… PARTI YANG TENGGELAM TIMBUL INI AKHIRNYA AKAN TENGGELAM… kah kah kah…

kah kah kah..BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA…kah kah kah…

kah kah kah… TENGGELAMLAH KAPAL LAYAR DAN DACING BERSAMA SAMY SAMY NYA…. hah kah kah..



Rabu, 11 Februari 2009

ZOO TERBESAR PANTAI TIMUR DI TERENGANU - melayau




KUALA TERENGGANU10 Feb. - Kerajaan Terengganu akan membuka zoo pertama di negeri ini di Bukit Takal, Kemaman yang mempamerkan kira-kira 100 spesies haiwan akhir bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, zoo seluas 54 hektar itu terletak berdekatan Kampung Yak Yah yang merupakan kawasan terkenal dengan habitat kunang-kunang.

"Ia akan menjadi zoo terbesar dengan pelbagai spesies haiwan di Pantai Timur," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini
.


woit…. ZOO TERBESAR ?.... kah kah kah … DI TERENGANU ?.... kah kah kah

woit…. BUKAN DI TERENGGANU LAAAA….. DI PUTRAJAYA LAAAA... kah kah kah




Rabu, 19 November 2008

NEGARA SELAMAT WALAU TIADA PM, TPM DALAM NEGARA : NAJIB - melayau

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

kah kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA SELAMAT?.... kah kah kah… .

kah kah kah …. betul betul betul…. tepat tepat tepat…. kah kah kah….

kah kah kah…. untuk pertama kalinya mat mongol cakap betul…. kah kah kah…

kah kah kah…. rakyat tak perlukan munkee munkeeee ini…. kah kah kah…

kah kah kah… orang ramai tak risau…. rakyat tak rimas… kah kah kah…

kah kah kah....negara selamat… kah kah kah… melayu tidak di tipu… kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MEREKA TAK BALIK LAGI BEST….. kah kah kah…




Jumaat, 10 Oktober 2008

TUDUHAN RAJA PETRA ‘CUT n PASTE’ KERJA POLIS – TANGGUH BICARA

Tuduhan ke atas Raja Petra tentang satu artikle yang ditulisnya bukanlah salinan asli dari artikle asal yang terdapat dalam laman web MalaysiaToday. Tetapi dari potong dan lekat – cut n paste - hasil kerja tangan polis.

Bila pekara ini timbul pihak pendakwa mengelabah lalu meminta ditangguhkan perbicaraan ke Isnin depan.

Sebelum dari ini mengikut laporan akhbar The Sun peguam bela Raja Petra, Gobin Singh Deo telah menanya saksi pihak pendakwa Superintendent Gan Tack Guan tentang dimanakah tulisan itu yang dikatakan tidak benar.

Saksi ini yang hanya membaca tulisan ‘cut n paste’ ini dua kali telah menerangkan yang dia telah menemui beberapa para tidak benar.

Peguam bela Raja Petra kemudian bertanya: Sebagai orang yang membuat laporan polis terhadap tulisan ini apakah betul yang awak tidak dapat melihat ‘kebenaran’ di seluruhan tulisan ini.

Saksi ini berkata: Ya

Kemudian peguam Raja Petra bertanya : Kamu hanya melihat empat bahagian sahaja jadi apakah yang lain-lain itu benar?

Saksi menjawab : Saya tidak pasti yang lain-lain itu benar atau tidak.

Peguam Raja Petra juga mengatakan kepada mahkamah bahawa saksi ini ‘ seorang pegawai polis yang tidak berguna’ kerana dia tidak dapat memberitahu mahkamah bagaimana bom letupan itu telah dipasang ke badan Altantuya.

Bicara disambung Isnin depan.



Khamis, 9 Oktober 2008

BERITA-BERITA GUMBIRA

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.


Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.



Rabu, 8 Oktober 2008

UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN

Parlimen akan bersidang semula pada Isnin 13 haribulan ini.

Pakatan Rakyat akan membuat satu – UNDI TIDAK PERCAYA – terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah salah satu dari pada kemungkinan yang akan di jalankan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menubuhkan satu pentabiran baru.

Pengunduran Abdullah Badawi ini dilihat sebagai tanda bahawa kerajan Barisan Nasional ini semakin terhakis sokongan bukan sahaja dikalangan rakyat malah di kalangan ahli parlimen BN sendiri.

Apabila Abdullah dipaksa mengundur sebagai satu langkah dan taktik yang sedang diambil oleh United Malays National Organisation agar Barisan Nasional dapat bernafas kembali.

United Malays National Organistion beharap ‘penyapu baru’ yang akan menggantikan Abdullah akan dapat mempelawa kembali ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang telah bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat.



Isnin, 29 September 2008

LAGI PEMIMPIN GERAKAN SERTAI PKR - mStar

PETALING JAYA: Lebih 20 ahli Gerakan Wilayah Persekutuan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan lebih ramai dijangka berbuat demikian dalam beberapa minggu akan datang.

Bekas Ketua Biro Penerangan Gerakan Wilayah Persekutuan, Gan Kok Keng berkata, sekurang-kurangnya 300 orang dari empat bahagian bakal menyertai parti pembangkang tersebut.

Bahagian-bahagian itu ialah Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Bintang dan Kepong.

