Selasa, 23 Disember 2008

PAGI SELASA DI DHAKA YANG BERKABUS




Sebenarnya pesawat udara yang ingin saya dinaiki pada petang Ahad gagal terbang. Saya telah beres – telah menerima tiket masuk – barang telah ditimbang dan diambil - tiba-tiba diberitahu penerbangan ditangguhkan. Saya merasarisau apa yang telah terjadi di Bangladesh sehinggakan penerbangan ditangguh.

Apakah perang saudara berlaku lagi ? Apakah tentera telah mengambil alih. Ini kerana minggu depan ialah pilihanraya umum Bangladesh. Saya ke Dhaka kerna menjadi Pemantau Resmi dari Asia untuk pilihanraya ini.

Kemudian saya diberitahu tentang cuaca yang makin tidak menentu. Kabus amat tebal di Dhaka sehingakan tidak dapat dilihat landasan untuk pesawat mendarat. Tangguh ke esok pagi. Saya mengundur pulang. Satu malam saya tidak tidur. Esoknya sampai kembali ke lapangan terbang hampir jam 7 pagi. Sekali lagi diberitahu yang kabus masih tebal dan penumpang wajib menunggu.

Ciiis... saya sudah nekad, jika batal sekali lagi saya tidak akan menunggu.

Pesawat itu berligar untuk turun mendarat. Saya lihat kabus memang tebal. Dari tingkap saya ternampak sawah padi. Betul betul berada di atas. Lubuk dan tasik berselerak. Nah! Inilah dia bumi Bangla yang warganya memburuh dan menghidupkan ekonomi Malaysia.

Pesawat berligar lagi tetapi tidak mendarat. Tiba-tiba kapten memberitahu bahawa kami telah gagal. Alaaaa Mak ... kenapa kapten ini memberitahu kepada penumpang tentang kegagalannya. Semua penumpang senyap. Saya sendiri merasa gerun bukan takut mati tetapi risau friskie yang saya tinggalkan untuk Siti, Mummy dan Curvee hanya cukup untuk dua minggu.

Saya merasa tayar di bawah tempat duduk saya di keluarkan sekali lagi. Pesawat menjunam. Saya memasang telinga untuk menunggu bunyi duuuk... tayar mencecah landasan. Bunyi tidak kunjung sampai. Saya memerhati keluar kabus memang tebal. Tiba-tiba pesawat menjumam dan duuuk berbunyi. Seluruh kapal bergegar. Saya mendarat dengan selamat ke bumi Mat Bangla.

Lapangan Terbang Zia – adalah diantara lapangan terbang yang termiskin yang pernah saya lihat di dunia ketiga. Bila meninggalkan perut kapal dan saya memasuki ke banguanan Zia saya sedar bahawa disisni bukan dunia ke tiga tetapi dunia ke empat.

Mata saya dapat membaca kemiskinan.

Saya telah diberitahu bahawa akan ada orang menunggu saya. Betul. Seorang anak muda yang agak susah hendak saya fahami bahasa Inggerisnya menunjukan lambang Pemantau. Hati saya lega.

Saya beratur untuk melintasi imigresen. Saya menyerahan paspot kepada seorang pegawai yang mungkin berumur 30’an. Dia kemudian membelek-belek paspot dan borang yang telah saya isi. Kemudian dia bertanya di hotel mana saya akan menginap.

Nasib baik anak muda yang menunggu saya berada tidak jauh. Dia memberitahu pegawai nama hotel penginapan. Dalam masa yang sama saya agak kurang faham bagaimana anak muda ini boleh melintasi kawasan ini kerana ini bukan kawasan menunggu.

Pegawai ini sambil membaca pospot, tangannya memecahkan biskut kering. Kemudian dia memakan biskut itu. Saya tersenyum dalam kepala – Selamat datang ke Dunia Ke Empat – saya sedang menunggu bila agaknya si pegawai ini akan makan sireh atau minum kopi.

