Sabtu, 13 Disember 2008
SEJARAH !!!! 20,000 NELAYAN SERTAI MOGOK NASIONAL - MalaysiaKini
Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1.
Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.
Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.
Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter.
Harga diesel di pasaran sekarang dijual RM1.80 seliter.
Selasa lalu, 143 bot di Kota Kinabalu enggan turun ke laut bagi membuat desakan yang sama.
Nelayan-nelayan di Sabah mendakwa mereka mengalami kerugian akibat harga diesel dan hasil tangkapan ikan merosot.
kah kah kah… ini sejarah… nelayan buat sejarah … tak pernah dalam sejarah nelayan mogok….. ini yang pertama…..kah kah kah…
kah kah kah….satu pun akhbar melayu tak lapor… kah kah kah…. kalau tak lapor ertinya tak ade ke ?...... kah kah kah…
woit….munkeee menteri menteri….. napa tak ada suara…. para yb dalam parlimen napa tak timbulkan ajenda nelayan ni….. kah kah kah….. asik asik tanah runtuh…. cukuplaaaa…. ini lagi ramai dari tanah runtuh….. ini rakyat sabah dah mula berani….kah kah kah..
….salut untuk nelayan yang berani !.... salut untuk nelayan yang mogok !....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Apa sudah!!!!
hanatr jer 10000 FRU dan polis hutan dengan belantan.
Hantar lagi 1000 trak polis siap dengan kereta perisai dan gas pemedih mata.
Serang rumah2 nelayan ni macam yang FRU dan PGA pernah buat di rumah2 awam di Kg Lindungan.
Pukul! Janagn Tak pukul.
Sembur dengan air berasid.
Gunakan gas pemedih mata sembur pada anak bini semua nelayan ni.
INI MUSUH NEGARA!!!
Bahaya!
tangkap ramai2. Sumbat semua di bawah ISA.
Apa lagi semua menteri? kutuk lah habis2 semua nelayan ni.
Apa kata humban dalam penjara sekali????
Barulah adil kan.
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!
trade union ! unite !!
ermmm..suara golongan paling bawah sudah mula menyelinap naik ke atas?? kena nelayan kita tidak diberi keistimewaan?
- tahukan menteri2 yg nelayan2 ini mengadaikan nyawa utk mencari rezeki di laut..?
- tahukan menteri2 yang nelayan ni hanya mengharap rezeki dr laut utk membesarkan anak isteri..?
- tahukan menteri2 yang nelayan ni tidak mampu menikmati gaji @ subsidi yang lumayan seperti bekerja didalam opis??
ATAU
menteri hanya tahu menyuap & meratah ikan2 yang sudah terhidang di atas meja hotel 5 bintang??
sbg org yg pernah merasai hidup menjadi nelayan aku harap adalah usaha dari pihak2 yang berkenaan memberi perhatian terhadap isu2 in...mungkin ini HARAPAN BARU BUAT NELAYAN....
smoga Allah ampunkan dosa2 saya..
Terdapat 70,000 nelayan semuanya, kenapa 50,000 yang lain tak turut menyertai mogok, namun ini memang satu berita yang mengejutkan kerana mereka dah mula sedar dan 'assert' hak mengeluarkan pendapat dan tak setuju dengan pihak pemerintah. Mereka walaupun kurang pendidikan tinggi dah boleh sedar dan bertindak(sedar dan 'organised') tidak seperti kebanyakan mahasiswa kita hari ini yang nampak macam pondan aje. Kalau pesawah, pekerja urban, petani mogok kerajaan boleh lumpuh tau, nanti banyak polis FRU yang kena kerja 'overtime!'.
yg manarik lagi....kalau nelayan2 tu pi longgok ikan2 busok kt putrajaya....tentu gembaq
no problem bro, kalau tiada berita, umno ingat orang bodoh, tak mengapa. Bila orang pergi ke pasar nanti semua tahu. Siapakah yang maka paling banyak ikan dan sumber laut, orang melayu sendiri, UMNO MACAM MANA NAK TIPU ORANG MELAYU? dia orang pergi kepasar nanti balik memang akan maki habis.
hehehe...terlalu banyak citer bola...hahha
dah terlalu lama UMNO-BN memperbodohkan rakyat...
masa naik minyak kata harga global tinggi, kerajaan tak boleh tahan bayar subsidi yg tinggi compare harga ngan negara jiran Thai/Sing...
janji akan tetap mengekalkan subsidi minimum RM0.30 walaupun harga minyak melambong...
janji akan mengapongkan harga minyak menikut harga pasaran...
petronas telah membuat pengakuan yg mereka mengunakan menyak mentah 2nd grade untuk memproses petrol bagi pasaran Malaysia sabagai langkah penjimatan... tapi kita membayar harga petrol 1st grade?????
petrol yg dibekalkan kepada nelayan & pengangkutan awam adalah pada harga bersubsidi... tapi adakah pada harga sekarang kita masih menikmati subsidi tersebut?????
siapa yg bodoh & diperbodohkan sekarang ini??????
Catat Ulasan