Selasa, 23 Disember 2008

SERAMAI 4,749 BAKAL DIBERHENTI - mekayau

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.


kah kah kah…. kakap OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah ….

woit …. cakap OUR FUNDAMENTALS IS VERY STRONG…. kah kah kah…

kah kah kah... ini angka angka resmi... kalau angka tak resmi... terperanjat nanti ...kah kah kah

woit…mat mongol…. jangan laaa nak tipu melayu… dah bodoh melayu kena tipu… cukuplaaaa… bagillaaa melayu berfikir…. kah kah kah




5 ulasan:

Unknown berkata...

The coming 6 PM of M'sia ha.....ha..........ha.Di Kuala Trenganu dia akan rasa bagaimana corak fikiran rakyat telah berubah,bukan saja klentong Melayu,semua rakyat dia tipu,ini sudah lebih.Din really enjoy at your blog kah.....kah....kah.........

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

ADUI PENIn-penin dah dibuang kerja ,tak ada kerja nak buat kerja apa ,nak makan apa, tak makan tak apa ke....jawab... jangan tak jawab ...ghamai dah mula hilang akidah...nak wat camna ni....nak tanam apa duk flet ...tanah runtu-rantah ekonomanijerubu merudum....memang macam saudara kita kata kalah perang rakyat marhean...bersatulah BN dah kenyang tapi dah mula jilat jari

Tanpa Nama berkata...

Jika apa yang digambarkan ini betul, maka ia merupakan satu fenomena yang mengerikan dalam negara kita... Kerajaan harus mengambil langkah-langkah drastik untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini...

Khun Pana aka johanssm berkata...

Bukan sahaja kilang-kilang tutup dan pekerja kilang hilang periuk nasi mereka.
"No problem" tapi 5000 pekerja jadi penganggur.

Industri hotel dan perlancungan juga sudah merosot macam nilai minyak sawit.
Tak banyak nampak mat salleh , mat Arab atau mat jepun.
Tapi penuh dengan mat rempit , mat afrika dan mat bangla di tempat perlancungan di KL.
Kita tunggu klentong jenis apa kah yang akan di jawab oleh Menteri Pengkid dan perlancungan nanti.

Kalau betul " No problem" kenapa minyak petrol Malaysia tak ikut turun paras antarabangsa.Tapi kita akan di cukai beli petrol- ini shahril yang kata.

Kalau betul "No problem" buat apa mahu rompak EPF 5 beliyon.Sebab no problem makna saham akan naik macam naik lif. Tak perlu lah rompak 5 beliyon.
Buat apa Semi Barby mahu sapu IJN dan bina LCCT di Labu
Agak nya ni komplot siapa.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Farouk,

Hang mai la penang pastu sembang2 ngan org keja kilang kat sini. baru hang tau apa yg digambarkan tu teramat jauh dari yg betul. Bukan 4 ribu lebih aja yg akan dibuang, malah lebih dari tu. Realiti di sini amat menakutkan. Hanya Allah yang tahu.

-pisang susu-