Untuk membuat suasana tegang – si pegawai bertanya tarikh lahir saya, tempat kelahiran – seolah olah bukan saya yang mengisi borang. Dia cuba menduga saya dengan soalan objektif. Saya sudah lali dengan kepegawain jenis ini. Kita selalu bertemu mereka di jabatan kerajaan atau di canselori universiti-universiti – cuma bezanya kalau di canselori seorang Minah yang agak gedibab dan mungkin memakai tudung atau pegawai lelaki yang memiliki janggut sebatang sebatang yang menampak hodok perangai ke pegawaiannya – yang menyoal kita.

Saya dibenarkan masuk. Lalu menunju ke tempat mengambil beg. Disini saya bertembung dengan puluhan Pak Pak Haji yang baru pulang dari Mekah. Saya lihat suasana macam di jalan Masjid India – ada yang bersila dan ada yang mencangkung. Saya perhatikan puntung rokok kerana saya ingin tahu apakah boleh saya merokok. Gagal. Tompok-tompok merah darah sireh pun tidak kelihatan.

Setelah mendapat beg saya meninggalkan pemandu saya. Saya ingin keluar merokok.

Di lapisan pertama saya nampak ratusan Bangla sedang menunggu. Suasana ini sama seperti di Lapangan Subang 30 tahun dahulu ketika musim haji. Di lapisan kedua masih lagi ramai yang menunggu. Di lapisan ketiga saya ternampak jalan raya yang juga penuh dengan Bangla. Bila saya nampak jalan maka saya yakin inilah lapisan yang akhir - lalu saya mencari sudut untuk merokok.

Tempat yang saya pilih – tempat rehat pemandu teksi. Seorang anak muda memberi saya di beri kerusi dan untuk mengembalikan budi saya menghulurkan keretek pada si Lelaki Bangla ini. Kami bersembang kecil. Saya perhatikan memang amat ramai rakyat yang sedang menunggu orang pulang dari entah mana.

Dalam kelapa saya terfikir – adalah satu kesilapan besar untuk benua Bharat pecah menjadi Pakistan dan kemudian menjadi Bangladesh. Ini anggapan pertama. Entah betul entah tidak – saya akan memerhatikan dalam masa dua minggu ketika saya di negara ini.

( Nota – jam 2.45 pagi – semua nyenyak tidur – sistem internet hotel ini hanya saya menggunakan di waktu ini. Keretek dan kopi menjadi teman. Melayari internet di sini seperti kita melayari internet pada thaun pertama internet di pekenalkan ke Malaysia – lambat. Esok wajib bangun jam 8 – ada taklimat untuk semua Pemantau Asia )




18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum bro isham

10 tahun dahulu saya pun pernah ke bangladesh,mmg terlampau daif dengan 200 juta penduduk.Dhaka mmg bandar yang terlalu padat dgn manusia, tapi layanan mmg first class untuk tetamu.

pesanan saya jgn makan sebarangan psl perut kita mmg tak biasa dan keadaan tandas yg agak daif.

selamat memantau

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Bang Isham.
Akhirnya sampai juga ke Dhaka.
Adalah menarik jika gambar-gambar perjalanan dimasukkan bersama.
Kami nak dengar apakah ada aktiviti meminta rasuah diamalkan bermula dari lapangan terbang.
Subang Airport 30 tahun lalu atau Subang Airport dalam filem P Ramlee Anak Bapak???
Nanti bila Abg Hisham singgah untuk solat di mesjid dan solat Jumaat harap laporkan sekali..
Sama ke macam di mesjid India?
Ini tentu cerita yang lebi menarik sebelum cerita tentang makanan orang Benggali ini nanti.

Hanief berkata...

Banyaklah Friskie Abang Hisham. Saya pergi Iran naik Iran Air hari tu pun banyak kali ulang Ayat Kursi masa mendarat di IKIA, Tehran. Hahah!