Gan yang telah menjadi anggota Gerakan sejak 24 tahun lalu berkata, pihaknya bertindak keluar parti kerana ia sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan yang berkesan dalam Barisan Nasional (BN)


ah kah kah….. berita ini gua tak faham….. kah kah kah…. ada munkee mana-mana yang bolih terangkan makna berita ini….. kah kah kah

kah kah kah... ni berita apa ni... gua bingonglaaaa.... kah kah kah



Sabtu, 27 September 2008

GABUNGAN NGO SOKONG PM – U.Malayau

PUTRAJAYA 26 Sept. - Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia malam ini sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi gabungan itu, Md. Radzi Daud menjelaskan, walaupun badan itu bergerak di bawah NGO, mereka sebenarnya turut mewakili suara akar umbi UMNO yang mahu sebarang peralihan kuasa dilaksanakan dengan tertib mengikut pelan yang dirancang.


kah kah kah…. sokong macam mana ni…. kalau sokong PM …dolah akan berhenti tahun 2010 ….. nak dolah berhenti 10 hari lagi atau nak dolah teruskan hingga 2010…. ni yang buat gua konfuse…. wak ohhh wak…. sokong cam na wak…. Kah kah kah….cakaplaaa jelas-jelas…. sokong najib jadi pm atau sokong dolah terus jadi pm hingga 2010…. ni macam pasang dua kuda…. kah kah kah…nak najib minggu depan dan nak dolah hingga tahun 2010…. kah kah kah



Jumaat, 26 September 2008

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA – U.Malayau

KUALA LUMPUR 25 Sept. Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.


kah kah kah….. Pakatan Rakyat tepat betul dan bersejarah ….dulu kata 31 ogos…. kah kah kah… ni 16 september….kah kah kah….cam mana ikut ajenda Pakatan Rakyat pulak…. kah kah kah….

Sejarah akan mengingati Hari Malaysia 16 September Pertama ialah di Stadium Kelana Jaya…… kah kah kah…. sapa ada ada malam itu…. ingatilaaa sampai ari kiamat kerana anda telah bersama membuat sejarah…. kah kah kah




ORANG AWAM BOLEH HADIR MESYUARAT MPSJ – U.Melayau

SUBANG JAYA Orang awam terutama penduduk Subang Jaya, Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen boleh menghadiri mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak berkuasa tempatan yang lain tetapi sebagai pemerhati sahaja.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikshan berkata, kerajaan negeri Selangor sudah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara itu dan aturan mesyuarat penuh Ahli Majlis dan jawatankuasa kecil di pihak PBT.

kah kah kah…. satu lagi demokrasi dari Pakatan Rakyat…. 50 tahun rakyat tak diberitahu yang kita boleh masuk meting majlis bandaran….. kah kah kah…abislaaa kontrektor kelas F …. dah tak boleh dapat projek suruk-suruk lagi…. kah kah kah

jangan menangis bila tak dapat kontrek atas angin…. belajar-belajarlaa buat kerja jangan nak makan duit subcon saje….kah kah kah.



Sabtu, 20 September 2008

PAKATAN RAKYAT MOHON MENGADAP AGUNG

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkata : Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat resmi momohon untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung.

YB Dr Mujadid berkata demikian dalam satu forum anti-Isa di Pulau Pinang malam tadi.

Jika pemohonan mengadap di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung maka pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan menyembahkan nama-ahli-ahli parlimen yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pakatan Rakyat berharap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung akan menasihatkan Perdana baru-baru ini di Terengganu semasa 'krisis' perlantikan Menteri Besar.

Jumaat, 19 September 2008

AZLINA TEGUR NEGERI PEMBANGKANG SALAHKAN PUSAT - Utusan Melayau


PASIR PUTEH 19 Sept. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur sikap kerajaan negeri dikuasai pembangkang yang lebih gemar menyalahkan kementerian itu apabila industri pelancongan di negeri mereka berhadapan masalah.

kah kah kah ….. minah gempal ni…. Apahal muka hang kat poster tu…. Hang bagi servis apa….kah kah kah

tapi bila jumpa hang...muka hang tak sama...minah lu muka potoshoplaaa…kah kah kah

woit apa jaadi dengan surat khabar abang hang Malaysia Today yang edar free tu?

abang hang dapat bujet 4 juta dari kementerian belia dan sukan…mana paper tu sekarang…..... dah bungkus ke ? kah kah kah

gua nak tanya dulu lu janji nak antar laporan bajet SUKOM 98 …. ni dah 20008 apa dah jadi….... potoshoplaaa bujet tu…kah kah kah.

Rabu, 17 September 2008

TINGGAL ANGAN-ANGAN – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 16 Sept. – Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 16 September hari ini akan menjadi tarikh penubuhan kerajaan baru ternyata satu pembohongan,Tidak ada apa-apa berlaku pada hari ini.

Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini.


kah kah kah….. kuuurrrrr semangat….. macam lepas bayar utang…..lapang dada

kah kah kah ....kalau dah tahu bohong ….. kah kah kah…... pasal apa abis boreh pogi taiwan…..kah kah kah

Isnin, 15 September 2008

ABDULLAH PM HINGGA 2010 - TERKINI !!

Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak telah berbincang. Persetujuan telah dicapai: Abdullah Badawi hanya akan mengundur pada tahun 2010.

Sabtu, 30 Ogos 2008

MALAYASIA TODAY DI SEKAT KERANA MENGHINA NABI??

KUALA LUMPUR, 29 Ogos-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.



Woit Malaysia Today bukan menghina nabilaaaa..... laman web ini buka cerita Najib, Rosmah dan Altantuya.

Bila pulak masanya Najib jadi Nabi.

Ada sesiapa pernah terbaca nabi yang bernama Nabi Rosmah. Kitab mana SKMM sudah baca...