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Isham,

Brilliant writing! Btw, saya terpaku membaca tulisan bro tentang kesusahan di Bangladesh. Sy selalu gak tengok cerita apekebenda tu... aisey, lupa tajuk, tapi kt TV9 la. Pasal warga asing punya life kat sini, pastu depa pi la kat kampung depa tu. Mmg org susah siot... yg ada diploma pon ada. Bila tengok tu, rasa amat bersyukur di M'sia ni. Tapi bukanla bermakna bila kita mengkritik ni kita tak bersyukur, cuma nak menambah baik kerana negara kita bukan susah mcm Bangladesh tu.

Org yg selalu kritik negara sendiri bermakna dia sayangkan negaranya.

-pisang susu-

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Selamat sudah kesana, teruskan dengan melaporkan... harap tuan dapat kembali agar tidak lepas kehangatan di bumi Terengganu pulak...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Bro Hisham selamat pergi dan selamat balik. Negara amat memerlukan blogger seperti Bro yang berjiwa universal.

"Selamat Memantau"
-Mr Cool

xrasxras berkata...

salam 2504 ...
kasi ambik gambo kt negara dunia ke 4.. upload la kat blog .. moga selamat pegi dan balik .. bilik sulit awesome !!

Tanpa Nama berkata...

fuuhhh....laporan pertama yang mendebarkan. Kudos isham! laporan yg turut membawa pembaca tukartiub rasa macam pergi dhaka bersama-sama.

kau pergi 2 minggu ye? macam tak sempat lah nak buat laporan dari kuala terengganu pulak nanti.

Pyanhabib berkata...

selamat memantau.
bilik sulit? fuh, tabiiiiik!

John Leh berkata...

Isham,
Jangan lupa beli baju kemeja corak kotak-kotak kat sana.Aku tengok kat Gardens Mid Valley gila mahal.Beli 2! Nanti aku bayar..

Tanpa Nama berkata...

Salam bro...

Jangan lupa letak picture kat blog ni...

Mesti seronok berada di negara orang!!!

Semoga success...

TQ, dr Shima, peminat setia TUKAR TIUB.

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

hohohoh....

Seronok berjalan2..

hahaha..

Selamat Jalan.. Jangan tak balik2 sudah, mana tau kot melekat dengan minah bangla sorang dua. Kawin takmau balik malesia..

hahah

Unknown berkata...

Kalau merantau ke dunia ke tiga atau ke empat ini memang banyak perkara yang boleh dilihat sehinggakan kita boleh tersenyum dalam kepala. Sesuatu yang indah...

Cob Nobbler berkata...

sokonglah Liga Awami huahua!BNP macam ala-ala BN je hahaha!

Khun Pana aka johanssm berkata...

Semoga rakyat Bangla akan dapat kerajaan yang baik dan bukan nya kerajaan samseng macam munkee munkee umno dan bn.
Rakyat Bangla memang berjasa kepada Malaysia. Rakyat dari negara lain yang kerja di Malaysia juga ada jasa nya. Tanpa Bangla maka tanpa KLCC , KLIA , dan PutarJaya. Ini lah jasa - jasa perkerja asing.

Harap mission pemerhati undi Tukar tiub akan selesai dengan lancar.
Percaya bahawa bangla akan pakai dakwat undi atau indelible ink.
Cuma hantu umno tak boleh di ink-inkan.

Tanpa Nama berkata...

bro isham i luv u. sy ske bacer tulisan bro.. sronok sangat.. masuk opis ngan sebelum balik mesti bukak tukar tiub. mcm x lengkap jer ari klu x bacer tukar tiub. hope bro sehat n teruskan menulis. bik mama tolong jgn jogging kt bangla, nanti gempa bumi susah wooo.. kiteorng x dpt bacer tukar tiub nanti

cheguBard berkata...

tahniah sampaikan salam saya pada tanah di bumi bangladesh itu....

bilo balik?

hafiz berkata...

semoga semua pemantau2 disana selamat & pilihanraya bangladesh berjalan elok lebih elok dari malaysia!